Eina Bawa Dua Beradik Dapatkan Rawatan Pakar Kulit


KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Paduka Eina Azman bersyukur, hasrat membantu dua beradik yang menghidap penyakit kulit serius dipermudahkan apabila dia berpeluang membawa mereka bertemu pakar, sebentar tadi.
Eina berkata, luahannya yang dimuat naik di laman sosial, baru-baru ini mendapat perhatian ibu dua kanak-kanak itu, Nurul Ain Abdullah, 29, yang bersetuju membawa mereka bertemu pakar kulit.

“Alhamdulillah, atas persetujuan ibu mereka, saya dapat membawa mereka bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memaklumkan, mereka berpeluang untuk pulih, namun memakan sedikit masa. Kami juga bersedia menghulurkan bantuan setiap bulan bagi meringankan beban keluarga itu,” katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama, Rahsia Hati Seorang Perempuan itu berkata, hatinya tersentuh apabila mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung Lela Safiya Azmi, 2, dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi, enam bulan.
Selepas berbincang dengan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah,
Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman sepakat membawa dua kanak-kanak itu dan ibu mereka mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.
“Sebagai ibu yang mempunyai sepasang anak yang sedang membesar, saya sebak melihat penderitaan dua beradik itu.
“Tidak dapat saya bayangkan sekiranya saya berada dalam situasi mereka. Itu yang menggerakkan hati saya untuk membantu keluarga ini.
“Saya difahamkan, ibu kanak-kanak itu turut menghidap ekzema sejak remaja, selain penglihatannya kurang jelas.
Mereka bergantung hidup kepada pendapatan suami Nurul, Shahrul Azmi Aziz, 27, yang menerima RM850 sebulan sebagai kelindan lori.
“Sedih apabila dimaklumkan, mereka sering dipandang rendah, malah dua beradik itu juga sukar tidur malam kerana tidak selesa dan pedih dengan keadaan kulit mereka,” katanya.
Eina juga berharap, usaha murninya itu dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga terbabit.
Sebelum ini Datin paduka ein azman mencari adik beradik pesakit kulit
BIARPUN tidak menyatakan tujuannya, namun usaha pelakon Datin Paduka Eina Azman untuk mencari keluarga dua beradik yang menghidapi penyakit kulit dipuji ramai.
Menerusi Instagram miliknya, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 23, bertanya kepada mana-mana pengikut Instagramnya yang mempunyai nombor pasangan suami isteri, Shahrul Azmi Aziz dan Nurul Ain yang terpaksa menyara dua anak mempunyai penyakit kulit serius berbekalkan gaji RM850 sebulan.
Assalamualaikum. Siapa ada contact kakak ini? Tolong… kongsi dengan saya,” tulisnya ringkas.
Sebelum ini, kisah dua beradik Lela Safiya dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, disahkan menghidapi ekzema.
Keadaan Nayl Safiy lebih serius berbanding kakaknya apabila badannya kudis menyebabkan kegatalan.
Lebih memilukan, mereka terpaksa bergantung dengan sumber pendapatan sebanyak RM850 sebulan, kerana bapa mereka hanya bekerja sebagai kelindan lori.
Tular sebelum ini dengan Hanya Berbekalkan Gaji Suami RM850 Sebulan Untuk Sara Dua Anak Hidap Penyakit Kulit
Eina Azman cari keluarga adik sakit kulit serius
Hati ibu mana tak sedih apabila kedua-dua anaknya menghidap penyakit kulit serius (ekzema). Paling memilukan apabila mereka dipandang jijik kerana dianggap sebagai pembawa penyakit berjangkit.
Menurut ibunya, doktor mendakwa masalah itu disebabkan demam campak dan akan pulih dalam tempoh beberapa minggu saja. Namun sehingga kini, masalah ini sudah berlarutan selama setahun.
Penyakit semakin serius

Masalah sama dihadapi adik Lela Safiya, Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, sejak dua bulan lalu. Keadaannya lebih serius berbanding kakaknya apabila badan Muhammad Nayl Safiy dipenuhi kudis menyebabkan kegatalan.
Menerusi Harian Metro, doktor mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan. Masalah kulit dialami Lela Safiya yang semakin serius menyebabkan die tertekan, ditambah pula dengan tohmahan orang ramai.
Tidak tahan dengan tohmahan itu, tiga beranak itu hanya mampu memencilkan diri dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka setiap hari di dalam rumah sahaja.
Lebih setahun berlarutan masalah kulit
Kalau demam campak, kenapa sampai sekarang masih belum baik? Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih. Fikiran saya menjadi buntu, kalau dibawa ke hospital pasti jawapan diberikan doktor sama.

Saya bercadang mahu rujuk anak ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu. Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain.
Selain itu, kehidupan tiga beranak ini lebih malang apabila hanya mampu bergantung kepada sumber pendapatan suami, Shahrul Azmi Aziz sebanyak RM850 sebulan yang bekerja sebagai kelindan lori.
Rela berlapar nak rawat anak
Eina Azman cari keluarga adik sakit kulit serius
Pernah suatu ketika saya terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak. Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka.
Saya tak sanggup melihat anak merengek kerana kegatalan akibat kudis pada badan. Sebelum ini, saya memohon meminta bantuan daripada pihak berkaitan bagi menampung perbelanjaan dan kos rawatan anak, namun ditolak, jadi saya serik untuk hantar permohonan lagi.
Tidak cukup dengan itu, Nurul Ain yang juga menghadapi masalah penglihatan mendakwa tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dan mengharapkan kepada pendapatan suami sepenuhnya untuk meneruskan kehidupan.
Masalah kesihatan kedua-dua anaknya hanya berbekalkan ihsan segelintir jiran dan saudara-mara yang tampil hulurkan bantuan.
Tak sanggup lihat mereka nangis dan rengek
Eina Azman cari keluarga adik sakit kulit serius
Kalau boleh saya tak nak meminta-minta atau meraih simpati daripada orang ramai, mungkin ada insan lain lebih susah berbanding kami.
Apa yang amat saya harapkan sekarang ini adalah dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami.
Meskipun diduga dengan pelbagai penyakit namun dia bersyukur masih mampu meneruskan kehidupan dan mengharapkan orang ramai dapat mendoakan serta berkongsi pengalaman bagi memulihkan kembali dua anaknya.
Apa yang amat saya harapkan sekarang ini adalah dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami.
Orang ramai mahu membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah.
Sumber :berita harianonline, sinar harian dan Harian Metro
The post Eina bawa dua beradik dapatkan rawatan pakar kulit appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/21/eina-bawa-dua-beradik-dapatkan-rawatan-pakar-kulit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eina Azman Suami Bantu Dua Beradik Alami Ekzema Akan Hulur Bantu Setiap Bulan Sehingga Pulih

Eina Azman Suami Bantu Dua Beradik Alami Ekzema Akan Hulur Bantu Setiap Bulan Sehingga Pulih

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 683 hits
Hati seorang ibu mudah tersentuh melihat kanak kanak yang sakit Aktres Datin Paduka Eina Azman menghulurkan bantuan membantu menanggung kos rawatan dua adik beradik yang mengalami ekzema Apa yang dijadikan oleh ibu muda ini sangat baik dan ...
Dua Suspek Ditahan Bawa Parang Di Kawasan Kuil

Dua Suspek Ditahan Bawa Parang Di Kawasan Kuil

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 329 hits
Sidang media Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor kes rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights Foto fail The Malay Mail Kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Putra Heights menyaksikan jumlah tangkapan meningkat kepa...
Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit

Bio Oil Pakar Minyak Penjagaan Kulit

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 915 hits
Siapa yang suka simpan parut rasanya mesti tidak ada seorang pun lagi lagi kaum wanita kan Nieyl menang tak suka simpan parut terutama di kawasan kawasan yang orang lain boleh nampak iaitu muka tangan dan juga kaki Baru baru ni nieyl kena b...
Penerbit Polis Evo 2 Dapatkan Khidmat Nasihat Dua Mufti

Penerbit Polis Evo 2 Dapatkan Khidmat Nasihat Dua Mufti

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 589 hits
Penerbit filem Polis Evo 2 Astro Shaw memandang serius tuduhan berat ke atas sesetengah pihak yang melabelkan filem tersebut sebagai mencemarkan imej Islam Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Astro Khairul Anwar Salleh berkata piha...
Eina Azman Cari Keluarga Adik Sakit Kulit Serius

Eina Azman Cari Keluarga Adik Sakit Kulit Serius

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 369 hits
BIARPUN tidak menyatakan tujuannya namun usaha pelakon Datin Paduka Eina Azman untuk mencari keluarga dua beradik yang menghidapi penyakit kulit dipuji ramai Menerusi Instagram miliknya Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman 23 berta...
Cara Dapatkan Tiket Percuma Ke Dinosaur Kingdom The Moscow Circus

Cara Dapatkan Tiket Percuma Ke Dinosaur Kingdom The Moscow Circus

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 663 hits
Assalamualaikum Berita baik untuak korang semua Nak tahu tak bagaimana korang boleh memperolehi tiket percuma ke The Moscow Circus dan Dinosaur Kingdom di Puteri Harbour Senang sahaja RSVP di laman acara di ISKARNIVAL MAIN MAIN dan nantikan...
Macam Mana Nak Dapatkan Backlink Percuma

Macam Mana Nak Dapatkan Backlink Percuma

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 349 hits
Baru ni saya update entri dia blog saya yang lagi satu Dan masa tu lah saya terfikir idea macam mana The post appeared first on
Ini Yang Wajib Anda Dapatkan Saat Kredit Mobil Baru

Ini Yang Wajib Anda Dapatkan Saat Kredit Mobil Baru

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 250 hits
Pengajuan Kredit Mobil Baru merupakan salah satu alternatif lain yang bisa Sobat lakukan jika sobat saat ini ingin memiliki mobil namun belum sanggup membeli Mobil Baru dengan cara Cash Tunai Banyak Perusahaan Leasing yang menawarkan progra...
Malas Memasak Dapatkan Menu Malas Khas Anda Di Sini

Malas Memasak Dapatkan Menu Malas Khas Anda Di Sini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 684 hits
MENU MALAS Ringkasan Segala idea menu yang diperlukan keluarga yang sibuk dan malas Idea menu yang dicadangkan sesuai untuk menjamu 4 orang dengan bajet sebanyak RM 160 selama 6 hari Semua sajian mengambil masa kira kira 15 30 min untuk dis...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025