Pasukan Pendakwaan Buat Afidavit Bantah Permohonan Najib Berkait Bukti Baharu


AGENDA DAILY
Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pasukan pendakwaan mengambil langkah menerusi satu afidavit membantah permohonan bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak yang mahu mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuannya bersabit kes rasuah RM42 juta SRC International (SRC).
Afidavit yang dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lutfi Mohamed membantah permohonan Najib dengan menyifatkan semua bukti yang ada telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Najib, serta Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuannya.
Budiman juga menyangkal dakwaan pembelaan bahawa pendakwaan ada menyembunyikan sebarang bukti yang relevan dalam kes tersebut, menurut laporan portal Malaysiakini hari ini.
“Saya menyatakan bahawa semua keterangan yang ada telah dikemukakan untuk penentuan Mahkamah Perbicaraan dan Mahkamah Rayuan dan tidak ada keterangan baru diperlukan untuk penyelesaian kes ini secara adil.
“Saya seterusnya menyatakan bahawa permohonan ini gagal untuk menunjukkan wujudnya apa-apa hal keadaan yang luar biasa untuk membenarkan pengemukaan keterangan baru sebelum keputusan bagi rayuan jenayah tersebut pada 8 Disember ini.
“Pihak pendakwaan menyatakan bahawa rayuan ini bertujuan melambatkan keputusan bagi rayuan jenayah tersebut, dengan membuka semula keseluruhan kes dan perkara ini adalah nyaa daripada perintah yang dipohon dan kesan perintah tersebut,” katanya lagi.
Afidavit dibuat pasukan pendakwaan itu sebagai respons kepada permohonan Najib yang dibuat pada 2 Disember lalu.
Mahkamah Rayuan dijadual menyampaikan keputusannya berhubung permohonan Najib untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya, pada 8 Disember ini.
Mahkamah Rayuan juga telah menetapkan untuk mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru itu esok.
Dalam afidavitnya, Najib antara lain mendakwa bukti yang relevan untuk pembelaannya disembunyikan daripada pasukan peguamnya ketika perbicaraan.
Antara apa yang disifatkan bukti baru yang ingin dikemukakan Najib adalah yang berkaitan dengan perbankan Singapura dan maklumat kewangan keluarga bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Najib juga memohon untuk mengemukakan keterangan viva voce Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein dan beberapa lagi saksi lain.
Pada 27 November lalu, Najib membuat laporan polis dengan mendakwa ada pihak menyembunyikan bahan bukti membabitkan perbicaraan kes SRC dan 1MDB.
Beliau berkata tidak dapat mendedahkan nama individu terbabit namun mendapat tahu mereka yang terlibat merupakan individu yang dilantik ke Jabatan Peguam Negara dan SPRM semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/pasukan-pendakwaan-buat-afidavit-bantah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Kes Src Najib Fail Permohonan Kemuka Bukti Baharu

Rayuan Kes Src Najib Fail Permohonan Kemuka Bukti Baharu

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 243 hits
Oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan sidang media berkenaan kes pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn Bhd di Bukit Tunku hari ini GAMBAR Abd Razak Aid DATUK Seri Najib Tun Razak memohon kepada Mahkamah Rayuan...
Permohonan Najib Masukkan Bukti Baharu Didengar 7 Disember

Permohonan Najib Masukkan Bukti Baharu Didengar 7 Disember

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 199 hits
Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sd...
Terkini Najib Gagal Masukan Bukti Baharu Dalam Rayuan

Terkini Najib Gagal Masukan Bukti Baharu Dalam Rayuan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 275 hits
Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya
Peguam Najib Bantah Ulasan Memalukan Negara Mahkamah

Peguam Najib Bantah Ulasan Memalukan Negara Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 254 hits
MALAYSIA NOW Muhammad Shafee Abdullah kecewa dengan ulasan yang diberikan panel hakim Mahkamah Rayuan Peguam Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah berkata ulasan mahkamah menjejaskan persepsi terhadap kliennya itu Ketua pasukan pembelaan Naj...
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Keputusan Tetap Akan Dibacakan Esok

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Keputusan Tetap Akan Dibacakan Esok

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 217 hits
inforakyat netMahkamah tolak permohonan Najib keputusan tetap akan dibacakan esok Dalam tamparan terhadap pasukan pembelaan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak Mahkamah Rayuan telah menafikan permohonan mereka untuk mengemukakan bu...
12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 419 hits
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan kes dana SRC International November 24 2021 Najib Razak yang kini berada di Singapura bersama anaknya yang baru baru ini bersalin hanya akan pulang pada 5 Dis dan perlu menjalani kuarantin h...
Bukti Disembunyikan Najib Buat Laporan Polis

Bukti Disembunyikan Najib Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 215 hits
Bukti disembunyikan Najib buat laporan polis Najib Razak membuat laporan polis bagi menggesa siasatan sama ada bukti berkaitan kes mahkamahnya disembunyikan anggota penting pelbagai agensi kerajaan dan pentadbiran Pakatan Harapan Bercakap d...
Najib Buat Laporan Polis Minta Siasat Wujud Isu Persembunyian Bukti Kes 1mdb Dan Src

Najib Buat Laporan Polis Minta Siasat Wujud Isu Persembunyian Bukti Kes 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia menyiasat jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Bekas Perdana Menteri itu tur...
Menjelang Keputusan Rayuan Najib Mohon Kemuka Bukti Baru

Menjelang Keputusan Rayuan Najib Mohon Kemuka Bukti Baru

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 231 hits
Beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan dijadual membuat keputusan terhadap rayuan Najib Razak terhadap sabitan terhadapnya dalam kes rasuah RM42 juta SRC International bekas perdana menteri itu mengemukakan bukti baru untuk menyokong pembela...
Anwar Has Become Inspector Saab Pas Info Chief Says

Mastering The Skill Of Market Analysis

Photo Goes Viral Ministers Deputies Missing From Dewan Rakyat

Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Cybersecurity For Small Businesses

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kasut Pallas Baharu Vgrip Beri Cengkaman Kuat Dan Lebih Selamat Untuk Anak Anak Bersekolah

Enjoy The Best Gaming Experience With Play88 Malaysia Casino

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Malaysia Asean Chairmanship Off To A Disappointing Start

What Are The Benefits Of Steamed Fish