Penerangan Senarai Aras Kemahiran Berfikir Bagi Mengukur Pelajar di Sekolah
Penerangan Senarai Aras Kemahiran Berfikir Bagi Mengukur Pelajar di Sekolah. Dalam sistem pendidikan, kemahiran berfikir adalah asas penting yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar.
Penerangan Senarai Aras Kemahiran Berfikir Aras Mengingat
Mengingat kembali atau mengenal pasti maklumat yang spesifik.
Mengecam, mengulang, menyenaraikan, mengenal pasti, menamakan, menyatakan, memberitahu, dan lain-lain.
Aras Memahami
Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk yang lain, mentafsir bahan atau idea, menganggar trend.
Menjelaskan, memberi contoh, meringkaskan, menterjemah, memilih, menerangkan, dan lain-lain.
KBAS (Kemahiran Berfikir Aras Sederhana)
Aras Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi yang berbeza untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Menunjukkan, menyesuaikan, menggunakan, menggambarkan, membina, melengkapkan, memeriksa, mengelaskan, menunjuk cara, melukis, melakar, meramal, menyediakan, menghasilkan, mengguna pakai, melaksana, melakonkan, dan lain-lain.
Aras Menganalisis
Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan.
Mencerakin, mengkategorikan, membezakan, memaparkan, memeriksa, menguji, membanding, membuat inferens, mengesan, mentafsir, menyiasat, dan lain-lain.
KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Aras Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi.
Mempertimbangkan, mencadangkan, menilai, memilih, mentaksir, memberi justifikasi, membuat keputusan, membuat kesimpulan, memberi alasan, mempertahankan, membahas, menyokong, mengesahkan, menentukan, dan lain-lain.
Aras Mencipta
Menghasilkan idea, produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif.
Mencipta, menyusun semula, melakar, menggubah, menggabungkan, merancang, memasang, membina, merumuskan, menjana, menghasilkan, menyediakan, mereka bentuk, dan lain-lain.
Dengan memahami dan menguasai kemahiran berfikir ini, pelajar dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mengatasi cabaran pembelajaran serta bersedia untuk menghadapi dunia yang semakin kompleks dan mencabar.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |