Anwar Akan Dibunuh Jika Tentang Dr M Kata Syed Husin




Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan dihukum dengan dipaksa berundur jika beliau menentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata pengasas parti itu Syed Husin Ali.
“Saya tahu sukar baginya kerana jika dia berbuat demikian, Mahathir akan segera membunuhnya secara politik,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini pada Khamis.
Kenyataan itu dikeluarkan empat hari selepas Syed Husin menimbulkan persoalan sama ada Anwar, bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, telah dikhianati oleh perdana menteri.
Syed Husin mendakwa ada plot untuk menuduh Anwar sebagai dalang utama di sebalik skandal video seks yang melibatkan menteri dari PKR, Azmin Ali.
“Kamu tahu, Mahathir mampu buat apa saja, apabila video itu keluar, dia segera mengatakan ini adalah langkah politik untuk menjatuhkan Azmin,” kata Syed Husin.
“Polis segera kata seseorang berada di belakang skandal video seks di mana beratus-ratus ribu telah dibelanjakan.
“Penangkapan bekas setiausaha politik Anwar (Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada Julai), saya fikir mereka mahu mendapatkan pengakuan daripada beliau untuk membabitkan Anwar,” katanya.
“Sekiranya Anwar ditangkap dan disabitkan kesalahan sebagai individu di belakang video itu, tindakan akan diambil terhadapnya, maka akan jadi sangat sukar bagi Anwar untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.
“Mahathir boleh kata, ‘Lihat, saya telah kata begitu banyak kali bahawa saya mahu memberi jawatan Perdana Menteri kepadanya, tetapi Anwar, seperti dirinya yang biasa, telah menghancurkan dirinya sendiri,” kata Syed Husin.
“Tetapi dia (Anwar) bersih, itulah sebabnya dia bertindak (dengan cara sedemikian). Politik rumit dan kotor.”
Syed Husin berkata kesimpulan itu dibuatnya sendiri dan bukan diberitahu untuk berbuat demikian oleh Anwar.
Walaupun bersikap ‘low profile’ sejak melepaskan jawatannya sebagai timbalan presiden pada 2010, Syed Husin masih menjadi ahli Biro Politik PKR dan menghadiri mesyuarat mingguan parti yang dipengerusikan oleh Anwar.
Beliau juga merupakan timbalan pengerusi Lembaga Penasihat PKR.
Syed Husin mendakwa tahu secara peribadi bahawa Anwar dan Lim telah bercakap dengan Mahathir selepas perdana menteri itu mula bertindak secara berbeza dengan apa yang dipersetujui oleh majlis presiden Pakatan Harapan (PH).
“Dari apa yang saya dimaklumkan, empat daripada mereka (Anwar, Muhyiddin, Lim dan Mahathir) tidak pernah menyuarakan rasa tidak puas hati dalam pertemuan itu,” katanya.
“Mungkin mereka tidak mahu melakukan apa-apa yang akan dianggap sebagai perpecahan dalam Harapan,” katanya.
Beliau menyeru kepada pemimpin PH untuk bersuara tegas dalam mesyuarat gabungan itu, dan menyuarakan secara terbuka jika perlu.
Syed Husin menambah senario yang sama berlaku dalam mesyuarat kabinet, di mana kebanyakan menteri tidak menyuarakan ketika Mahathir bertindak berbeza daripada apa yang dipersetujui.
“Di dalam Kabinet, ramai yang terhutang budi kepadanya (Mahathir). Hanya beberapa orang yang bercakap di dalam kabinet, selebihnya hanya diam.
“Saya tidak mengatakan semuanya (menteri bertindak seperti itu). Majoriti mereka tidak berani menaikkan suara mereka kerana ada banyak kepentingan,” katanya.
Syed Husin berkata sikap membisu pemimpin dan anggota kabinet PH akan menyebabkan Mahathir kembali kepada cara diktatornya yang lama.
“Saya rasa sudah tiba masanya mereka bangkit (dalam mesyuarat) dan juga di khalayak ramai, kerana Mahathir terus lakukan apa yang dia suka, walaupun dengan menentang keputusan majlis presiden,” katanya.
Walaupun menyatakan kekecewaan terhadap Anwar, Syed Husin masih percaya presiden PKR itu adalah calon terbaik untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.
“Bolehkah kamu beritahu saya siapa lagi (boleh jadi perdana menteri)? Saya tidak nampak sesiapa, saya fikir dia adalah orang terbaik, dan sudah ada persetujuan di antara pelbagai pihak mengenai isu ini,” kata Syed Husin.
Bagaimanapun, Syed Husin menyatakan Anwar tidak perlu menyertai kabinet sekarang kerana beliau mungkin terikat dengan keputusan perdana menteri.
“Saya yakin sekarang tidak ada gunanya beliau sertai (kabinet). Apa kuasa seorang menteri (ketika berhadapan dengan perdana menteri)? Lebih baik di luar (kabinet) dan bersikap bebas,”katanya.
Walaupun mengakui PH telah melaksanakan beberapa janji yang digariskan dalam manifesto, beliau menegaskan gabungan itu boleh melakukan lebih banyak perkara.
“Masih ada masalah utama yang belum dapat diselesaikan. Keadaan ekonomi masih menjadi perhatian besar kepada rakyat.
“Walaupun kerajaan mempunyai kawalan dalam memerangi inflasi, orang ramai berpendapat usaha kerajaan tidak cukup untuk memperbaiki keadaan. Dan politik lebih banyak mengenai persepsi,” katanya.
Syed Husin juga mengkritik kerajaan PH kerana gagal menghapuskan beberapa undang-undang drakonian, walaupun telah berkuasa selama 16 bulan.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/10/07/anwar-akan-dibunuh-jika-tentang-dr-m-kata-syed-husin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Late Handover To Anwar Will Kill Harapan In Ge15 Syed Husin

Late Handover To Anwar Will Kill Harapan In Ge15 Syed Husin

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 308 hits
A late transition from Dr Mahathir Mohamad to Anwar Ibrahim will kill Pakatan Harapan in the 15th general election said PKR advisory council deputy chair Syed Husin Ali If you only hand over at GE15 that is killing the party killing Harapan...
Ketika Amal Politik Luas Syed Husin Tidak Juga Sertai Pas Kata Pemuda Pas

Ketika Amal Politik Luas Syed Husin Tidak Juga Sertai Pas Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 373 hits
PAS menolak dakwaan pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali kononnya parti itu kini mengamalkan perjuangan Islam sempit dan nasionalisme lemah tidak seperti yang diperjuangkan bekas presidennya Dr Burhanuddin al Helmy Timbalan ketua Pemuda PAS ...
Itu Politik Bangang Saya Tak Sebut Barua Kata Anwar

Itu Politik Bangang Saya Tak Sebut Barua Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 378 hits
October 9 2019 11 22 AMPresiden PKR Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memfitnahnya kerana beliau tidak menyebut perkataan barua yang merujuk Kongres Maruah Melayu dalam satu...
Syed Husin Negara Menuju Kleptokrasi Kroni Di Bawah Dr M

Syed Husin Negara Menuju Kleptokrasi Kroni Di Bawah Dr M

papar berkaitan - pada 5/10/2019 - jumlah : 270 hits
Diterbitkan Hari ini 9 46 pagi WAWANCARA Pengasas bersama PKR Syed Husin Ali berpandangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah kembali kepada autoritarinisme dan menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan negara Selepas Pakatan Harapa...
Umat Islam Perlu Ke Depan Pecah Benteng Perkauman Kata Anwar

Umat Islam Perlu Ke Depan Pecah Benteng Perkauman Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 269 hits
Umat Islam perlu ke depan pecah benteng perkauman kata Anwar Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Oct 2019 11 3
Dr M Dismisses Syed Husin S Attack Over Power Transition

Dr M Dismisses Syed Husin S Attack Over Power Transition

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 295 hits
Syed Husin Ali has accused Dr Mahathir Mohamad of trying to go back on his promise to make way for Anwar Ibrahim PUTRAJAYA Dr Mahathir Mohamad today brushed aside a scathing attack on him by Syed Husin Ali saying the former PKR deputy presi...
Anwar Kata Kongres Barua Pada Sidang Media Mahathir

Anwar Kata Kongres Barua Pada Sidang Media Mahathir

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 435 hits
DATUK Seri Anwar Ibrahim dilihat bersikap kurang ajar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di lobi Dewan Rakyat hari ini Presiden PKR itu memerli Mahathir ketika sidang media selesai dengan menertawakan Perdana Menteri itu kerana terlibat denga...
Pamer Foto Di Italia Dona Agnesia Tulis Kata Kata Menyentuh Tentang Hidup

Pamer Foto Di Italia Dona Agnesia Tulis Kata Kata Menyentuh Tentang Hidup

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 168 hits
Donna Agnesia sedang menikmati kehidupan rumah tangganya bersama Darius Sinathrya Pasangan yang menikah pada 2006 tersebut telah dikaruniai tiga orang anak yakni Lionel Nathan Sinathrya Kartoprawiro Diego Andres Sinathrya dan Quinesha Sabri...
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh Sebagai Pengerusi Menggantikan Hassan Abdul Karim Anwar

Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh Sebagai Pengerusi Menggantikan Hassan Abdul Karim Anwar

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 309 hits
Satu sesi mesyuarat bersama kesemua Ketua Cabang KEADILAN Johor telah diadakan petang tadi bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang baharu Dalam mesyuarat tersebut proses undi telah diadakan dan hasil keput...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab