Sibuk Dengan Sukan Sekolah Update Kehidupan


Lama sungguh tak merentan dalam blog sendiri. Hari ni decided untuk guna satu jam pertama di awal pagi menulis seperti dulu.
Sambil pasang Youtube bunyi burung – Nature relaxation memang sangat-sangat membantu aku lebih tenang dan tersusun.

Pernah buat analisis diri dulu, aku jenis cepat belajar melalui audio. Jadi kita cuba sebaik mungkin kalau boleh membantu diri.

Hari ini, Selasa; hari pertama anak bersekolah sebab semalam sekolah bagi cuti peristiwa. Sabtu lepas berlangsungnya Kejohanan Olahraga.

Anak yang sukan emak yang penat. Untuk tahun ini aku mengaktifkan diri mewakili ibu bapa untuk bantu pasukan Rumah Sukan Kuning. Rumah Topaz.









 

Sibuk Dengan Sukan Sekolah - Update Kehidupan  

Banyak sangat benda aku belajar. Tentang manusia dan juga masa. Serius penat sebab hampir setiap hari aku ke sekolah selama dua minggu.

Aku ditemani oleh beberapa lagi ibu yang komited nak pastikan Rumah Topaz berjaya merangkul kemenangan.

Macam bartu je kongsi di blog, bantu sekolah untuk Kejohanan Merentas Desa.
Tugas utama kami ialah nak kembalikan semangat juang anak-anak, rangka strategi perjuangan dan bantu cikgu untuk hias khemah serta perbarisan.

Weh banyak sangat cerita di sebalik tabir yang aku nak kongsi. InshaAllah satu persatu aku kupas mengikut kaca mata aku.

Untuk aturan perjalanan kali ini, Allah buka seluas-luasnya mata aku kenal mana satu kaca dan mana satu permata.

Alhamdulillah untuk setiap apa yang jadi, ada yang manis dan ada juga yang kurang enak nak ditelan. Tapi apakan daya setiap benda Allah cipta berpasangan. Maka harus lah kita terima saja.







 

 

Bila Marah - Show Their True Color  

Ada orang pernah pesan, nak kenal seseorang tu mudah je. Orang akan tunjukkan diri sebenar ketika dia sedang marah. Masa tu akan terlondeh segala topeng yang dia pakai.

Dan ianya sangat benar ya. Terjadi depan mata, dan semestinya aku yang menjadi saksi tidak adil nak judge kehidupan dia secara keseluruhan.

Mungkin waktu tu had sabar dan bertahan tu dah habis jadi meletus lah jawabnya.

Of course, kita nampak true color seseorang dan apa boleh buat berhati-hati dan ambil Langkah selamat. Jika rasa memudaratkan jauhkan diri dan begitu sebaliknya.

Bunyi macam kelakar dan nampak kecil je sumbangan tu bila sebut bantu Hari Sukan Sekolah. Tapi realitinya sangat-sangat penat.

Penat juga nak jaga hati orang dan hati sendiri.
 

 






Memang Logik Tak Jadi Guru
Selain penat nak uruskan benda-benda tidak bernyawa, aku juga sangat penat nak berkomunikasi dengan makhluk bernyawa.

Nak bagi arahan dan pastikan anak-anak mendengar arahan kita tu agak mencabar. Lagi pula anak murid dulu bukan macam sekarang ya.

Mereka sekarang sejak kecil dah terdedah dengan internet dunia tanpa sempadan. Mereka sejak kecil dah ada sifat perbandingan.

Dekat situ akan wujud insecurity dan self-esteem. Entah apa aku nampak bila pandang mata anak-anak ni, ada semangat juang dan rintihan yang tidak didengari.

Maklumlah kita ni bukan guru. Sifat sabar & tabah tu memang la terlalu sedikit jika dibandingkan dengan seorang guru sebenar.

Memang patutlah aku tak jadi seorang pendidik. Kalau tidak pasti aku jadi naga asyik keluar api dekat mulut. Apa pun aku bersyukur dengan setiap peluang dan ruang Allah takdirkan.

Setiap hari aku belajar benda baru. Hasil yang kami tuai selepas bersusah payah tu memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.



Kesimpulan 
Jadi ini merupakan entri pengenalan, update kehidupan aku tentang sukan sekolah. Memudahkan aku juga supaya senang aku nak bercerita di kemudian hari. Sila expect entri yang melompat-lompat sebab aku tengah recover semua entri yang tertinggal sepanjang aku sibuk bantu sekolah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2024/06/sibuk-dengan-sukan-sekolah-update.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Sukan Sekolah Mana Ni Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia Didakwa Rekaan Hanya Ala Kadar

Baju Sukan Sekolah Mana Ni Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia Didakwa Rekaan Hanya Ala Kadar

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 169 hits
Majlis Olimpik Malaysia baru baru ini telah melancarkan uniform rasmi atlet Malaysia yang akan beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama sahaja lagi Namun begitu pelancaran baju rasmi itu tidak diterima baik peminat sukan te...
Distrik Homeyo Kondusif Koops Habema Dirikan Sekolah Lapangan Di Bekas Sd Yang Dibakar Opm

Distrik Homeyo Kondusif Koops Habema Dirikan Sekolah Lapangan Di Bekas Sd Yang Dibakar Opm

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 167 hits
Aparat keamanan menyatakan situasi di Distrik Homeyo Kabupaten Intan Jaya Papua sudah kondusif
Tiga Beradik Ceria Diminta Pulang Awal Dari Sekolah Tak Tahu Rupanya Bapa Meninggal Dunia

Tiga Beradik Ceria Diminta Pulang Awal Dari Sekolah Tak Tahu Rupanya Bapa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 169 hits
Tular satu video memaparkan tiga murid yang merupakan adik beradik kelihatan ceria apabila diminta pulang awal dari sekolah tanpa mengetahui mereka baru sahaja kehilangan bapa Menerusi satu perkongsian di TikTok cikguaincomey guru di sekola...
Tambang Bas Sekolah Bakal Naik Bermula Bulan Ini

Tambang Bas Sekolah Bakal Naik Bermula Bulan Ini

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 230 hits
Tular di media sosial berkenaan tambang bas sekolah bakal naik ekoran kenaikan harga Diesel Pemilik bas sekolah tidak menolak kemungkinan akan menaikkan tambang disebabkan kenaikan sebanyak RM3 35 seliter 10 Jun lalu berbanding RM2 15 selit...
Pm Pengendali Bas Sekolah Naikkan Bayaran Boleh Hilang Lesen

Pm Pengendali Bas Sekolah Naikkan Bayaran Boleh Hilang Lesen

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 167 hits
Isabelle Leong amp Wong Kang JiaPengendali bas sekolah yang menaikkan kadar bayaran susulan penyelarasan subsidi berisiko untuk dibatalkan lesen mereka menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim Kamu diberi subsidi kamu naikkan kamu jaga jaga te...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat