Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Andorra Semasa Pkp Tahun 2020




Hai korang! Assalammualaikum. Yayyayayayay dah lama tak update blog. Ini kali kena update sebab sementara kepala masih fresh, aku kena tulis semua dalam post ni supaya di masa akan datang, bila orang tanya macam mana kau beranak anak nombor 2, aku boleh refresh dan bukak post ni balik.
Masa bersalin Aqilah, aku post di SINI dan  memang sampai harini kalau nak ingat balik apa yang terjadi, aku akan bukak balik sebab aku ni terkenal sebagai mengalami masalah hilang ingatan sama ada peristiwa terdekat atau dah terjauh-- aku lah mak enon tegar, begitu juga laki aku. Dua-dua sama, takde beza. So, this blog is my savior.
Okay. Kau orang semua dah get over belum cerita pasal face mask Alif Syukri? Aku nak stat cerita aku bersalin dah ni.
Boleh? Let's go.
_______________
Alhamdulillah aku selamat bersalin anak kedua, baby boy pada 7 April 2020, 3.08 petang.


Umar bin Safaruddin 
2.35 kg. 38 weeks (10 days earlier than due date - 17 April 2020 sepatutnya). Yo ni pun kena update sini sebab nanti mesti aku lupa! Ish. 



Hidung cover sikit dik. 


Pertelingkahan mengenai nama anak 
Pasal nama ni, memang Din suka cari gaduh dengan aku. Dia cakap sebab anak lelaki dia nak kasi nama. Macam-macam nama la keluar, Solehudin lah, Aladin pun ada (point gaduh paling besarrrr), paling aku takleh blah bila dia kata nak bagi nama anak Ebit Lew. Katanya sempena Ebit Lew viral dan jadi idola sepanjang zaman time PKP ni. HAHAHA. Adoi. Suka hati je nak meng-LEW kan nama anak, sabor je lah perangai. 
Kadang-kadang Din tau benda-benda ni boleh menyalakan api kemarahan aku, dia memang sengaja buat modal cari gaduh HAHA. 
So itu lah. Umar tu final. Aku cakap kat Din tak kisah la nama apa (kecuali yang Ebit tu lah kau kenapa), asal maksud nama baik dan satu patah perkataan. Sebagai mengekalkan tradisi dari bapak ke mak ke anak-anak nama satu perkataan je. 
_________________
Okay, selesai bab nama. Aku ni kalau nak cerita pasal fasa mengandungkan Umar, yaAllah, macam-macam sangat dugaan. Aku rasa mungkin aku akan update kat post lain lah ye sebab BANYAK. Aku mengandungkan Umar after 5 years pregnant kan Aqilah, memang jarak dan tidak dirancang. Allah sebaik-baik Planner kan? Ada la tu hikmah nye, aku rasa kalau tengok level kelam kabut aku handle anak, sebab tu lah kot Allah kasi jarak 6 tahun antara kakak dan adik supaya aku boleh fokus dan handle anak in proper way. Kau bayangkanlah, sedangkan anak sorang pun dia punya chaos tu macam beranak 10 orang. 


Umar dan Aqilah
_______________________________
Kisah terbooking Hospital Andorra tanpa sengaja
Awalnya, bersalin kat Andorra memang langsung takde kat dalam list aku. Ada lah, tapi dalam angan-angan. Haha. Sebab harga untuk tahun 2020, 4 bedded pun RM 3399 untuk normal. Tu pun basic tau, tak masuk lagi pakej untuk anak kena tambah dalam RM 699 which termasuk injection Vitamin K, BCG dan etc. Dannn belum lagi masuk kalau kau ambik ubat tahan sakit ke, induce ke, kena masuk ubat lain ke masa bersalin so kalau nak bersalin kat sini pada tahun 2020 kena bersiap siaga lah sejumlah wang around RM 6 ke 10 ribu. 



Pakej Bersalin Di Hospital Andorra Tahun 2020 

Sebab tu lah pun Andorra takde langsung dalam list aku. 
At first, aku dah book untuk Full Paying Patient kat Hospital Putrajaya dengan Dr Hamidah. Booking kat FPP Putrajaya is RM 3000 tau, bayar dulu untuk harga czer, tapi nanti kalau bersalin normal dorang akan refund balik. 

Tapi, bila aku dengar cerita kawan aku, yang Doktor kat FPP Putrajaya ada 3 orang, sorang perempuan dan 2 orang lagi lelaki. Memang lah aku dah book Dr Hamidah, tapi kalau time kau bersalin Dr Hamidah takde, lagi 2 doktor lelaki tu yang akan attend which menyebabkan aku tukar keputusan untuk cancel FPP Putrajaya. 

OMG APANI PANJANG NYA CERITA KAU. 

Hah, sambung. So lepas tu, aku decide nak book kat Hospital baru buka-- Azalea Maternity Putrajaya, lokasi kat Ayer 8 Putrajaya. Masa aku tengok, tahun ni memang dorang tengah buat promo untuk bersalin normal pakej RM 2500 je untuk 2 hari 1 malam  for those yang booking dari November 2019 onwards. Dan tengok wad pun cantik sebab baruuuu je bukak. 



Masa 31 Disember 2019 (HAHAHA AMAZING YA INGAT TARIKH!), aku pergi la ke Azalea Maternity untuk first check up aku dengan the founder, Dr Azimah. Masa aku pergi, aku dimaklumkan Dr Azimah takde pulak haritu. Dan bila aku bagitau kat reception yang EDD aku on April 2020, tiba-tiba receptionist cakap tak pasti lagi Hospital dah operate ke belum on April 2020. Aku masa tu macam JAP APAKAH? DAH PROMO SEMUA KAT FACEBOOK TIBA-TIBA KATA BULAN APRIL TAK TAU LAGI HOSPITAL BUKAK KE TAK? 

Cerita kartun spongebob ke ni -_____- 

So masa tu aku bincang dengan Din, since aku memang nak kena buat swab check up (yang ni later lah aku cerita), aku decide nak pergi Andorra haritu jugak to get the test, WITHOUT having intention nak book kat Andorra pun. So masa aku nak check out from the counter, tiba-tiba nurse tu cakap; 

"Saya tengok record Puan ni dah 2 kali datang check up kat sini kan? Kalau ikot Puan dah boleh book untuk bersalin kat sini sebab dah fulfill requirement 2 kali check up. Puan nak book hari ni ke? Hari ni last dapat harga tahun 2019." 


Bila cek balik harga 2019, OKAY LAH MURAH BANYAK dari harga 2020 untuk 4 bedded, RM 2799. Aku bila tengok angka 2 tu macam okay la kot, memang bajet camtu je la. Kalau start dengan 3 tu, tak bayor pun rasa dedor dah badan nak demam. Haha. 

Maka, itu lah kisah aku terbook bersalin kat sini. KESAHNYA KAUUUU DAH BERAPA PERENGGAN DAH NI MANA CERITA KAU BERSALIN NORHANASOMSIDAR NEXTTTTTTT. 



Ni Doktor yang attend aku. Dr Rusinahayati. 
Mulanya aku book Dr Kham, Dr retis uolls. Semua artis bersalin dengan dia kan. Tetapi 2 kali (wah tetapi ya) aku pergi, setiap kali tu lah Dr Kham takde. So takpe lah aku terus tanya nurse sila recommend aku Dr mana yang paling motherly selepas Dr Kham, and the nurse suggested me Dr Rusinahayati. Masa tu aku macam okay lah, better sebab setiap kali check up RM 200-300 ya ziz, rugi kalau tak dapat jumpa Dr yang kita book. Kalau book Dr Kham, dia sangat lah busy memang jarang dapat jumpa dia, since maybe dia founder Andorra kan. 

Makcik bawang jangan komplen hidung saya kembang tanda nak bersalin ya, hidung saya memang kembang dari kecik! 


Gambar terakhir check up sebelum bersalin. 
Sebagai record, masa ni berat aku dah 59kg harap maklum. Itu pun orang dok cakap aku kurus eeee. 

Okay Hana panjang sangat dah ni, ni pun kena explain ke? Suka hati kau la kan. Kah. 

______________

Cerita Bersalin Anak Kedua 

(Baru nak mula serious lah baru nak mula????) 
Harap bersabar semua. 

Sepanjang aku bersalin, aku doa banyak-banyak supaya aku tak pecah air ketuban dulu, tapi biar lah keluar tanda darah. Kenapa aku doa macam tu? Ya ada kisah disebaliknya which aku akan cerita dalam next post. 

Alhamdulillah Allah makbulkan. 
Aku start rasa first contraction masa pukul 3 pagi, 7 April 2020. Masa ni dah kerap, dan aku terus download apps untuk track masa contraction aku. 

Okay kali ni memang sohih aku nak bersalin sebab bila aku check, jarak every contraction adalah 7 minit sekali. Dan didatangi dengan blood show. 



Ni apps dia. 

Aku kejut Din, Din pun siap-siap mandi. Siap-siap makan nasi JAP SIAPA YANG NAK BERSALIN NI?! Haha. Masa ni aku tak lalu dah nak makan sebab layan contraction, aku minta Din bancuhkan susu kambing dan potong epal untuk lapik perut. 

Sampai Andorra, bukaan dah 3 cm.

Setakat 3 cm, sakit dia persis period pain je. Masa ni pun pegang tangan din setiap kali contraction pun manja-manja je. Boleh go lagi. HAH MASA DAH MASUK 5 CM TU YA ALLAH APA BENDA NI SAKIT GILA ALLAH JE TAU SAKIT DIA. Macam period pain tu masih sama tapi 2 kali ganda ya. 

Which, aku tak tak rasa langsung masa Aqilah dulu. Aqilah dulu 1 cm je sampai lebam, pastu Dr induce. Anyway, pukul 1.30 petang macam tu, Dr check dah 5 cm dan aku kena naik labor room. 

STRUGGLE DI LABOR ROOM 

Masuk je labor room, tenang je. Sebab akan dipasang ayat quran, lepas tu bidan akan attend kita sebelum Dr datang. Masa ni mak bidan dah get ready dan drip aku dengan something tapi aku tak ingat tu apa. Yang aku tau tu untuk bantu bukaan lagi cepat, tapi bukan induce-- entah? 

DAN YANG AKU TAU LEPAS DRIP TU LAGI SAKIT NAK MAMPOS T__T 

Masa tengah contraction, Mak Bidan sempat lagi ngaji Yasin. Masa ni aku confident la nak baca jugak dengan Din. Tapi sebab sakit nak mati aku sempat baca 3-4 ayat je pastu aku letak Yasin kat sebelah. Dan aku dah rasa macam WEH NAK MATI DAH KE NI, kenapa orang bacakan Yasin kat aku INSAF WEH. 

Pada masa yang sama aku geram sebab aku sorang je sakit, Din dari tadi dok cakap 
"Okay yang, tarik nafas, hembus ikot mulut..." 

Ulang banyak kali sampai masa aku sakit sangat tu aku cakap
"Dah Yang tak payah bagitau kat I, I tau lah I kena tarik nafas, you taktau I sakit macam mana, you diam je lah..." 

T_____T

Sebagai balasan dendam, tiap kali contraction tu aku akan genggam tangan Din sekuatnya-- aku dah tak ingat aku genggam kuat macam mana tapi Din cakap sakit gila tangan dia, sampai Mak Bidan marah kat aku. 

"Puan, jangan la genggam tangan suami macam tu. Kesian kat suami.." 

Adakah aku yang bersalah? Aku tak kira dah masa tuuuu sakit sangat! 
Baik aku genggam tangan laki aku dari aku terajang semua orang hah nak bagitau IBARAT nye tu sakit bebenor weh. 



Ni masa bacaan doa dan Yasin sebelum aku bersalin. 

 Masa ni aku dah mintak ampun kat Din takot weh kalau mati syahid beranak sendu dan sayu masa ni T___T

Aku rasa aku kat dalam labor room dalam 2 jam lebih, bukaan increase to 6cm, 7cm dan last sekali yang paling sakit gila, 9 cm ya kawan-kawan. 9 cm ni aku dah jerit "saya dah sakit sangat ni nak berakkkkkkk" 

Kau paham tak perasaan tu? Ha ni aku nak explain, sakit dia macam kau nak berak sembelit, tapi tahi tu sebesar kepala baby paham? Ah lantak lah kau tak paham. Masa ni Dr ada tanya nak epidural tak, aku cakap taknak. So Mak Bidan offer ubat tahan sakit je, TAPI TAK FANGSYEN LAH GILA. Kat Andorra takde gas sedut tu, aku tak pasti sebab time COVID ke atau memang takde. Oh ya cakap pasal COVID, masa aku bersalin, kitorang tak payah buat check up COVID pun, janji laki bini takde simptom, boleh bersalin situ. Tapi those yang ada simptom, tak boleh beranak Andorra ya, kena terus pergi government. Tapi sekarang, siapa yang nak bersalin Andorra, ada simptom atau tak, WAJIB buat test COVID dulu laki bini. Ya, kat Andorra ada test COVID drive through, kat belah emergency. 

Jelas? Ayuh kita lihat gambar lepas berperang. 



Masa Aqilah dulu aku tak dapat skin to skin sebab Aqilah tak nangis. Alhamdulillah dengan Umar dapat pegang dia terus lepas dia keluar, seronok sangat perasaan, Allah bagi rasa.



Ada sesiapa berani komplen ke muka macam hape waktu ni? 
Okay tak berani takpe. Bagus. 

____________________


Apa Yang Best Dan Tak Best Bersalin Kat Andorra?

1.  MAKANAN5 star

 Ye, makanan dia bukan "makanan hospital" ya. Even kalau sebelum ni warded kat hospital private mana pun, menu masih lagi menu jiwa hospital. Tapi kat Andorra ni memang lain, sebab menu dia adalah dari Chef Zubir Masterchef tu, dan sangat lah sedap ya. Kau boleh pilih menu dalam menu book dia, dan so far takde satu pun menu dia tak sedap! Semuanya sedap. Setiap waktu makan tu, kau kena YES KENA DAN WAJIB ORDER YA, appetizer, main course dan dessert. 

Dan aku ni-- terlupa langsung nak tangkap gambar semua makanan buat kenangan. Ceh, sempat pulak kau nak tangkap gambar apa semua, lepas bersalin kepala fokus kat anak je weh dan sakit. Apa benda lain semua tak ingat dah. Tapi, ni ha-- dapat lah satu, gambar puding roti. Ni pun masa hari last nak balik. Nampak jablai, tapi sedap gila weh. 




Bae ;') 


2. PENGINAPAN 4 star

Untuk bilik, aku tak boleh nak review lah keadaan bilik single atau double. Sebab aku duduk 4 bedded. So far okay lah, privacy cuma kalau bercakap biasa tu memang jiran boleh dengar ya. Redha je lah jiran kau dengar kau borak bersepah dengan kawan kat talipon berkongsi tentang sengsaranya kena bengkak susu atau malam-malam kau takleh tidur sebab sakit dan menangis MALU YA tapi sebab sepanjang masa katil akan ditutup dengan langsir so jiran sebelah dan depan kau takkan nampak muka kau sampai check out melainkan terserempak masa nak masuk bilik ayor but that is so unlikely. 

Tak payah la tengok muka. Memasing pas beranak dah macam singa lalok, sedih ziz. 

Aku perasan memang tak peramah langsung semua orang termasuk aku HAHA. Takde la nak bukak langsir menyapa jiran sebelah tanya apa-apa. Memasing buat hal sendiri je. 


3. LAYANAN 5 star

Kat sini bayar mahal weh so layanan haruslah mahal juga. Memang aku boleh cakap, TIPTOP. Kau tak lah dilayan seperti raja tapi kau dilayan selaras dengan apa yang kau bayar. Lepas bersalin, akan ada orang mandikan kau ya. Lepas tu akan ada orang datang massage dan ajar fisio kat kau jugak. BEST! 

Lepas tu akan ada sorang breastfeeding punya cikgu, nama dia Mak Yam. Bagus sangat dia akan ajar kau breastfeed lepas bersalin. 

Andorra sangat galakkan kau breastfeed tau. Pernah sekali tu aku dengar nurse pergi cakap kat Mak Yam, "Mak, patient bilik 304 kata nak campur FM."

 Mak Yam tu balas, 
"Cakap dia jangan campor lagi, ada susu tu. Kejap lagi Mak datang ajar dia." 



Dapat bunga dari Andorra


4. METHOD BERSALIN3 star

Untuk korang yang cari Hospital yang boleh terima birth plan dan gentle birth, Andorra adalah totally bukan tempatnya. Sebab nurses dia tak terlatih untuk sambut secara gentle birth, even aku rasa maybe tak faham betul pun gentle birth macam mana. 

So ni aku taknak komen lebih, mungkin masing-masing ada experience sendiri. Tengok pada rezeki dan nasib. 

Apa-apa pun aku syukur semuanya selamat. Alhamdulillah. 


5. KOS
Total kos aku, kalau ada yang nak tau boleh la kot pm tepi. Aku taknak breakdown kat sini sebab kos aku lebih dari apa yang aku budget sebab anak aku kena tahan wad sebab nak kena pantau jaundice dia since dia ada G6PD deficiency. AMBUI BANYAK NYA SEBAB.

Tapi kos untuk aku bersalin sahaja dalam RM 4k lebih, so onney-onney dalam RM 5k lah tak termasuk kos anak aku warded. Setiap kali check up sebelum bersalin, dalam RM 200-400 camtu, tengok lah kau ada buat apa-apa prosedur atau dapat supplement. 

_________________

Okay, so aku rasa tu je kot? Fuh, berkicap juga nak siapkan entry ni. 3 hari 3 malam sis. Asal habis satu perenggan anak menangis. Haha. Tapi okay lah, berjaya jugak habiskan! 

Terima kasih korang yang baca, jap.. Ada ke yang baca sampai habis ni? Cuba kau like sikit post ni tanda sokongan dan tanda kau telah membuang masa 10 minit kau membaca entry ini, you're the best! 

Bye!






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hannamaruku.com/2020/04/pengalaman-bersalin-anak-kedua-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula 17 April Ini Anak Tahun 3 4 5 Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran

Bermula 17 April Ini Anak Tahun 3 4 5 Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 218 hits
Bermula 17 April ini murid sekolah rendah di seluruh negara tidak lagi perlu hadir ke sekolah secara penggiliran Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi rakaman video di Facebooknya Radzi berkata Kementerian Pend...
Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

Takkan Saya Nak P4ksa Dua Tahun Bekas Isteri Tak Jenguk Anak Along Cham Kesal Dapat Dm Tuduh Zal1m Tak Bagi Jumpa

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 169 hits
PELAKON Along Cham mendedahkan dia menerima mesej kec4man daripada netizen yang menudvhnya bersikap zal1m apabila mel4rang bekas isteri iaitu Zila Seeron bertemu dengan anak mereka
Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ini Cara Mengatasi Anak Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 194 hits
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun Bertenang ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba Lewat pertuturan Secara amnya seorang kanak kanak yang berusia 2 tahun...
Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 172 hits
Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana yang merupakan ibu kepada kanak kanak tersebut Melihat sendiri anak diuji sebegini rupa wanita ini memilih untuk tabah dan redha demi anak kecilnya itu Adik Izzat ini menderita dengan penyakit Psorias...
Anak 8 Tahun Tewas Tertimbun Longsor Di Bandung Barat

Anak 8 Tahun Tewas Tertimbun Longsor Di Bandung Barat

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 176 hits
Menurut penuturan warga korban bersama dua rekannya pulang mengaji dari lokasi tidak jauh dari rumahnya Tiba tiba jalan yang dilalui longsor dan menyeret ketiganya Dua anak berhasil diselamatkan namun satu di antaranya tidak terselamatkan
Secara Rasmi Penjaga Sah Kepada Anak Angkat Hafiz Hamidun Alhamdulillah Setelah Lebih 2 Tahun Hamdee Dalam Jagaan

Secara Rasmi Penjaga Sah Kepada Anak Angkat Hafiz Hamidun Alhamdulillah Setelah Lebih 2 Tahun Hamdee Dalam Jagaan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 168 hits
Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun memaklumkan dirinya telah mendapat kelulusan hak penjagaan terhadap anak angkat lelakinya Hamdee Abdul Hafiz Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkongsi khabar gembira itu menerusi satu ha...
Relaks Je Mommy Pakai Baju Kelawar Sambut Birthday Anak Kedua Gaya Lisa Surihani Dapat Pujian

Relaks Je Mommy Pakai Baju Kelawar Sambut Birthday Anak Kedua Gaya Lisa Surihani Dapat Pujian

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 165 hits
Selebriti cantik jelita Datin Lisa Surihani sememangnya seorang yang simple dan sukakan kesederhanaan sejak dahulu Apa jua yang digayakannya jarang sekali dilihat berlebih lebihan Begitu juga dengan sambutan hari lahir anak keduanya Yusof L...
The Whole Body Kena Att4cked Kesian Dia Amyra Rosly Maklum Anak Kedua Kena Kawasaki Infect1on

The Whole Body Kena Att4cked Kesian Dia Amyra Rosly Maklum Anak Kedua Kena Kawasaki Infect1on

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 211 hits
Pelakon Amyra Rosli berkongsi perkembangan terkini anak keduanya Ayra Aryssa yang dilaporkan mengalami dem4m pan4s sejak beberapa hari lalu Menurut Amyra suhu badan anaknya itu masih lagi dengan bacaan 40 darjah celsius selain badannya turu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat