Harga Turun Mendadak Kedai Emas Di Kota Bharu Diserbu Orang Ramai


Kota Bharu: Harga emas turun secara mendadak sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di Kelantan diserbu orang ramai.
Kebanyakan penduduk mengambil peluang untuk membeli emas memandangkan harga terkini antara RM223 hingga RM234 per gram.
Tinjauan di sekitar Kota Bharu mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.
Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabaikan penjarakan fizikal.
Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.
Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes Covid-19 semakin meningkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.
"Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.
"Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai," katanya.
Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan kompaun dua kali termasuk semalam.
"Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mangsa.
"Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP," katanya.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat.
Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan kompaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.
"Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga penjarakan fizikal.
"Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kes di Kelantan semakin meningkat.
Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian Covid-19.
Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2HRFtxI
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/11/harga-turun-mendadak-kedai-emas-di-kota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penemuan Vaksin Covid 19 Dilapor Jadi Faktor Utama Harga Emas Turun Mendadak

Penemuan Vaksin Covid 19 Dilapor Jadi Faktor Utama Harga Emas Turun Mendadak

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 368 hits
Berita pengumuman penemuan vaksin COVID 19 yang memberi kelegaan kepada semua orang di dunia termasuk di Malaysia menjadi faktor utama penurunan harga emas secara mendadak sejak kebelakangan ini Perunding Pelaburan Emas Syukor Hashim berkat...
Kedai Makan Nasi Campur Di Kota Bharu Restoren Syakila Ada Banyak Pilihan Lauk Pauk

Kedai Makan Nasi Campur Di Kota Bharu Restoren Syakila Ada Banyak Pilihan Lauk Pauk

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 679 hits
Kedai Makan Nasi Campur di Kota Bharu Restoren Syakila Ada Banyak Pilihan Lauk Pauk Makanan ruji penduduk di Malaysia adalah Nasi Memang tak boleh lari dah kan Kalau tak makan nasi memang tak akan rasa kenyang Jadi untuk artikel kali ini sa...
9 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Pemilik Kedai Emas Pelanggan

9 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Pemilik Kedai Emas Pelanggan

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 390 hits
Polis mengeluarkan sembilan kompaun terhadap pemilik kedai emas dan pelanggan mereka di sekitar Kota Bharu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dalam membendung penularan Covid 19 Ketua Polis...
Menariknya 10 10 Double Digit Sales Bagi Peminat Tegar Emas Untuk Dapatkan Terus Harga Dari Kilang Di Pg Mall

Menariknya 10 10 Double Digit Sales Bagi Peminat Tegar Emas Untuk Dapatkan Terus Harga Dari Kilang Di Pg Mall

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 506 hits
Setiap hari bila terdengar makin naik pertambahan jangkaan kes Covid 19 di negara kita ni rasanya adalah lebih baik duduk dirumah dan yang lebih mudah semua perbelanjaan boleh di lakukan hanya hujung jari sahaja Bila fikir semula dari Cikza...
Kisah Benar Di Bandaraya Islam Kota Bharu

Kisah Benar Di Bandaraya Islam Kota Bharu

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 422 hits
Md Zulaimi KazimKawan saya Pickiry Hussein bersama team beliau membuat kerja kebajikan malam semalam sekitar Kota Bharu Allhuakbar apa yang Pickrey jumpa Ada lagi rakyat tidur dalam beca roda 3 di Bandaraya Islam Kota Bharu Islam adalah aga...
Harga Emas Terus Menurun Seiring Dengan Perkembangan Vaksin Covid 19

Harga Emas Terus Menurun Seiring Dengan Perkembangan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 289 hits
Harga emas terus jatuh pada pagi Selasa dimana ia sudah mempengaruhi negatif keseluruhan dinamika pasaran logam berharga Bahkan ia mencapai tahap terendah dalam beberapa bulan terakhir Sebabnya adalah berita mengenai perkembangan aktif vaks...
Kota Bharu Kini Zon Merah Kes Covid 19 Meningkat Di Kelantan

Kota Bharu Kini Zon Merah Kes Covid 19 Meningkat Di Kelantan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 392 hits
Oleh ZAAIN ZIN KOTA BHARU Daerah Kota Bharu yang sebelum ini zon hijau menjadi kawasan terbaharu yang dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 46 kes aktif Covid 19 setakat 12 tengah hari ini Sementara itu dua daerah iaitu Machan...
Kota Bharu Tiba Tiba Mata Anak Terkeluar Berdarah

Kota Bharu Tiba Tiba Mata Anak Terkeluar Berdarah

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 435 hits
Saya seolah olah terputus nyawa ketika melihat sebelah matanya berdarah semasa bangun daripada tidur Subuh kelmarin kata Nurul Izzati Jaffar 28 ibu kepada bayi lelaki yang lahir tanpa bebola mata kiri dan kanan Kejadian mata berdarah itu me...
Kolestrol Turun Mendadak

Kolestrol Turun Mendadak

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 364 hits
KOLESTROL TEGAR MAK DAH TURUN Mak faezatul ada masalah kolestrol tinggi Dah bertahun tahun liat ketegaq tak mau nak turun Kalau tengok yang sebelah kiri atas tu result bacaan kolestrol mak 6 tahun lepas Tinggi Tinggi sangat 3 tahun lepas tu...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Drama Satu Dua Dia

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hati Hati Sekolah

Anak Kecil Di Tengah Runtuhan Kisah Kekuatan Dan Harapan

Pening Menggigil Tak Larat

Kotak Packaging Custom Untuk Kek Coklat Cookies Nampak Eksklusif Nampak Sedap

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Looking For Waxing Near Me Why Edmonton Women Trust Comfort Wax Studio