Individu Masuk Sabah Untuk Urusan Rasmi Lengkap Vaksin Tak Perlu Kuarantin


Jurucakap perkembangan Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan individu yang masuk ke Sabah dari negeri lain untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin apabila tiba di negeri ini.


Bagaimanapun, kebenaran itu yang dimasukkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua bagi negeri Sabah yang dikemas kini hari ini hanya untuk individu lengkap vaksin dan berada di negeri ini dalam tempoh tiga hari.

Jurucakap perkembangan Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, bagi urusan rasmi melebihi tiga hari yang membabitkan individu lengkap vaksin, kelonggaran sama turut diberikan, namun diarah membuat pemantauan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera.

Katanya, kemasukan ke negeri ini hanya perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan disahkan negatif Covid-19 melalui saringan RT-PCR tiga hari sebelum perjalanan.

“Bagi individu belum lengkap vaksin yang masuk ke Sabah atas urusan rasmi dalam tempoh tiga hari, mereka wajib menjalani kuarantin selama 10 hari dan ujian RTK-Antigen pada hari kelapan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.


Bagi bukan urusan rasmi, katanya kemasukan ke Sabah hanya dibenarkan atas kebenaran polis, negatif ujian RT-PCR tiga hari sebelum bertolak, tidak bergejala dan perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, individu yang keluar dari Sabah ke Sarawak dan Labuan atas urusan tertentu juga perlu menjalani ujian RT-PCR tiga hari sebelum bertolak selain tertakluk kepada syarat ditetapkan pihak berkuasa di negeri terbabit.


Bagaimanapun, katanya larangan pergerakan individu keluar masuk di antara Labuan dan tanah besar Sabah melalui jalan laut yang dikuatkuasakan sejak awal tahun ini masih dikekalkan.

“Pergerakan individu di antara Labuan dan Sabah melalui feri penumpang, bot penumpang, feri kenderaan atau bot persendirian adalah tidak dibenarkan kecuali untuk urusan kecemasan dengan kebenaran PDRM, pihak berkuasa negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Katanya, hanya individu yang keluar dari Sabah ke Semenanjung tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerajaan negeri, katanya, turut membenarkan keluar masuk pasangan jarak jauh dan ibu bapa yang ingin berjumpa anak berusia bawah 18 tahun, namun hanya untuk mereka yang lengkap vaksin dan mendapat kebenaran polis, selain tertakluk kepada syarat kemasukan ditetapkan kerajaan negeri.

Beliau berkata, larangan rentas daerah dan penguatkuasaan sekatan jalan raya (SJR) juga masih dikuatkuasakan.

SOURCE: BH Online

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/individu-masuk-sabah-untuk-urusan-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Kuarantin Ketika Masuk Sarawak Buat Individu Lengkap Vaksin

Tiada Lagi Kuarantin Ketika Masuk Sarawak Buat Individu Lengkap Vaksin

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 360 hits
MALAYSIA NOW Kanak kanak dan remaja di bawah 18 tahun ditemani ibu bapa mereka yang lengkap vaksinasi turut dikecualikan daripada kuarantin Bermula 16 September individu yang telah menerima vaksin lengkap hanya perlu memohon melalui aplikas...
Lembah Klang Masuk Fasa 2 Individu Lengkap Vaksin Diberi Kelonggaran

Lembah Klang Masuk Fasa 2 Individu Lengkap Vaksin Diberi Kelonggaran

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 232 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Lembah Klang memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara pada Jumaat Penduduk Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid 19 masing mas...
Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 341 hits
Foto untuk tujuan Ilustrasi KOTA KINABALU Kerajaan negeri akan melaksanakan syarat lengkap dua dos vaksin kepada pekerja dan pelanggan restoran dan pasar raya bermula pada 21 September ini Maka semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor ...
Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 281 hits
Masidi berkata terdapat kelewatan untuk pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran restoran serta pasar raya dalam menerima dos kedua khususnya jenis vaksin AstraZeneca Foto BERNAMA KOTA KINABALU Penguatkuasaan untuk mewajibkan semua peke...
Individu Lengkap Vaksin Di Luar Negara Perlu Ke Pkd Sahkan Sijil

Individu Lengkap Vaksin Di Luar Negara Perlu Ke Pkd Sahkan Sijil

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 251 hits
AGENDA DAILY Rakyat Malaysia yang menerima suntikan lengkap vaksin Covid 19 di luar negara perlu mengesahkan sijil digital yang diterima di Pejabat Kesihatan Daerah Gambar Strait Times Semua individu yang telah lengkap menerima vaksin Covid...
Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

Sabah Kuat Kuasa Sop Lengkap Vaksin Mulai 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 291 hits
Gambar Hiasan KOTA KINABALU Kerajaan Sabah melanjutkan tempoh untuk mula menguatkuasakan sepenuhnya prosedur operasi standard lengkap vaksin Covid 19 dalam sektor perdagangan dan pengedaran selama seminggu lagi kepada 21 September ini Juruc...
Pawagam Sedia Kembali Beroperasi Penerima Vaksinasi Lengkap Saja Dibenarkan Masuk

Pawagam Sedia Kembali Beroperasi Penerima Vaksinasi Lengkap Saja Dibenarkan Masuk

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 279 hits
Walaupun sudah lama tidak beroperasi kakitangan GSC sentiasa memastikan semua fasiliti di pawagam dalam keadaan baik dan petugas juga sudah menerima vaksinasi yang lengkap KUALA LUMPUR Selepas lama ditutup pengusaha panggung wayang bersedia...
Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 225 hits
Penyanyi rap yang kini masih berada di Mesir Caprice dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sana kerana mengalami demam dan serangan panik melampau selepas menerima suntikan dos kedua vaksin ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Mak Dan Abah Lengkap 2 Dos Vaksin Az Astrazeneca Di Ppv Idcc Shah Alam

Mak Dan Abah Lengkap 2 Dos Vaksin Az Astrazeneca Di Ppv Idcc Shah Alam

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 384 hits
Alhamdulillah MAK DAN ABAH LENGKAP 2 DOS VAKSIN AZ ASTRAZENECA DI PPV IDCC SHAH ALAM Mereka terima vaksin untuk corona virus ini pada 22 Jun 2021 untuk dos pertama manakala terima vaksin Covid 19 pada 24 Ogos 2021 untuk dos kedua MAK DAN AB...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life