Pendatang Asing Hadir Terima Vaksin Di Sabah Tidak Akan Ditangkap


Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Tiada bayaran dikenakan atau tangkapan dilakukan terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) yang hadir menerima vaksin Covid-19 di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau melalui aktiviti jangkauan luar di seluruh Sabah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Rose Nani Mudin berkata, vaksin diberikan secara percuma kepada semua penduduk di negeri ini, sama ada warga tempatan atau bukan warganegara.


Katanya, penduduk tanpa dokumen juga diminta untuk mendapatkan vaksinasi dengan segera tanpa perlu bimbang dikenakan bayaran atau ditahan pihak berkuasa.

“Terdapat mesej di media sosial yang tidak benar dan tular mengatakan pemberian vaksin dikenakan bayaran.

“Selain itu terdapat juga pihak yang menakutkan penduduk bukan warga negara dengan mengatakan mereka ditahan pihak berkuasa ketika mengambil vaksin, perkara ini adalah tidak benar.


“Tujuan utama pemberian vaksin kepada semua adalah bagi memastikan semua penduduk yang tinggal di Sabah selamat daripada jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata bagi mencapai imuniti kelompok di Sabah, seramai 1,023,782 penduduk lagi perlu divaksinasi.

Katanya, penduduk yang belum divaksinasi boleh pergi ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat atau datang ke aktiviti jangkauan luar di kawasan mereka bagi mendapatkan vaksin.


Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, dua daerah di Sabah setakat ini mencatat lebih 100 peratus penduduk sudah mendapat satu dos vaksin Covid-19, iaitu Beaufort dengan pencapaian 100.25 peratus dan Putatan dengan 100.06 peratus.

Katanya, tiga daerah lagi mencatat lebih 80 peratus penduduk sudah mendapat satu dos vaksin setakat semalam, iaitu Sipitang (81.54 peratus), Kota Kinabalu (86.7 peratus) dan Kuala Penyu (93.96 peratus).

“Lima daerah lagi mencatat lebih 70 peratus penduduk menerima satu dos vaksin iaitu Kota Marudu (73 peratus), Beluran (73.87 peratus), Pitas (76.11 peratus), Penampang (76.17 peratus) dan Tuaran (78.69 peratus),” katanya.

Berdasarkan statistik yang dikongsi beliau, daerah Kinabatangan mencatat peratusan terendah dengan hanya 36.95 peratus sudah menerima satu dos vaksin setakat semalam.


Ia diikuti daerah Tongod (43.19 peratus), Semporna (47.95 peratus), Nabawan (49.17 peratus), Tawau (50.67 peratus), Sandakan (53.39 peratus), Kunak (53.85 peratus) dan Papar (58.36 peratus).

Selebihnya, Keningau (65.02 peratus), Lahad Datu (65.31 peratus), Tambunan (65.52 peratus), Kota Belud (65.52 peratus), Ranau (68.67 peratus), Kudat (68.78 peratus) dan Tenom (69.91 peratus).

Dr Rose Nani berkata, secara keseluruhan sebanyak 63.7 peratus populasi dewasa di Sabah sudah menerima satu dos vaksin, manakala 47 peratus lengkap dua dos vaksin, setakat semalam. – HMetro

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/pendatang-asing-hadir-terima-vaksin-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Masuk Sabah Untuk Urusan Rasmi Lengkap Vaksin Tak Perlu Kuarantin

Individu Masuk Sabah Untuk Urusan Rasmi Lengkap Vaksin Tak Perlu Kuarantin

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 369 hits
Jurucakap perkembangan Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Kerajaan negeri membenarkan individu yang masuk ke Sabah dari negeri lain untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan Covid 19 dan kuarantin apabila tiba di...
Pm Dijadual Hadir Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah

Pm Dijadual Hadir Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 357 hits
Sambutan dengan kehadiran terhad yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah KOTA KINABALU Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir pada sambutan Hari Malaysia Ke 58 yang diadakan secara sederhana mengi...
Nenek Berusia 104 Tahun Terima Vaksin

Nenek Berusia 104 Tahun Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh ASLIZA MUSA K Letchemy selepas selesai menerima suntikan vaksin di Hospital Columbia Asia di sini hari ini TAIPING Biarpun pergerakannya terhad ia tidak menghalang seorang wanita warga emas untuk mendapatkan vaksin Covid 19 di Hospital...
Pkr Dap Terima Dana Asing Ned

Pkr Dap Terima Dana Asing Ned

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 243 hits
PKR DAP terima dana asing NED PKR dan DAP masing masing menafikan menerima pendanaan daripada National Endowment for Democracy badan berpangkalan di AS yang didakwa membiayai parti pembangkang selama lebih sedekad Pengarah Komunikasi PKR Fa...
Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan Sokongan Asing Itu

Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan Sokongan Asing Itu

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Ada pemimpin politik negara ini didakwa menerima bantuan dan sokongan moral daripada individu serta organisasi luar negara terutama Amerika Syarikat dalam meneruskan karier politik masing masing Bercakap kepada Mingguan Malays...
Nak Teman Pergi Cucuk Vaksin Konon Janda Duda Ditangkap Khalwat Di Bilik Homestay

Nak Teman Pergi Cucuk Vaksin Konon Janda Duda Ditangkap Khalwat Di Bilik Homestay

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 399 hits
Soal siasat mendapati kedua dua mereka bekerja di kilang berasingan di Pulau Pinang Mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pernikahan Sepasang kekasih ditahan pihak Penguatkuasa Agama Daerah Sik di sebuah inap desa semalam kerana di...
Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 287 hits
Penyanyi rap yang kini masih berada di Mesir Caprice dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sana kerana mengalami demam dan serangan panik melampau selepas menerima suntikan dos kedua vaksin ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

Covid 19 Pulau Pinang Terima 20 000 Vaksin Dari Selangor Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 332 hits
Pulau Pinang menerima sumbangan 20 000 dos vaksin COVID 19 daripada kerajaan negeri Selangor hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pihaknya berbesar hati menerima sumbangan ini dan berharap ia akan membantu mempercepatka...
Ikuti Langkah Sarawak Beri Kanak Kanak Vaksin Kerajaan Sabah Diberitahu

Ikuti Langkah Sarawak Beri Kanak Kanak Vaksin Kerajaan Sabah Diberitahu

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 534 hits
Lonjakan kes Covid 19 di kalangan kanak kanak telah menyaksikan wad kanak kanak di hospital Sabah terpaksa meningkatkan kapasiti mereka KOTA KINABALU Seorang pakar kanak kanak percaya bahawa Sabah harus mencontohi negara jirannya Sarawak da...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek