Mangsa Banjir Di Pahang Sabah Meningkat Johor Menurun


 
Keadaan rumah penduduk Kampung Ongkilan yang masih digenangi air berikutan banjir yang melanda kampung tersebut. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Sabah terus meningkat manakala di Johor menurun dan Sarawak kekal setakat 8 malam ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Rompin malam ini meningkat kepada 323 orang daripada 97 keluarga yang berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 320 orang (96 keluarga) petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan PPS Kampung Setajam mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 161 mangsa manakala PPS Balai Raya Rekoh menempatkan 122 mangsa dan PPS Balai Raya Bukit Lepas, 40 mangsa.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan PPS Balai Raya Perwira Jaya yang mula dibuka pada Selasa ditutup selepas semua tujuh mangsa (dua keluarga) dibenarkan pulang petang tadi.
Laman sesawang portal rasmi info banjir JPS, publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, Sungai Keratong di Rompin masih melepasi paras bahaya apabila mencatatkan bacaan 24.97m malam ini.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir di tiga daerah bertambah dengan jumlah keseluruhan 6,394 orang (2,281 keluarga) masih ditempatkan di 24 PPS, berbanding 6,331 orang (2,168 keluarga) petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu, mangsa banjir teramai adalah di Kota Marudu dengan 4,789 orang (1,731 keluarga) ditempatkan di 12 PPS di daerah tersebut.
“Seramai 1,133 orang (423 keluarga) ditempatkan di empat PPS di Pitas, manakala 472 orang (127 keluarga) dipindahkan ke lapan PPS di Paitan. Jumlah mangsa banjir di Pitas dan Paitan dijangka meningkat, manakala di Kota Marudu dijangka kekal,” menurut kenyataan itu.
Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan sebahagian penduduk selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Rancangan Cocos, Pamol hari ini. (Gambar Bernama)Menurut kenyataan itu juga, mangsa banjir di dua daerah iaitu Kudat dan Lahad Datu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing manakala tiga PPS di daerah itu telah ditutup, 8 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan dikeluarkan 6.35 petang tadi meramalkan, ribut petir malam ini di kawasan pedalaman bawah Sabah antaranya Sipitang, Tenom dan Nabawan.
Di JOHOR, jumlah mangsa di PPS terus menurun kepada 4,575 orang setakat 8 malam ini berbanding 5,427 orang, petang tadi.
JPBN memaklumkan sebanyak 48 PPS masih beroperasi di tujuh daerah yang menempatkan 1,266 keluarga.
Mersing kini menjadi daerah paling teruk terjejas dengan melibatkan mangsa seramai 1,589 orang, diikuti Kluang (1,173 orang), Kota Tinggi (857 orang), Segamat (490 orang), Batu Pahat (327 orang), Muar (121 orang) dan Pontian (18 orang).
Sementara itu, paras air di empat sungai di negeri itu melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar di muara Sungai Gemas, Segamat dengan bacaan 19.28m; Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang (15.82m); Sungai Endau, Mersing (2.77m); manakala Sungai Lenik Ladang Chaah, Segamat (7.14m).
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir kekal 56 orang (17 keluarga) yang ditempatkan di dua PPS terletak di daerah Lundu dan Sematan, setakat 7 malam ini.
Menurut JPBN, dua PPS berkenaan iaitu SK Sebat dan Balai Raya Kampung Sebat Dayak masing-masing menempatkan 39 dan 17 mangsa.
MetMalaysia hari ini meramalkan ribut petir berlaku malam ini di beberapa kawasan di Sarawak antaranya Kuching, Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/mangsa-banjir-di-pahang-sabah-meningkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Sabah Johor Berkurang Pahang Kekal

Mangsa Banjir Di Sabah Johor Berkurang Pahang Kekal

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 161 hits
JUMLAH mangsa banjir di Sabah dan Johor merekodkan penurunan manakala Pahang kekal dengan 314 mangsa malam ini Di Sabah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir direkodkan seramai 1 723 mangsa daripada 673 kel...
Metmalaysia Banjir Di Tiga Negeri Makin Buruk Jumlah Mangsa Terus Meningkat

Metmalaysia Banjir Di Tiga Negeri Makin Buruk Jumlah Mangsa Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Banjir di tiga negeri makin buruk jumlah mangsa terus meningkat Keadaan banjir di tiga negeri iaitu Sabah Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke p...
Risiko Banjir Kilat Dikeluarkan Untuk Johor Pahang Dan Sarawak

Risiko Banjir Kilat Dikeluarkan Untuk Johor Pahang Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 239 hits
JABATAN Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam nbsp di beberapa nbsp daerah melibatkan nbsp Johor Pahang dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus b...
Pitas Kota Marudu Daerah Terbaru Dilanda Banjir Di Sabah

Pitas Kota Marudu Daerah Terbaru Dilanda Banjir Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 303 hits
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dijangka meningkat KOTA KINABALU Pitas dan Kota Marudu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 79 mangsa daripada 21 keluarga dipindahkan ...
3 Daerah Di Johor Banjir 6 Pps Dibuka

3 Daerah Di Johor Banjir 6 Pps Dibuka

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 408 hits
3 daerah di Johor banjir 6 PPS dibuka Setelah sekian lama bumi Malaysia tidak tidak dibasahi dengan hujan akhir akhir ini dibeberapa tempat hujan turun dengan lebat sekali sehingga menyebabkan banjir seperti negeri Johor Hari ini enam pusat...
Johor Beri Bantuan Rm300 Kepada Keluarga Terjejas Banjir

Johor Beri Bantuan Rm300 Kepada Keluarga Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 152 hits
SETIAP keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi memaklumkan demikian ketika melawat pusa...
Amaran Hujan Sangat Lebat Tahap Bahaya Di Pahang Johor

Amaran Hujan Sangat Lebat Tahap Bahaya Di Pahang Johor

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 156 hits
JABATAN Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rom
Floods Johor Sabah Record Slight Increase In Number Of Evacuees

Floods Johor Sabah Record Slight Increase In Number Of Evacuees

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 160 hits
A motorcyclist wades through floodwaters following heavy rain in Jalan Parit Warijo Sri Medan Batu Pahat Johor NSTP NUR AISYAH MAZALANKUALA LUMPUR The number of flood victims in Johor and Sabah rose slightly this morning according to the re...
Jumlah Mangsa Banjir Di Rompin Kekal 314 Orang Di Tiga Pps Setakat Pagi Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Rompin Kekal 314 Orang Di Tiga Pps Setakat Pagi Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 152 hits
KUANTAN Jumlah mangsa banjir di Rompin kekal 314 orang daripada 96 keluarga yang berada di tiga pusat pemindahan sementara setakat jam 8 pagi hari ini Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada jumlah itu seramai 165 mangsa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza