Penerbit Polis Evo 2 Dapatkan Khidmat Nasihat Dua Mufti


Nadia Azam      
Penerbit filem Polis Evo 2, Astro Shaw memandang serius tuduhan berat ke atas sesetengah pihak yang melabelkan filem tersebut sebagai mencemarkan imej Islam.

Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Astro, Khairul Anwar Salleh, berkata, pihaknya tidak sesekali berkompromi terhadap perkara itu dan akan bertemu dengan dua mufti untuk mendapatkan nasihat mereka.

“Malaysia mempunyai pendirian tegas terhadap aktiviti ekstremis atau yang boleh memesongkan agama kerana ia boleh memberi kesan buruk jika tidak dikawal dan boleh mengancam keselamatan negara.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan mufti Wilayah Persekutuan dan Perlis (Dr Zulkifli Mohamad dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin) bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara itu dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Polis Evo 2 di Mutiara Damansara, Petaling Jaya malam semalam.

Khairul Anwar yang turut merangkap sebagai penerbit eksekutif filem itu berkata, sesi pertemuan itu tidak akan berakhir di situ, sebaliknya mereka akan turut mengundang mufti terbabit untuk menyaksikan Polis Evo 2.

“Kami akan mengajak mereka untuk menonton dan mendapatkan nasihat lanjut tentang filem ini selepas itu,” katanya.

Untuk rekod, ini kali pertama pihak Astro mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mengambil pendirian berdiam diri ketika isu terbabit menjadi topik hangat di media sosial.

Ia juga selepas beberapa hari pemimpin PAS dan penyokong parti itu menyatakan rasa kurang senang dengan filem berkenaan yang dianggap memberi gambaran buruk terhadap Islam.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Riduan Mohd Nor yang membuat kenyataan asal itu turut menggesa rakyat Malaysia untuk memboikot filem yang dijadual menjengah pawagam 22 November ini.

Bagaimanapun, semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan filem Polis Evo 2 tidak berdepan dengan mana-mana kekangan daripada kerajaan.

Dalam satu kenyataan, KDN turut menyatakan Lembaga Penapis Filem (LPF) telah menonton tapis Polis Evo 2 dan memberi keputusan Lulus Bersih dengan klasifikasi 13 untuk tayangan pawagam.
Khairul Anwar turut meminta rakyat Malaysia tidak cepat terpengaruh dengan gesaan boikot yang dicadangkan.

Sebaliknya, beliau menyarankan peminat yang ternanti-nanti filem kesinambungan Polis Evo yang pernah diterbitkan pada 2015 itu untuk pergi menonton terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian.

“Harus tonton sebelum buat keputusan kerana hanya dengan menyaksikan trailer saja tidak mencukupi untuk menggambarkan keseluruhan filem.

“Namun kami yakin selepas beberapa minggu filem ini boleh pergi jauh kerana mendapati banyak pihak yang mempertahankan selain mereka mengajak dan menyokong untuk menonton terlebih dahulu,” katanya.

Khairul Anwar turut menegaskan, Polis Evo 2 jelas memaparkan implikasi buruk bakal didepani rakyat negara ini sekiranya golongan ekstremis atau ajaran sesat tidak dibendung

“Dalam negara majoriti penganut Islam, kita tidak mahu seseorang menggambil kesempatan atau menggunakan agama untuk mengganggu gugat ketenteraman negara.

“Namun, pihak kami percaya memang wujud pihak yang mempergunakan agama untuk tujuan tertentu,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/penerbit-polis-evo-2-dapatkan-khidmat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

Dr Maza Penerbit Polis Evo 2 Jumpa Selepas Penggambaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 558 hits
MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pihak penerbitan filem kontroversi Polis Evo 2 hanya menemuinya selepas penggambaran selesai Mohd Asri berkata Penerbit Eksekutif Polis Evo 2 Datuk Khairul Anwar Salleh menemuinya dua h...
Mufti Wilayah Persekutuan Dedah Polis Evo 2 Tiada Unsur Hina Agama Seperti Yang Dikatakan Pemboikot

Mufti Wilayah Persekutuan Dedah Polis Evo 2 Tiada Unsur Hina Agama Seperti Yang Dikatakan Pemboikot

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 528 hits
Polis Evo 2 sudah mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini 20 November 2018 Ya Jangan tidak percaya filem ini ditayangkan awal di sesetengah pawagam bagi meraikan filem yang dinantikan penggemar filem Sebelum ini Polis Evo 2 mencetuskan...
Mufti Perlis Jawab Salah Faham Beri Sokongan Kepada Polis Evo 2

Mufti Perlis Jawab Salah Faham Beri Sokongan Kepada Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 485 hits
Akhbar Sinar Harian semalam telah memetik kenyataan Penerbit Polis Evo 2 Datuk Khairul Anwar Salleh mendakwa Mufti Perlis telah memberi nasihat untuk filem Polis Evo 2 Pada masa sama kami juga telah mendapatkan nasihat daripada mufti Perlis...
Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Isu Polis Evo 2

Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Isu Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 392 hits
Pendirian Mufti Wilayah Persekutuan Berhubung Isu Polis Evo 2 Tahun ini boleh dikatakan sebagai tahun yang indah buat penggiat seni filem dan juga penyokong penyokong karya tempatan Sekurang kurangnya terdapat tiga buah filem tempatan yang ...
Polis Evo 2 Timbul Gusar Era Baru Dedah Aurat Minima Mufti

Polis Evo 2 Timbul Gusar Era Baru Dedah Aurat Minima Mufti

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 308 hits
HALAMAN HIBURAN Polis Evo 2 Tidak Hina Islam Dedah Aurat Minimum Mufti Wilayah MUFTI Wilayah persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memberi pandangan bahawa filem Polis Evo 2 tidak mengandungi mesej penghinaan kepada Islam Zulk...
Polis Evo 2 Dah Habis Pengambaran Baru Jumpa Saya Mufti

Polis Evo 2 Dah Habis Pengambaran Baru Jumpa Saya Mufti

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 587 hits
MUFTI Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa pihak produksi filem kontroversi Polis Evo 2 hanya menemuinya selepas pengambaran selesai dilakukan Mohd Asri berkata Penerbit filem itu Datuk Khairul Anwar Salleh hanya menemuinya dua ...
Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem Polis Evo 2

Mufti Perlis Keluar Kenyataan Isu Boikot Filem Polis Evo 2

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 368 hits
Selepas Lembaga Penapisan Filem mengeluarkan kenyataan berkenaan filem tersebut yang tidak mencemarkan agama Islam terkini Mufti Perlis Dr Asri pula mengeluarkan kenyataan Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak penerbit menemuinya dan memp...
Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti

Produksi Filem Akai Polis Evo 2 Dakwa Sudah Berjumpa Mufti

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 442 hits
PETALING JAYA Filem aksi Polis Evo 2 tidak mempunyai unsur memburukkan imej Islam bahkan mengambil kira pendapat dan nasihat daripada golongan ulama Penerbit Eksekutif filem berkenaan Datuk Khairul Anwar Salleh berkata pihaknya sudah mengad...
Eina Bawa Dua Beradik Dapatkan Rawatan Pakar Kulit

Eina Bawa Dua Beradik Dapatkan Rawatan Pakar Kulit

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Pelakon Datin Paduka Eina Azman bersyukur hasrat membantu dua beradik yang menghidap penyakit kulit serius dipermudahkan apabila dia berpeluang membawa mereka bertemu pakar sebentar tadi Eina berkata luahannya yang dimuat naik ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik