Klang Dan 3 Daerah Di Sabah Kena Pkpb Ismail Sabri


Manzaidi Mohd Amin Tiga daerah di Sabah dan satu di Selangor dikenakan PKP Bersyarat mulai malam esok.- Gambar hiasan. KUALA LUMPUR – Empat daerah lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai tengah malam esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daerah itu melibatkan tiga di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran manakala satu di Selangor ialah Klang.
Pelaksanaan PKPB itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, setelah mendengar pembentangan dari Kementerian Kesihatan berhubung situasi di beberapa kawasan yang diklasifikasikan sebagai Zon Merah.
 
“Empat daerah ini diisytiharkan Zon Merah oleh MKN berikutan mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.
“Melihat kepada peningkatan kes di empat daerah ini, maka kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPB bermula pada 9 Oktober ini.
“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah itu serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilakukan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini.
Menurut Ismail Sabri, dengan pelaksanaan PKPB itu, segala pergerakan keluar masuk dari dan ke kawasan itu tidak dibenarkan sama sekali.
Bagaimanapun, katanya, hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan dengannya sahaja dibenarkan.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu atau perkhidmatan lain yang terlibat dalam kawasan itu.
“Antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ialah, setiap keluar hanya dibenarkan dua orang untuk keluar membeli barang, manakala yang lain perlu berada di kediaman masing-masing,” katanya.
Kata beliau, semua jenis perniagaan bukan perkhidmatan perlu adalah ditutup, manakala restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serba guna dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 6 petang.
Begitu juga katanya, pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran dan bungkus.
Ismail Sabri menjelaskan, waktu operasi stesen minyak dibenarkan antara jam 6 pagi hingga 6 petang, manakala pasar harian (jam 6 pagi – 2 petang), pasar malam, pasar borong dan pasar tani tidak dibenarkan beroperasi.
“Hospital, klinik kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam, manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan beroperasi 6 pagi hingga 6 petang. Kenderaan yang membawa barangan keperluan dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu.
“Perkhidmatan e-hailing dibenarkan membawa dua penumpang dan hanya boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam, perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan.
“Penduduk pula tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh itu. Saya harap majikan tidak mengambil tindakan kepada pekerja yang tidak datang kerja kerana ini adalah arahan dari kerajaan, bukan pilihan pekerja,” katanya.
Beliau turut menyatakan, masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam, IPTA, IPTS, Institusi Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak juga ditutup. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/klang-dan-3-daerah-di-sabah-kena-pkpb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkpb Di Klang Hanya Libatkan Mukim Klang Ismail Sabri

Pkpb Di Klang Hanya Libatkan Mukim Klang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 330 hits
MALAYSIAKINI Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan dilaksanakan di Selangor mulai tengah malam ini hanya melibatkan mukim Klang dan bukan kawasan lain seperti Pelabuhan Klang dan Kapar kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Saya s...
Video Bukan Semua Orang Politik Hanya 1 Peratus Yang Pulang Dari Sabah Positif Covid 19 Ismail Sabri

Video Bukan Semua Orang Politik Hanya 1 Peratus Yang Pulang Dari Sabah Positif Covid 19 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 408 hits
Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan kes COVID 19 melibatkan individu daripada Sabah hanya sekitar satu peratus Jelas beliau ketika menjawab persoalan wartawan yang meminta penjelasan dakwaan peningkatan kes COVI
Sekatan Perjalanan Keluar Masuk Ke Sabah Mulai Esok Ismail Sabri

Sekatan Perjalanan Keluar Masuk Ke Sabah Mulai Esok Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 378 hits
M Update 6 10 2020 Sekatan perjalanan keluar dan masuk ke Sabah membabitkan pergerakan dari Semenanjung Sarawak dan Labuan dikenakan mulai esok hingga 20 Oktober ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun terdapat...
Conditional Mco Applies To Klang Sub District Only Says Ismail Sabri

Conditional Mco Applies To Klang Sub District Only Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 454 hits
COVID 19 The conditional movement control order that will be implemented in Klang effective tomorrow applies only to the area within the sub district and not other areas such as Port Klang and Kapar said Senior Minister Ismail Sabri Yaakob ...
Pkpb Di Klang Dan 3 Lagi Daerah Sasaran Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Rumah

Pkpb Di Klang Dan 3 Lagi Daerah Sasaran Hanya 2 Orang Dibenarkan Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 485 hits
MELIHAT kepada peningkatan Covid 19 kerajaan kini setuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Sandakan Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang Selangor bermula 9 Oktober 2020 Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Govt Bans Travel From Sabah Effective From Oct 7 Ismail Sabri

Govt Bans Travel From Sabah Effective From Oct 7 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 294 hits
Health Ministry officers conduct Covid 19 screening on passengers arriving from Sabah at the Kuala Lumpur International Airport Sept 28 2020 KUALA LUMPUR The government has issued a travel ban from Sabah to Peninsular Malaysia Sarawak and L...
Baru Pulang Dari Sabah Ismail Sabri Ada Sebab Tidak Kuarantin 14 Hari

Baru Pulang Dari Sabah Ismail Sabri Ada Sebab Tidak Kuarantin 14 Hari

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 280 hits
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dia sudah melakukan ujian saringan Covid 19 selepas pulang dari berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Sabah semalam Menurut Ismail dia akan menjalani kuarantin sehinggalah keput...
Kes Meningkat Kerajaan Laksana Pkpdb Di Empat Daerah Sabah Bermula Tengah Malam Ini

Kes Meningkat Kerajaan Laksana Pkpdb Di Empat Daerah Sabah Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 395 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan terdapat 1 195 kes positif jangkitan COVID 19 di daerah Lahad Datu Tawau Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020 Daripada jumlah itu Lahad Datu telah merekodkan sebanyak 24...
Tarik Lesen Tutup Premis Hiburan Langgar Pkp Tegas Ismail Sabri

Tarik Lesen Tutup Premis Hiburan Langgar Pkp Tegas Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 478 hits
Pihak berkuasa tempatan diarah supaya bertindak lebih tegas termasuk menarik lesen dan menutup premis terhadap pusat hiburan yang beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan men...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Canon Repair

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban

Kelantan Buka Kilang Beras Di Pasir Mas Dijangka Beroperasi Tahun Ini