Pendapatan Pasif Melalui Internet
Musim pendemik covid-19 ni kerap kali kita berkemungkinan lockdown pada bila-bila masa. Bagi peniaga-peniaga kecil dan yang bekerja kais pagi makan pagi, pastinya akan terkesan dengan lockdown ni. Pendapatan pasti terjejas kerana tak boleh keluar untuk mencari rezeki.
Oleh yang demikian, aku nak share sikit la beberapa program pendapatan pasif yang boleh korang cuba. Waktu lockdown ni la ambil peluang untuk study beberapa program yang boleh jana pendapatan pasif. Sebelum tu, apa pendapatan pasif? bagi yang tak tahu pendapatan pasif ni adalah pendapatan yang korang akan dapat berkali-kali tapi kerja hanya sekali je korang buat. Maksudnya, sambil korang tidur pun, duit akan masuk ke akaun bank korang.
Berikut adalah beberapa program pendapatan pasif yang boleh korang study dan explore. Seriusnya, aku dah try satu, dua program...memang tak mengecewakan. Ada banyak tau pendapatan pasif kat internet. Korang kena rajin explore.
1. Youtube.
Youtube ni kat Malaysia baru dua tiga tahun je menjadi perhatian netizen Malaysia. Kalau ikutkan negara lain dah lama buat duit dari youtube. Contohnya Indonesia, kalau check di youtube dah ramai youtuber Indonesia buat duit dari youtube. Untuk channel korang generate income, korang kena dapatakan 1000 subsciber dan 4000jam tontonan. Syarat sekarang youtube. Kalau dulu-dulu, once korang create channel, trus iklan akan kuar dalam channel korang dan terus boleh jana income pasif
2. Affiliate
Affiliate pun sekarang boleh menjana income pasif. Banyak program-program affiliate di Malaysia dan luar negara yang boleh korang join. Ada komisen yang korang boleh dapat sehingga 100%. Affiliate ni korang jual produk orang lain. Tak perlu susah-susah buat produk. Biasanya produk digital seperti ebook dan sebagainya. Semuanya melalui system. Korang just kreatif untuk promote link affiliate korang jer
3. Jual buku di Amazon
Yang ni pun best gak. Korang create buku, lepas tu korang jual sendiri di Amazon. Buku yang korang buat tu just buku nota biasa jer atau buku aktiviti kanak-kanak. Once korang upload buku di amazon, korang tak payah buat apa dah. Tunggu je royalti masuk akaun bank korang. Yang memang bebaloi buat. Kalau ada masa, aku explain detail nanti
4. Blog
Dengan blog pun korang boleh buat duit. Tugas korang update je blog korang sekerap yang boleh supaya banyak traffic yang masuk ke blog korang. Kena cari niche yang korang expert la untuk nak update blog selalu. Macam blog aku ni aku guna niche makan-makan. Cuma sekarang ni aku tak boleh la nak review kedai-kedai/restoran makanan sebab waktu pkp kan.. restoran tak buka.. Jadi aku share je la resepi-resepi dalam blog aku ni supaya niche makan tu masih tak lari. Untuk generate income dari blog, banyak platform yang korang boleh cuba. Antaranya korang boleh cuba google adsense ataupun Nuffnang. Pernah dengarkan? Dari situ iklan-iklan akan keluar dalam blog korang
5. Buat Video Kelas dalam Udemy
Yang ni pun korang boleh buat duit. Korang jual apa kepakaran yang korang tau. Buat video, lepas tu letak dalam Udemy. Contohnya, katalah korang mahir pasal menjahit baju. Korang buat beberapa siri video (macam tutorial la), then upload ke Udemy. Sapa-sapa yang berminat nak belajar cara-cara nak buat baju, akan enroll kelas korang. Ni bukan pasaran Malaysia je tau, ni worlwide.. ajdi korang kena buat video dalam bahasa english
6. Membangunkan Mobile Apps
Sekarang ni boleh dikatakan setiap orang ada android hanphone dan pastinya akan download bermacam-macam apps dalam handphone diorang. So, daripada Mobile Apps yang korang bangunan tu, tak kira la game ke apa ke, korang link kan apps korang dengan Admob supaya iklan keluar dalam apps korang. Dari situ korang akan menjana pendapatan
7. Jual perkhimatan dalam FIVERR
Yang ni korang jual kepakaran korang dalam Fiverr. Tak kisah apa pun. Tapi kepakaran berkenaan online atau produk online la... Jangan jual kepakaran repair kipas plak..hahahaa... tu kira produk fizikal. Contohnya, korang ambil upah untuk tulis buku ke... ada orang nak upah korang apply pin number untuk USA tax ke... ada macam-macam
8. Jual gambar di InternetAda banyak platform diinternet untuk korang jual gambar. Antaranya korang boleh cuba Shutterstock. Just ambil gambar, upload, tunggu orang beli jer
Oklah setakat 8 ni dulu la aku share. Semuanya tak ada modal langsung untuk start... Ada banyak lagi sebenarnya. Nanti aku share lain la kalau rajin...hahahaha.... Yang ni just nak bagi idea kat korang bahawa ada banyak benda yang korang boleh buat untuk jana pendapata pasif
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sedapnya-makan.com/2021/06/pendapatan-pasif-melalui-internet.html