Relaks Je Mommy Pakai Baju Kelawar Sambut Birthday Anak Kedua Gaya Lisa Surihani Dapat Pujian
Selebriti cantik jelita, Datin Lisa Surihani sememangnya seorang yang simple dan sukakan kesederhanaan sejak dahulu. Apa jua yang digayakannya, jarang sekali dilihat berlebih-lebihan.
Begitu juga dengan sambutan hari lahir anak keduanya, Yusof Leonne atau nama manjanya, Yeop yang kini berusia lima tahun.
Menerusi Instagramnya, Lisa memuat naik beberapa keping gambar sebagai kenangan sambutan hari lahir ke lima yang disambut cukup sederhana.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya gaya ringkas Lisa dengan hanya berbaju kelawar namun tetap cantik dan kemas. Begitu juga dengan anak-anak dan suami.
“Uncle Reza tolong buatkan reels simple celebration untuk birthday Yeop 🙂 untuk kenangan.
“Most of us dah pakai baju tidur dah. Kalau celebrate waktu siang, terliur jugak kang tengok cake ngan pulut kuning tu,” tulisnya berkongsi.
Malah menurut kata Lisa juga, anak keduanya itu begitu gemarkan haiwan dinosaur dan tidak hairanlah tema kek dipilih berdasar haiwan kegemarannya itu.
“Nanti besok-besok boleh tengok balik, haaa cam ni la Yeop punya obsessed dengan dinosaur,” tulisnya.
Menerusi satu entri, Lisa dan Yusri turut membingkiskan ucapan sempena hari lahir anak kesayangan mereka.
“Kintan Mummy dah 5 tahun.
“Happy 5th birthday Yusof/Adik/Yeop/Kintan/Leo. We love you so much ❤️,” tulis Yusri pula di Instagram.
Dalam pada itu, gaya sederhana keluarga kecil ini menyambut hari penuh makna ini pastinya mendapat perhatian ramai. Hanya berbaju kelawar, begitu juga dengan anak-anak yang sudah lengkap dengan baju tidur.
“Relax je mommy pakai baju kelawor, takde nak berhias sangat. Tetap lawa & tutup aurat. ❤️ Sanah helwah Yeop, moga Yeop mmbesor dengan sihat & jadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat, aaamiinn YRA.”
“Suka keluarga ni. Sederhana.”
“Alhamdulillah sejuknya mata tengok family ni. ❤️Happy birthday little boy.”
View this post on Instagram
A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)
Terdahulu, Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Menarik: Aduhai Berketak-Ketak, Usia Nak Masuk 3 Bulan, Anak Neelofa Dah Nak Pandai Meniarap!
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Relaks Je Mommy Pakai Baju Kelawar” Sambut Birthday Anak Kedua, Gaya Lisa Surihani Dapat Pujian! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/relaks-je-mommy-pakai-baju-kelawar-sambut-birthday-anak-kedua-gaya-lisa-surihani-dapat-pujian/