Sutera@Mantanani terletak di sebuah pulau yang mempunyai pantai yang cukup bersih dan merupakan permata tersembunyi di Negeri Sabah. Mempunyai keajaiban alam semulajadi serta kaya dengan hidupan marin menjadikan ianya sebagai destinasi sesuai untuk bersantai bersama yang tersayang.
Di Kota Kinabalu anda boleh bermalam di Sutera Harbour Resort dan bas ke jeti rampayan akan bertolak dari lobby hotel bermula jam 6.45 pagi. Boleh rujuk pihak hotel untuk dapatkan jadual perjalan bas.
Resort ini berkonsepkan minimalis namun sangat menarik dan selesa, sangat menepati tema pulau tropikal di Malaysia. Menawarkan tiga jenis bilik iaitu Premium Chalet, Beach Chalet dan Deluxe. Bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan Flat Screen TV, Private Bathroom, Toiletries, Closet, Safety Deposit Box, Slippers, Tea/Coffee Maker, Minibar, Outdoor furniture dan yang paling penting adalah Air-Condition & Fan.
Di pulau ini anda bukan sahaja boleh lepak menikmati keindahan pantai bahkan banyak lagi aktiviti yang telah disediakan oleh pihak resort bagi memastikan setiap pelanggan mereka sentiasa berseronok sepanjang berada di pulau ini.
Mantanani juga popular dalam kalangan penyelam untuk melihat keindahan hidupan laut yang tidak dapat di tempat lain. Menurut sumber orang kampung di sini, Mantanani juga merupakan satu-satunya habitat haiwan laut yang begitu rare sekali iaitu Dugong di Malaysia. Tetapi sekarang akibat terlalu ramai pelancong yang masuk membuatkan haiwan ini semakin sukar untuk dilihat di sini.
Kalau ada yang berminat inilah masanya untuk anda aambil peluang kerana mereka sedang menjalankan promosi hebat sehingga hujung tahun ini. Ada 4 pakej hebat yabg disediakan untuk anda semua.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |