Pendakwaan Mohon Tangguh Pelaksanaan Perintah Lucut Hak Barang Rampasan Dari Najib Isteri


BERNAMA
Barangan itu termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita dari Najib, Rosmah, dua anak mereka dan lima lagi responden.

Bekas perdana menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor. Gambar: Bernama Pihak pendakwaan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan perintah melucut hak barangan mewah dirampas daripada bekas Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu yang diputuskan Mahkamah Tinggi.
Barangan itu termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita dari Najib, Rosmah, dua anak mereka dan lima lagi responden yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendakwaan selaku pemohon memfailkan notis usul permohonan penangguhan itu bersama afidavit sokongan pada 24 Nov lalu, dengan menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), anak mereka Nor Ashman Razak, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin sebagai responden pertama hingga kesembilan.
Berdasarkan afidavit sokongan itu, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong berkata pada 8 November lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak harta-harta diwartakan itu dan tiada perintah diberikan hakim Mohamed Zaini Mazlan bagi harta tersebut dipulangkan kepada pihak menuntut.
Menurut Harris Ong, permohonan penangguhan tersebut dibuat sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan yang difailkan pada 16 November lepas.
Beliau mendakwa terdapat keadaan khas yang menyokong permohonan pemohon untuk perintah penangguhan itu antaranya status quo harta disita perlu dikekalkan sehingga keputusan di Mahkamah Rayuan, bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak terutamanya pemohon yang mewakili kerajaan Malaysia.
“Harta disita tersebut melibatkan jumlah yang besar dan merupakan dana awam, maka kepentingan awam akan dapat dipelihara dengan membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan perintah ini.
“Sekiranya permohonan ini (penangguhan) ditolak dan pemohon berjaya dalam rayuan di Mahkamah Rayuan, tiada jaminan pemohon akan memperoleh semula harta disita tersebut kerana dikhuatiri harta itu akan dilupuskan responden sebelum rayuan pemohon didengar Mahkamah Rayuan,” kata Harris Ong dalam afidavit itu.
Sementara itu, Harris Ong ketika ditemui Bernama selepas pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas berkata mahkamah menetapkan 14 Januari 2022 untuk kesemua responden memfailkan afidavit jawapan selain menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 17 Februari 2022.
Pada 8 November lepas, hakim Zaini juga membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak aset dari lapan responden lain kerana mereka tidak membantah permohonan tersebut iaitu Mohd Kyizzad Mesran, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd dan tiga bekas pegawai 1MDB yang telah melarikan diri, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.
Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul pada 8 Mei 2019, berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan, termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka termasuk Nooryana Najwa serta 13 individu dan syarikat dikatakan berkaitan 1MDB.
Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara membenarkan permohonan representasi anak Najib, Nooryana Najwa yang mahu barangan milik beliau antaranya beg tangan dan kasut dikembalikan.
Antara barangan dinyatakan dalam notis itu ialah beg tangan, kasut dan jam tangan pelbagai jenama serta wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas polis pada 17 Mei 2018 dan 11 Jun 2018 serta 27 kenderaan Nissan yang dirampas pada 2 Ogos 2018 dan sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd, dibeku antara 16 Ogos, 2018 dan 11 Mac 2019.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/pendakwaan-mohon-tangguh-pelaksanaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Berjaya Lucut Hak Rm540 000 8 Keping Emas Bekas Ksu Kementeriannama

Sprm Berjaya Lucut Hak Rm540 000 8 Keping Emas Bekas Ksu Kementeriannama

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 233 hits
BERNAMA Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara berkata mereka mendapati wang RM540 000 dan lapan keping emas bernilai RM1 4 juta itu ada kaitan dengan kesalahan di bawah Akta SPRM Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahkamah Rayuan ...
Bersatu Serang Pm Guna Isu Harga Barang Naik Najib

Bersatu Serang Pm Guna Isu Harga Barang Naik Najib

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 246 hits
Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Pihak propaganda Parti Pribumi Bersatu Malaysia didakwa mula menyerang Perdana Menteri menggunakan isu harga barang naik Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak mendakwa ia dapat dilihat menerusi media ...
Kes Najib Peguam Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Dalam Kes Src

Kes Najib Peguam Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 241 hits
Pasukan peguam bela Najib Razak memohon agar perbicaraan kes SRC International hari ini dan esok di Mahkamah Rayuan ditangguhkan selepas seorang ahlinya disahkan positif Covid 19 kata pihak pendakwaan Pasukan pendakwaan dalam kes SRC Intern...
Dihari Penentuan Buat Najib Peguam Mohon Tangguh Lagi

Dihari Penentuan Buat Najib Peguam Mohon Tangguh Lagi

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak kini sedang memohon pengangguhan pendengaran untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadual didengar hari ini Ini susulan salah seorang pasukan ...
Pasukan Pendakwaan Buat Afidavit Bantah Permohonan Najib Berkait Bukti Baharu

Pasukan Pendakwaan Buat Afidavit Bantah Permohonan Najib Berkait Bukti Baharu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 230 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik S...
Ekstradisi Segera Isteri Najib Dari Singapura Jangan Jadi Seperti Sajat

Ekstradisi Segera Isteri Najib Dari Singapura Jangan Jadi Seperti Sajat

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 173 hits
AGENDA DAILY Ketua Penerangan Armada Nasional Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Munir menggesa tindakan diambil dengan mengekstradisi Datin Seri Rosmah Mansor Pemuda Armada Nasional Bersatu Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia mengekstradisi Dati...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul