Penduduk Tinggalkan Bandar Diraja Menjelang Pkpb Di Klang



Kesesakan berlaku di Kampung Jawa menghala ke Jalan Kebun dan di plaza tol Setia Alam apabila jumlah kenderaan yang bergerak keluar semakin bertambah, antara jalan keluar dari Klang. Kesesakan teruk juga dikesan sepanjang 10-km dari Persiaran Raja Muda dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Lebuhraya Persekutuan hingga ke Shah Alam.
(Malaysia Now) – Terdapat peningkatan keluar dari Klang oleh penduduk yang takut terkurung di rumah, menjelang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu yang akan bermula tengah malam ini.
Semakan MalaysiaNow mendapati ramai yang menyambut baik keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKPB disebabkan peningkatan kes Covid-19 di daerah itu, iaitu melebihi 40 kes.
Tetapi, ramai penduduk tidak bersedia untuk “terkurung” di bandar Diraja itu, dengan balai polis sesak dengan yang mahu memohon bagi mendapatkan kebenaran untuk melakukan rentas daerah.
Kenderaan bertambah di jalan-jalan keluar dari Klang.
Kesesakan berlaku di Kampung Jawa menghala ke Jalan Kebun dan di plaza tol Setia Alam apabila jumlah kenderaan yang bergerak keluar semakin bertambah, antara jalan keluar dari Klang.
Kesesakan teruk juga dikesan sepanjang 10-km dari Persiaran Raja Muda dari arah Pelabuhan Klang menghala ke Lebuhraya Persekutuan hingga ke Shah Alam.
Ramai yang ditemui MalaysiaNow berkata, memori fasa pertama perintah kawalan pergerakan, atau PKP yang menyaksikan perniagaan, sekolah dan tempat kerja ditutup masih segar dalam ingatan mereka.
Jurutera Petronas Shafik Ahmad yang tinggal di bandar Klang berkata sudah memohon untuk bekerja dari rumah.
“Saya bagi tau isteri untuk bawa anak-anak semua pulang ke kampung. Saya rasa ini cara yang terbaik daripada kami semua terperangkap dalam Klang dan pada masa yang sama kami juga dapat meluangkan masa dengan mak ayah dekat kampung,” katanya kepada MalaysiaNow.
Seorang lagi warga Klang yang ditemui, Ahmad Badlishah juga merancang untuk ke rumah kakaknya di Seri Kembangan agar dapat ke tempat kerja tanpa melalui pelbagai sekatan jalan raya.
Di bawah PKPB sesiapa yang mahu melakukan perjalanan ke tempat kerja di sekitar Lembah Klang perlu mendapatkan surat daripada majikan dan menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Orang ramai sudah mula membeli-belah sebagai persediaan kepada PKPB yang akan dilaksanakan selama dua minggu di Klang, Selangor. Sementara itu tinjauan di beberapa pasar raya juga didapati semakin sesak dengan orang ramai yang melakukan pembelian barang saat akhir, bekalan untuk dua minggu.
“Kita harus kekal tenang. Kita mempunyai masa untuk tambah bekalan. Kita juga masih boleh pergi membeli barangan yang diperlukan di Klang seperti yang ditetapkan dalam SOP di bawah PKPB,” kata Haslina yang ditemui di Aeon Big di Bukit Tinggi.
Manakala salah seorang peniaga kedai makan yang ditemui pula menyuarakan kebimbangan apabila Klang diletakkan di bawah PKPB.
“Saya sangat sedih dan risau la apabila Klang sekarang sudah masuk zon merah lagi sekali. Saya bimbang perniagaan saya akan rugi lagi sekali.
“Saya berharap jangan la sekat kami berniaga. Kami perlu beri anak bini semua makan, mana lagi mau cari duit,” kata Kunani, 32 yang berniaga kedai makan di bandar Klang.
Bagaimanapun menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Mohamed Azmin Ali petang tadi memutuskan untuk membenarkan semua sektor ekonomi di daerah Klang beroperasi seperti biasa dengan pematuhan ketat kepada prosedur operasi standard (SOP).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/09/penduduk-tinggalkan-bandar-diraja-menjelang-pkpb-di-klang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Di Klang Dan 3 Lagi Daerah Sasaran Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Rumah

Pkpb Di Klang Dan 3 Lagi Daerah Sasaran Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 511 hits
MELIHAT kepada peningkatan Covid 19 kerajaan kini setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Sandakan Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang Selangor bermula 9 Oktober 2020 Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Parameter Sebenar Kawasan Pkpb Di Klang Hanya Diketahui Esok

Parameter Sebenar Kawasan Pkpb Di Klang Hanya Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 739 hits
SHAH ALAM Majlis Keselamatan Negara Selangor akan bermesyuarat esok bagi menentukan parameter kawasan PKPB di Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula Jumaat ini susulan peningkatan kes pandemik koronavirus Sekreta...
36 Kawasan Dalam Mukim Klang Terlibat Pkpb Telah Bermula Sekarang

36 Kawasan Dalam Mukim Klang Terlibat Pkpb Telah Bermula Sekarang

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 489 hits
KLANG 36 kawasan dalam Mukim Klang Selangor terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat cegah penularan Covid 19 yang akan bermula 12 01 tengah malam ini 36 kawasan itu adalah seperti berikut 1 Bandar Bukit TInggi 2 Kg Johan Setia ...
Pkpb Di Klang Hanya Libatkan Mukim Klang Ismail Sabri

Pkpb Di Klang Hanya Libatkan Mukim Klang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 358 hits
MALAYSIAKINI Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan dilaksanakan di Selangor mulai tengah malam ini hanya melibatkan mukim Klang dan bukan kawasan lain seperti Pelabuhan Klang dan Kapar kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Saya s...
Klang Dan 3 Daerah Di Sabah Kena Pkpb Ismail Sabri

Klang Dan 3 Daerah Di Sabah Kena Pkpb Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 423 hits
Tiga daerah di Sabah dan satu di Selangor dikenakan PKP Bersyarat mulai malam esok Gambar hiasan KUALA LUMPUR Empat daerah lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai tengah malam esok Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Ya...
Pkpb Di Klang Punya Pasal Baru Nak Belajar Peta Klang

Pkpb Di Klang Punya Pasal Baru Nak Belajar Peta Klang

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 956 hits
hai assalammualaikumPKPB Di Klang Punya Pasal Baru Nak Belajar Peta Klang Haritu diumumkan 9 Oktober bermula PKPB di Klang Ramai konfius Klang area mana je adakah Shah alam termasuk sekali Macam rumah family nad dekat Meru adakah kawasan tu...
Pkpb Lembah Klang Cetus Pembelian Panik

Pkpb Lembah Klang Cetus Pembelian Panik

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Orang ramai membanjiri pasar raya dan kedai runcit sekitar Lembah Klang hari ini berikutan pengumuman perintah kawalan pergerakan bersyarat di Kuala Lumpur Selangor dan Putrajaya yang akan dilaksanakan pada Rabu Lelaki hanya d...
Pkpb Kl Selangor Putrajaya Bermula 14 27 Oktober Sekolah Taska Ditutup

Pkpb Kl Selangor Putrajaya Bermula 14 27 Oktober Sekolah Taska Ditutup

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 519 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilaksanakan di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan i...
Keputusan Pkpb Kerajaan Persekutuan Pada Selangor Mengejutkan Mb Selangor

Keputusan Pkpb Kerajaan Persekutuan Pada Selangor Mengejutkan Mb Selangor

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 346 hits
Kerajaan negeri Selangor berkata pihaknya terkejut dengan keputusan untuk mengenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat di negeri itu Menurut Menteri Besar Amirudin Shari hanya beberapa daerah di Lembah Klang yang mencatatkan jum...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual