Penemuan Vaksin Covid 19 Dilapor Jadi Faktor Utama Harga Emas Turun Mendadak


Berita pengumuman penemuan vaksin COVID-19 yang memberi kelegaan kepada semua orang di dunia termasuk di Malaysia menjadi faktor utama penurunan harga emas secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Perunding Pelaburan Emas Syukor Hashim berkata dari awal Januari sehingga Ogos tahun ini berlaku trend kenaikan harga emas sebanyak 37 peratus dan pernah melebihi RM300 segram, namun harga itu telah jatuh semula dan terkini RM256 segram.
“Punca harga emas naik itu disebabkan ancaman COVID-19 yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia dan orang ramai tidak berani berbelanja yang secara tidak langsung menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.
“Namun apabila berita vaksin COVID-19 telah dijumpai tersebar, ia dilihat sedikit sebanyak mengurangkan risiko ancaman COVID-19 dengan pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih. Justeru, dalam situasi ini emas dilihat hilang tarikan sebagai aset selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan orang ramai berpusu-pusu ke kedai emas untuk mengambil peluang membeli barang kemas sebagai simpanan pelaburan sehingga ada antara mereka telah mengabaikan SOP COVID-19 semasa urusan jual beli di kedai.
Ditanya mengenai bila jangkaan penurunan harga emas ini akan berakhir, Syukor berkata ia tidak boleh dijangka kerana ia dipengaruhi berita dari semasa ke semasa yang memberi kesan kepada naik turun harga emas.
“Sebagai contoh, bagaimana proses peralihan kuasa Amerika Syarikat antara Joe Biden dengan Donald Trump, sekiranya ada ‘drama’ antara mereka harga emas boleh naik semula begitu juga implikasi berita politik mengenai Iran yang mendakwa saintis nuklearnya dibunuh oleh Israel.
“Dengan kata lain, harga emas naik bukan berpunca daripada COVID-19 sahaja tapi banyak faktor lain namun faktor utama tahun ini adalah wabak itu,” katanya sambil menambah apa sahaja situasi yang berlaku di Malaysia tidak mempengaruhi langsung perubahan harga emas.
Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa kedai emas di sini mendapati kunjungan orang ramai dilihat berkurangan pada hari biasa berbanding pada hujung minggu, namun masih ada yang mengambil peluang untuk membeli barang kemas yang diidamkan.
Peniaga emas di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat, Munirah Aqilah Mohd Zahari memberitahu penulis, pekerjanya tak menang tangan pada hujung minggu apabila kedainya diserbu orang ramai dan jumlah pelanggan dua kali ganda berbanding hari biasa.
“Kejatuhan harga emas, menyebabkan pembeli mengambil kesempatan untuk menukar barang kemas lama dan ada juga yang mahu menempah yang baharu sebagai simpanan pelaburan dan aksesori untuk dipakai.
“Walaupun jumlah pembeli ramai, prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dalam kedai, nama dan suhu tetap direkod mengambil kira situasi jumlah kes yang masih tinggi di negara ini,” katanya.
Munirah Aqilah berkata walaupun harga emas turun dan jumlah pembeli yang ramai, namun keuntungan yang diperoleh tidak seperti semasa harga emas tinggi pada awal tahun.
Seorang lagi peniaga, Nik Ahmad Tarmizi Nik Hassan berkata pada awal pemberian moratarium dilaksanakan, ramai pembeli mengambil kesempatan dengan duit simpanan yang ada membeli barang kemas meskipun harga emas ketika itu mahal.
“Ramai pelanggan yang datang menggunakan duit yang sepatutnya mereka bayar untuk pinjaman kereta atau rumah telah dibelanjakan untuk membeli barang kemas sebagai pelaburan jangka masa panjang,” katanya.
— BERNAMA


The post Penemuan Vaksin COVID-19 Dilapor Jadi Faktor Utama Harga Emas Turun Mendadak appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/penemuan-vaksin-covid-19-dilapor-jadi-faktor-utama-harga-emas-turun-mendadak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Turun Mendadak Kedai Emas Di Kota Bharu Diserbu Orang Ramai

Harga Turun Mendadak Kedai Emas Di Kota Bharu Diserbu Orang Ramai

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 521 hits
Kota Bharu Harga emas turun secara mendadak sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di Kelantan diserbu orang ramai Kebanyakan penduduk mengambil peluang untuk membeli emas memandangkan harga terkini antara RM223 hingga RM234 per gram Tinj...
Harga Emas Terus Menurun Seiring Dengan Perkembangan Vaksin Covid 19

Harga Emas Terus Menurun Seiring Dengan Perkembangan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 255 hits
Harga emas terus jatuh pada pagi Selasa dimana ia sudah mempengaruhi negatif keseluruhan dinamika pasaran logam berharga Bahkan ia mencapai tahap terendah dalam beberapa bulan terakhir Sebabnya adalah berita mengenai perkembangan aktif vaks...
Rusia Dilapor Telah Berjaya Hasilkan Vaksin Covid 19 Dikatakan Lebih 95 Peratus Berjaya

Rusia Dilapor Telah Berjaya Hasilkan Vaksin Covid 19 Dikatakan Lebih 95 Peratus Berjaya

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 363 hits
Rusia dilaporkan telah mencipta vaksin COVID 19 yang mempunyai tahap keberkesanan lebih dari 95 setanding dengan vaksin yang dikembangkan oleh Pfizer dan Moderna Menurut The Guardian negara itu juga mengatakan bahawa vaksin itu mempunyai kh...
Vaksin Ditemui Harga Emas Jatuh

Vaksin Ditemui Harga Emas Jatuh

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 213 hits
Kuala Lumpur Berita pengumuman penemuan vaksin Covid 19 yang memberi kelegaan kepada semua orang di dunia termasuk di Malaysia menjadi faktor utama penurunan harga emas secara mendadak sejak kebelakangan ini Perunding Pelaburan Emas Syukor ...
Teleport Airasia Sedia Hantar Vaksin Covid 19

Teleport Airasia Sedia Hantar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 322 hits
Teleport syarikat logistik milik AirAsia Digital bersedia dan komited untuk menyokong pengedaran vaksin COVID 19 di rantau ini melalui rangkaian AirAsia yang merangkumi 125 buah bandar di Asia Tenggara Sejak pandemik COVID 19 bermula pada a...
Kurs Rupiah Menguat Ke Rp14 100 Per Usd Ditopang Ekspektasi Vaksin Covid 19

Kurs Rupiah Menguat Ke Rp14 100 Per Usd Ditopang Ekspektasi Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 273 hits
Saat ini ada beberapa kandidat vaksin Covid 19 salah satunya vaksin yang dikembangkan oleh AstraZeneca yang diklaim mempunyai tingkat keefektifan 90 persen Selain itu ada vaksin buatan Pfizer dengan tingkat keefektifan yang sama
Bpom Semarang Awasi Penyaluran Mutu Vaksin Covid 19 Di Jateng

Bpom Semarang Awasi Penyaluran Mutu Vaksin Covid 19 Di Jateng

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 273 hits
Kepala BPOM Semarang I Gusti Ayu Adhy Aryapatni saat dikonfirmasi menyebut untuk sistem penyaluran vaksin Covid 19 nantinya dikendalikan oleh tim Dinkes masing masing kabupaten kota Pihaknya akan koordinasi dengan Dinkes Jateng terkait pela...
Berita Positif Mengenai Vaksin Covid 19 Menaikkan Euro

Berita Positif Mengenai Vaksin Covid 19 Menaikkan Euro

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 239 hits
Sehingga pagi Rabu euro lebih mahal daripada dolar AS Ketika penulisan pasangan EUR USD telah meningkat sebanyak 0 12 diperdagangkan sekitar 1 1901 Penyebab utama peningkatan ini adalah berita mengenai kemunculan vaksin COVID 19 yang akan d...
Pemprov Bengkulu Siapkan Tenaga Medis Untuk Disuntik Vaksin Covid 19

Pemprov Bengkulu Siapkan Tenaga Medis Untuk Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 281 hits
Politisi Partai NasDem itu mengatakan persiapan dilakukan dengan memberikan pembekalan dan pengetahuan bagi tenaga medis itu dilakukan oleh Satuan Tugas Percepatan Penanganan Covid 19 Provinsi Bengkulu
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin