Cuba Kerajaan Siasat Atau Sprm Siasat Ada Juga Yang Bagi Peruntukan Melalui Ngo Belaan


 
Masyuk! NGO kaut keuntungan 30 peratus kutipan sumbangan orang ramaiMay 28, 2021 Semakin ramai mengambil kesempatan dan ‘berselindung’  di sebalik tujuan asal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan kebajikan, tetapi pada masa sama ‘terselit’ niat mahu mendapatkan ‘duit poket sendiri’.
Buktinya, sejak beberapa tahun ini, ada ‘lambakan’ NGO ditubuhkan umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Pengasas bersama Scrut, Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin membongkar rahsia NGO yang tidak diketahui umum.
Katanya, NGO kini menjadi lubuk menjana wang oleh segelintir individu untuk memperoleh kesenangan hidup.
“Lebih-lebih lagi apabila Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan mana-mana NGO mengutip sumbangan awam boleh mengambil sehingga 30 peratus daripada dana itu sebagai caj pengurusan.
“Caj ini biasanya digunakan membayar gaji kumpulan NGO termasuk pengerusinya dan menampung kos operasi pertubuhan terbabit.
“Contoh, jika NGO berkenaan berjaya mengumpul dana RM100,000, maka RM30,000 digunakan untuk tujuan itu (membayar gaji dan menampung kos operasi),” katanya.
Menurut beliau, dalam erti kata mudah, ahli NGO ini seperti dibayar untuk melakukan kerja kebajikan dengan menggunakan wang orang ramai atau penyumbang lain.
Ahmad Aliff berkata, disebabkan peluang itu, ada yang  mampu hidup senang lenang  walaupun terbabit dalam NGO secara sambilan.
“Tidak kurang juga, ada yang sanggup berhenti kerja dan memilih melakukan aktiviti kebajikan NGO sepenuh masa. Kehidupan mereka lebih senang daripada ketika makan gaji.
“Ada kawan saya yang sebelum ini hidupnya agak susah, tetapi kehidupannya sekeluarga berubah selepas menubuhkan NGO. Tidak kurang juga ada yang mampu berpoligami,” katanya.
Menurut Ahmad Aliff, kebiasaannya, mereka yang menubuhkan NGO akan melantik diri sendiri sebagai ketua dan rakan-rakannya sebagai ahli jawatankuasa.
Katanya, ini memudahkan mereka menguruskan kewangan NGO itu mengikut citarasa sendiri.
“Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila ada NGO ketika ini sanggup menggunakan wang sumbangan untuk membeli iklan sama ada di media digital, papan iklan, televisyen dan akhbar, bagi mempromosikan aktiviti pertubuhan serta mendapatkan sumbangan yang lebih banyak,” katanya.
Menurut beliau, matlamat penubuhan NGO oleh segelintir pihak kini sudah berbeza. Dahulu, NGO ini dikenali sebagai tempat aktiviti sukarelawan dan kebajikan.
“Kebiasaannya, NGO yang mahu membantu pihak memerlukan ini  hanya bergerak menerusi sumbangan daripada ahli-ahlinya,” katanya.
Menurut Ahmad Aliff, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) perlu meletakkan syarat tegas iaitu tidak semua NGO boleh melakukan tugasan mengutip dana awam.
“Sebelum ini, saya dibesarkan dalam keluarga yang menyokong NGO sebuah parti politik dan melihat banyak kecacatan dalam pengurusan.
“Ada NGO diragui ketelusannya terutama berkaitan pengurusan dana,” katanya.
Menurut Ahmad Aliff, semua NGO seharusnya berani menerbitkan laporan audit NGO mereka secara terbuka di laman web rasmi masing-masing.
Begitu juga dokumen pengurusan akaun (MA), penyata bank dan laporan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Semua dokumen ini membolehkan masyarakat melakukan semak dan imbang terhadap penggunaan dana awam terutama bayaran gaji pengurusan atasan,” katanya.
Namun, katanya, ada banyak juga NGO yang sangat telus dan mengekalkan prinsip kesukarelawanan tanpa sebarang agenda peribadi.
“Biasanya NGO ini ditubuh dan dikendalikan oleh mereka yang sudah berjaya dalam karier, kehidupan dan perniagaan.
“Mereka menggunakan wang sendiri untuk pengurusan NGO yang ditubuhkan itu, tanpa mengambil dana awam,” katanya.
Ketelusan elemen terpenting
“Setiap NGO (pertubuhan bukan kerajaan) perlu menghantar semakan perbelanjaan tahunan yang disahkan oleh mana-mana pertubuhan juruaudit bertauliah.
“Kita di Muslim Care (Muslim Care Malaysia) juga terbitkan buku laporan aktiviti setiap tahun sekali gus mengamalkan prinsip pengurusan yang telus.”
Itu jelas Presiden Muslim Care Malaysia (MCM) Zulkifli Wahijan berhubung pengurusan perbelanjaan dana diperoleh.
Zulkifli turut mahu memaklumkan elemen ketelusan sangat penting berkaitan kegiatan serta pengurusan kewangan MCM.
Pada masa sama, beliau mengakui kewujudan beberapa NGO yang melaksanakan kutipan derma daripada orang awam, tetapi tiada aktiviti dilakukan.
Kegiatan itu menimbulkan 1,001 persoalan berhubung ke manakah wang kutipan berkenaan disalurkan atau ia digunakan untuk tujuan peribadi.
Zulkifli berkata, setiap NGO perlu mengemukakan laporan kewangan hasil daripada aktiviti tahunan dengan pengesahan mana-mana badan juruaudit bertauliah.
“ROS tidak menerima laporan kewangan sesebuah NGO yang tidak mendapat pengesahan juruaudit, ia sebahagian prosedur tahunan dan MCM tidak pernah gagal menghantar laporan kewangan berkenaan.
“Saya sendiri tahu ada beberapa NGO melakukan kutipan derma, tetapi tiada aktiviti dibuat dan keadaan itu memberi tempias kepada pertubuhan lain yang jujur.
“Kita di MCM melakukan kutipan derma berasaskan projek tertentu. Contoh, jika kita ingin memberi bantuan kepada asnaf, kita akan war-warkan di laman Facebook (FB) kami,” katanya.
Beliau berkata, pendekatan MCM termasuk mengajak pihak berkepentingan yang menyalurkan bantuan dengan dana besar untuk bersama-sama turun padang merealisasikan sesebuah projek kemanusiaan.
Katanya, NGO berasaskan kepada misi bantuan ini memerlukan keyakinan orang awam dan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah NGO hanya akan menghilangkan keyakinan masyarakat.
Pantau NGO tak berdaftar
“Saya belum pernah dengar ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil sehingga 30 peratus daripada sumbangan awam untuk caj pengurusan,” kata pengasas NGO The 3rd Force, Raja Shamri Raja Husin.
Beliau berkata, semua NGO berdaftar dikawal selia perlembagaan dan undang-undang tubuh yang dipantau ketat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Katanya, namun ada klausa dalam perlembagaan tubuh NGO membolehkan mereka menggunakan sumbangan awam untuk pengurusan seperti yang diluluskan.
“Selagi NGO itu beroperasi dalam ruang lingkup perlembagaan dan undang-undang tubuhnya, maka Insya-Allah tak ada apa yang nak dirisaukan.
“Cuma apabila ada yang mengaku NGO tapi hakikatnya mereka tak berdaftar dan ambil kesempatan, contohnya ambil 30 peratus daripada sumbangan awam sesuka hati maka itu perlu dipantau,” katanya.
Beliau berkata, dakwaan bahawa NGO boleh mengambil 30 peratus itu terlalu melampau.
“Sebagai NGO berdaftar, kita tetapkan klausa hanya boleh ambil RM10,000 untuk pengurusan. Itupun perlu melalui kelulusan jawatankuasa terlebih dahulu dan prosesnya bukan semudah yang disangka.
“Ada kalanya kita tidak ambil pun RM10,000 itu kerana sudah menerima sumbangan daripada pihak korporat atau usahawan dalam The 3rd Force sendiri. Kami juga gunakan wang poket sendiri sebagai penceramah dan syarikat perunding, juga untuk menampung kos pengurusan The 3rd Force,” katanya.
Malah, katanya, setiap tahun, semua audit dibuat juruaudit bertauliah akan diserahkan kepada RoS.
Jelasnya, sumbangan yang diamanahkan untuk diserahkan sepenuhnya kepada asnaf akan ditunaikan berdasarkan permintaan penyumbang.
“Adakalanya, penyumbang turut berniat menyediakan peratusan tertentu daripada jumlah keseluruhan sumbangan untuk sukarelawan. Ini kerana bukan semua sukarelawan ini orang senang.
“Ada situasi apabila NGO perlu keluarkan wang sendiri atau dapatkan bantuan rakan apabila sumbangan awam diterima tidak mencukupi bagi membantu pihak memerlukan,” katanya. .










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/cuba-tanya-kluster-lompat-dari-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Dana Asing Diberi Agensi As Kepada Ngo Pro Liberal

Siasat Dana Asing Diberi Agensi As Kepada Ngo Pro Liberal

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 194 hits
Hampir RM3 juta disalur kepada NGO terpilih untuk promosi agenda tertentu BANGI Kementerian Dalam Negeri digesa menyiasat pendanaan asing kepada pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam Haji Aminud...
Kerajaan Kerjasama Dengan Ngo Pastikan Sumbangan Sampai Ke Palestin Kata Menteri

Kerajaan Kerjasama Dengan Ngo Pastikan Sumbangan Sampai Ke Palestin Kata Menteri

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 269 hits
Zulkifli Mohamad berkata pertubuhan bukan kerajaan tempatan akan dipanggil untuk berbincang dan menjadi rakan strategik berhubung penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin KUALA LUMPUR Kerajaan akan bekerjasama dengan pertubuh...
Ini Pun Antara Zauk Dan Fana Kerajaan Negeri Haloba Betul Cuba Baca Gang Pengusaha Pula Keh Keh

Ini Pun Antara Zauk Dan Fana Kerajaan Negeri Haloba Betul Cuba Baca Gang Pengusaha Pula Keh Keh

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 144 hits
Orang politik syarikat dan sesetengah orang dalam Jabatan Pembalakan melihat pokok besar sebagai sumber duit komoditi ekonomi Orang macam saya ni melihat pokok yang besar sebagai simbol kepada kekayaan biodiversiti dan ekosistem kita yang t...
Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

Pkp 3 0 Talian Hayat Kerajaan Atau Rakyat

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 287 hits
Kemudahan yang ada pada kerajaan negeri dan sektor swasta boleh digunakan bagi mempercepatkan pendaftaran dan inokulasi berikutnya sebaik sahaja bekalan vaksin tempatan dipenuhi semula katanya Sementara itu Persekutuan Majikan Malaysia dala...
Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 296 hits
May 23 2021 10 38 AMKetua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menunjukkan surat tawaran dua juta dos vaksin Covid 19 daripada sebuah syarikat baru baru ini PETALING JAYA Wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dipercayai cuba m...
Yang Lebih Menakutkan Kerajaan Atau Cobid19

Yang Lebih Menakutkan Kerajaan Atau Cobid19

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 313 hits
Siapa dan Mana yang lebih ganas Rakyat dalam zon marah Bukan marah arahan tetapi perlaksanaan Jika kerajaan gagal kawal covid 19 sudah tentu kerajaan lebih gagal kawal rakyat yang marah Tidak seorang pun membisu semua ada penilaian sendiri ...
Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

Pilihan Buat Mahiaddin Laksana Pkp Penuh Seluruh Negara Atau Biar Kerajaan Baharu Ambil Alih Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 241 hits
Sementara angka kes Covid19 terus menunjukkan trend peningkatan yang ketara kerajaan nampaknya masih gagal bertindak pantas serta tuntas untuk menanganinya Dalam saat saat kritikal seperti sekarang Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin pula te...
Tular Berita Palsu Nilai 3 Terletak Di Negeri Selangor Polis Siasat Pemilik Akaun Facebook N9 Radar

Tular Berita Palsu Nilai 3 Terletak Di Negeri Selangor Polis Siasat Pemilik Akaun Facebook N9 Radar

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 212 hits
1 314 total views 1 314 views today SEREMBAN Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam mengenai isu Nilai 3 terletak di negeri Selangor...
Adakah Saifuddin Arah Skmm Siasat Syed Saddiq

Adakah Saifuddin Arah Skmm Siasat Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 364 hits
MALAYSIA DATELINESiasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq atas kenyataannya berkenaan kematian Ganapathy dalam tahanan polis dan juga rampasan telefon bimbitnya adalah amat ti...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar