Penerbit Filem Mat Kilau Terharu Sokongan Pihak Finas Dan Media


Usai tayangan perdana filem Mat Kilau - Kebangkita Pahlawan yang diadakan pada Khamis lalu, 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall, Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini.




Menurutnya, “Pihak Studio Kembara berasa  sangat bersyukur serta terharu di atas respon-respon positif dan  sangat mengalakkan  yang diterima dari pelbagai pihak termasuk media dan para tetamu jemputan yang hadir pada tayangan perdana baru-baru ini.”
 

Setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik. Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

 






“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.  Kehadiran Pengerusi Finas, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah bt. Musa dan Ketua Eksekutif Finas, YBRS Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industry perfileman negara.


“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan malah mampu mengharumkan nama negara.  Studio Kembara bersedia bersama membantu  mengangkat agenda nasional di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,” katanya dalam rasa terharu.


Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan.



Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang. Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British.






Mat Kilau menampil contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2022/06/penerbit-filem-mat-kilau-terharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 193 hits
Filem Syamsul Yusof terbaru Mat Kilau nampaknya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri Di mana mana lokasi filem ini fullhouse dan ditonton lebih RM3 juta sepanjang 3 hari tayangan Tidak ketinggalan ramai selebriti memberikan sokongan terh...
Filem Mat Kilau Laku Keras Cecah 11 Juta Dalam Masa 4 Hari

Filem Mat Kilau Laku Keras Cecah 11 Juta Dalam Masa 4 Hari

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 179 hits
Filem Mat Kilau yang menjadi bualan hangat kini telah pun berjaya mengutip RM11 juta pada hari keempat tayangannya di pawagam Sebuah filem arahan pengarah berbakat besar Syamsul Yusof ini sememangnya sesuatu yang sudah lama tiada seumpamany...
Kenali Penerbit Mat Kilau

Kenali Penerbit Mat Kilau

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 203 hits
Korang kena kenal orang ni Ni dia Hj Abdul Rahman Mt DaliJutawan ummah Owner Hospital Az Zahrah Bangi Orang kaya yang habiskan 8 juta untuk buat filem dakwah patriotik Duit Allah bagi dia tak habis Dia guna pula untuk suntik rasa cinta dan ...
Ha Tudiaa Nama Fattah Amin Trending Di Twitter Bukan Lagi Pelakon Kayu Dalam Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Ha Tudiaa Nama Fattah Amin Trending Di Twitter Bukan Lagi Pelakon Kayu Dalam Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 391 hits
Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Nama Fattah Amin trending di Twitter bukan lagi pelakon kayu Ahad 26 Jun 2022 1 30 PMOleh FAROL HADILakonan Fattah sebagai Awang dapat pujian DI AWAL kemunculan pelakon Fattah Amin s...
Filem Mat Kilau Trending Nombor 1 Dapat Pujian Ramai

Filem Mat Kilau Trending Nombor 1 Dapat Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 273 hits
Filem Mat Kilau adalah sebuah karya arahan Syamsul Yusof yang dibintangi oleh ramai pelakon berbakat besar Berlatarbelakangkan seorang pahlawan Tanah Melayu yang mempertahankan tanah air dari dijajah nama Mat Kilau sahaja pastinya ramai per...
Syamsul Yusof Olah 90 Skrip Asal Filem Mat Kilau Demi Baiki Mutu Filem

Syamsul Yusof Olah 90 Skrip Asal Filem Mat Kilau Demi Baiki Mutu Filem

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 216 hits
Filem terbaru arahan Syamsul Yusof Mat Kilau berada dalam proses pembikinan yang agak lama sebelum pengarah Munafik tersebut terlibat dalam pembikinan filem berkenaan Filem Mat Kilau mendapat reaksi yang pelbagai daripada penggemar filem Ad...
Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 139 hits
Mengimbau kembali sejarah Tanah Melayu semasa Seri Wangi dalam alam persekolahan menengah dulu mata Pelajaran sejarah memang minat Bila dapat peluang menonton filem biografi epik Mat Kilau memanglah sangat teruja dan ingin melihat sejauh ma...
Mengharap Filem Mat Kilau Dibawa Keperingkat Antarabangsa

Mengharap Filem Mat Kilau Dibawa Keperingkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 326 hits
Saya nak menulis tentang filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dari perspektif sejarahnya pula Saya sangat berharap filem ini diangkat pula dalam bentuk drama epik bersiri Ia telah mengangkat jatidiri generasi hari ini berdasarkan kepada mak...
Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 245 hits
Sebuah filem biografik epik Mat Kilau akan menemui penonton mulai 23 Jun 2022 pada hari Khamis di 90 pawagam seluruh negara Jadi anda kini boleh mula dapatkan untuk menonton filem ini di pawagam Filem ini merupakan karya daripada pengarah t...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Internet Malaysia Masih Terkesan Dengan Kerosakan Kabel Dasar Laut Di Laut Merah

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat