Mengharap Filem Mat Kilau Dibawa Keperingkat Antarabangsa












Hafidzi Mohd Noor

npdtroeSso9n2i:uaet J64hf11tat1181t038a  2488  · 

Saya nak menulis tentang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dari perspektif sejarahnya pula. Saya sangat berharap filem ini diangkat pula dalam bentuk drama epik bersiri. Ia telah mengangkat jatidiri generasi hari ini berdasarkan kepada maklum balas dan sambutan masyarakat.

Bahkan saya mencadangkan filem epik ini di eksport dengan sarikata bahasa Inggeris/b.arab/b.hindi-urdu/turkiye/china-korea-nihon untuk tontonan di rantau ASEAN, timur tengah, sub continent India, Pakistan, Bangladesh, timur jauh (China, Korea, Jepun).

Mat Kilau adalah salah satu watak yang muncul dalam sejarah penentangan ke atas pencerobohan British. Ia bermula hampir 2 dekad sebelum kemunculan Mat Kilau dalam pentas sejarah. Kerana itu wajar para penerbit mengimpikan untuk mengembangkan filem ini ke tahap drama epik bersiri.

Sebaik perjanjian Pangkor ditanda tangani British mula menyusun langkah untuk menakluk seluruh tanah melayu (jangan terpedaya dengan 'notion' British hanya melindungi Tanah Melayu sebagai Protectorate). 1874 adalah tarikh mula untuk menduduki Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Andrew Clarke berusaha untuk memujuk Bendahara Wan Ahmad supaya bersetuju untuk melantik seorang 'British agent' di Pahang.

Dengan pelbagai tipu daya akhirnya Sultan Ahmad (Bendahara Wan Ahmad diangkat menjadi Sultan Ahmad) bersetuju untuk melantik seorang penasihat British di Pahang pada tahun 1888 (selepas 14 tahun sejak 1874). Di rengkas kan cerita seorang pembesar Datuk Bahaman yang dilantik sebagai orang besar di Semantan oleh Sultan telah menolak campurtangan British. British telah mendirikan balai polis di Lubuk Terua (Semantan) dan menangkap orang melayu yang mengutip hasil hasil hutan.

Sejak tahun 1890 Datuk Bahaman telah melancarkan serangan bukan sahaja di Semantan, di Sg Jempul (Negeri Sembila), di Raub, Bentong, Bera, Temerloh, Jerantut, Kuala Lipis, Kuantan, Hulu Kelantan, Tanah Merah, Besut dan Kuala Berang. Pada tahun 1892 seorang lagi tokoh imam/khatib Rasu (Tok Gajah) dan anaknya Mat Kilau menyertai perjuangan menghalau penjajah British. Sultan Ahmad sendiri telah mengistiharkan Dato Bahaman sebagai penderhaka

Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah mendapat sokongan moral dari Sultan Zainal Abidin Terengganu dan Tok ku Paluh di Kuala Berang/Besut. Residen Pahang Hugh Clifford menyusul dan berbincang dengan Tok ku Paluh (seorang ulama tersohor) supaya tidak menyokong pejuang pejuang Pahang (yang menariknya Hugh Clifford mengakui dlm catatan peribadi 'ketika hendak bangun dia terlekat pada kerusi sehingga di izinkan oleh Tok ku Paloh).

Dalam movie Mat Kilau rasanya yang di highlight sebagai event besar ialah pertempuran di Jeram Ampai (lebih kurang 2 km dari Jerantut) di sungai Tembeling (saya mungkin silap belum tonton lagi). Pertempuran ini sangat sengit di mana Datuk Bahaman kehilangan 40 orang pahlawan. Di pihak British juga mengalami kehilangan yang besar dan komandannya A E. Wise terbunuh.

Kalau diperhatikan peta yang saya lampirkan, peperangan dan insiden serangan berlaku sehingga Kuantan dan Ulu Kelantan. Panjang jika hendak diulas. (Saya cdg rujuk dua buah buku sebagai permulaan yg ditulis oleh Cikgu Hj Buyung Adil terbitan DBP - Sejarah Pahang dan Sejarah Orang Melayu Menentang Penjajahan). Naratifnya lengkap dan boleh dibuat panduan untuk menjejaki pahlawan Pahang dalam rangka educational trip. Amin Raiderdan cikgu Kamariah Sidekboleh kongsi gambar gambar edutrip Terengganu masa singgah di pusara Imam Rasu/Tok Gajah dan rumah persinggahan Mat Kilau di Pasir Nering (homestay) Kuala Berang.

Jejak perjuangannya sangat panjang untuk dibentang di sini. Dato Bahaman dan rombongannya akhirnya ditangkap (termasuk adek Mat Kilau dan isterinya) dan dipenjarakan di Chengmai, Thailand. Pada tahun 1926 Dato Bahaman berhijrah di Kuantan dan meninggal pada tahun 1977 di bawah identiti Datuk Peramu. Adapun Mat Kilau yang disangka terbunuh pada tahun 1895 diserahkan oleh orang orang Siam kepada Sultan Kelantan. Mat Kilau sebenarnya masih hidup lalu untuk mengabui British Sultan Kelantan telah mengkebumikan batang pisang dan Mat Kilau muncul pada tahun 1969 (berumur 122).

Tetapi seperti Filem Mat Kilau, cadangan drama epik bersiri ini juga akan menghadapi pelbagai rintangan (terutama dari institusi di raja P dan J). Malah begitu ramai sebenarnya dari kalangan anak negeri Pahang yang bersekongkol untuk menjayakan agenda penjajahan British di Pahang.

Mohon maaf jika ada yang tersinggung. Kebenaran sejarah tidak dapat diselindung dan ia tetap merupakan hakikat yang tidak mungkin dimungkiri.

Sekian. Salam hormat

Dr Hafidzi Mohd Noor

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/mengharap-filem-mat-kilau-dibawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Mat Kilau Trending Nombor 1 Dapat Pujian Ramai

Filem Mat Kilau Trending Nombor 1 Dapat Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 363 hits
Filem Mat Kilau adalah sebuah karya arahan Syamsul Yusof yang dibintangi oleh ramai pelakon berbakat besar Berlatarbelakangkan seorang pahlawan Tanah Melayu yang mempertahankan tanah air dari dijajah nama Mat Kilau sahaja pastinya ramai per...
Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 287 hits
Filem Syamsul Yusof terbaru Mat Kilau nampaknya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri Di mana mana lokasi filem ini fullhouse dan ditonton lebih RM3 juta sepanjang 3 hari tayangan Tidak ketinggalan ramai selebriti memberikan sokongan terh...
Syamsul Yusof Olah 90 Skrip Asal Filem Mat Kilau Demi Baiki Mutu Filem

Syamsul Yusof Olah 90 Skrip Asal Filem Mat Kilau Demi Baiki Mutu Filem

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 401 hits
Filem terbaru arahan Syamsul Yusof Mat Kilau berada dalam proses pembikinan yang agak lama sebelum pengarah Munafik tersebut terlibat dalam pembikinan filem berkenaan Filem Mat Kilau mendapat reaksi yang pelbagai daripada penggemar filem Ad...
Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

Filem Mat Kilau Di Pawagam Mulai 23 Jun 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 349 hits
Sebuah filem biografik epik Mat Kilau akan menemui penonton mulai 23 Jun 2022 pada hari Khamis di 90 pawagam seluruh negara Jadi anda kini boleh mula dapatkan untuk menonton filem ini di pawagam Filem ini merupakan karya daripada pengarah t...
Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 241 hits
Mengimbau kembali sejarah Tanah Melayu semasa Seri Wangi dalam alam persekolahan menengah dulu mata Pelajaran sejarah memang minat Bila dapat peluang menonton filem biografi epik Mat Kilau memanglah sangat teruja dan ingin melihat sejauh ma...
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 590 hits
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Sejak ditayangkan 23 06 2022 yang lepas Filem Mat Kilau memperoleh sambutan pada hari pertama siaran dengan kutipan terbesar 1 juta Filem Mat Kilau sebuah filem epik sejarah Malaysia di bawah arahan Syam...
Penerbit Filem Mat Kilau Terharu Sokongan Pihak Finas Dan Media

Penerbit Filem Mat Kilau Terharu Sokongan Pihak Finas Dan Media

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 244 hits
Usai tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkita Pahlawan yang diadakan pada Khamis lalu 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan r...
Ha Tudiaa Nama Fattah Amin Trending Di Twitter Bukan Lagi Pelakon Kayu Dalam Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

Ha Tudiaa Nama Fattah Amin Trending Di Twitter Bukan Lagi Pelakon Kayu Dalam Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 535 hits
Netizen puji lakonan dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Nama Fattah Amin trending di Twitter bukan lagi pelakon kayu Ahad 26 Jun 2022 1 30 PMOleh FAROL HADILakonan Fattah sebagai Awang dapat pujian DI AWAL kemunculan pelakon Fattah Amin s...
Ulasan Filem Mat Kilau

Ulasan Filem Mat Kilau

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 226 hits
AZHAN UTHMAN MAT KILAU YANG SERBA KACAU Skrip Mat Kilau ditulis Shahruddin Dali yang juga penerbit Studio Kembara dengan mendapat olahan pengarah Syamsul Yusof Dalam satu sembang podcast aku dengar awal lagi penulis beritahu skrip Mat Kilau...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian