Ekstradisi Segera Isteri Najib Dari Singapura Jangan Jadi Seperti Sajat


 AGENDA DAILY
Ketua Penerangan Armada Nasional Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Munir menggesa tindakan diambil dengan mengekstradisi Datin Seri Rosmah Mansor.
Pemuda Armada Nasional Bersatu Malaysia (Armada) menggesa Kerajaan Malaysia mengekstradisi Datin Seri Rosmah Mansor yang berada di Singapura kerana dengan terang-terang telah menghina mahkamah.
Ketua Penerangan Armada Nasional Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Munir berkata kerajaan juga wajar membatalkan pasport dan merampas wang jaminan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Pada masa sama beliau memaklumkan satu laporan polis akan dibuat petang ini di Balai Polis Dang Wangi berhubung kegagalan Rosmah untuk hadir pada perbicaraan kesnya di mahkamah.
“Laporan polis akan dibuat untuk menggesakan kerajaan Malaysia mengekstradisi Datin Sri Rosmah Mansor dari Singapura ke Malaysia akibat dari kegagalan beliau menghormati perintah mahkamah sebelumnya dan hadir perbicaraan pada 02hb Disember 2021.
“Mahkamah sebelum ini telah menetapkan untuk memulangkan sementara pasport Rosmah Mansor untuk ke Singapura dengan syarat wajib Rosmah hanya boleh ke Singapura dari 22 Oktober hingga 21 November dan pasport wajib dipulangkan ke mahkamah selewatnya 6 Disember.
“Malangnya Rosmah gagal hadir perbicaraan kesnya kerana masih berada di luar negara. Terang terang beliau telah langgar dan hina perintah mahkamah. Ini satu penghinaan pada sistem keadilan negara. Perasuah jutaan ringgit dilindungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Isteri Najib itu didapati tidak hadir ketika perbicaraan pada Khamis lalu, berhubung rayuan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.
Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan isteri Najib itu ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.
Disebabkan ketidakhadirannya pada perbicaraan Khamis lalu, Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengetuai panel tiga hakim menyoal sama ada pihak pembelaan memohon lanjutan masa dari Mahkamah Tinggi berhubung perubahan jadual perjalanan tersebut.
“Perintah Mahkamah Tinggi jelas menunjukkan bahawa perayu (Rosmah) perlu balik ke Malaysia sebelum atau pada 21 November ini dan perlu pulangkan semua pasport pada 6 Disember. Pindaan jadual perjalan ni, ada minta (kebenaran) daripada Mahkamah Tinggi?,” tegas hakim itu.
Soalan sama turut diajukan Hakim Datuk M Gunalan berhubung kebenaran untuk Rosmah meminda jadual pulang ke Malaysia. Turut bersidang ialah Hakim Datuk Hashim Hamzah.
Bagaimanapun, peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh dengan mudah menjawab bahawa pihaknya terlepas pandang berhubung perkara tersebut dan memohon agar kes ditangguhkan kepada Isnin ini sambil mengakui bahawa ketidakhadiran anak guamnya itu adalah satu pelanggaran terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Peguam itu memberi alasan disebabkan rakyat Malaysia lengkap vaksinasi tidak lagi perlu menjalani kuarantin apabila pulang dari Singapura, maka anak guamnya meminda tarikh perjalanan pulang dari 21 November ke 6 Disember ini.
Mahkamah Rayuan bagaimanapun menggunakan budi bicara untuk tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Rosmah.
Isteri Najib itu menghadapi pertuduhan menerima suapan RM5 juta berhubung Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah di pedalaman Sarawak.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Rosmah didakwa menerima suapan untuk diri sendiri iaitu wang tunai RM5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, 60, melalui Rizal Mansor, 45.
Perbuatan itu sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Nombor 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, pada 20 Disember 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694), yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.
Pada 15 November 2018, isteri Najib itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan meminta suapan RM187.5 juta, iaitu 15 peratus daripada nilai kontrak daripada Saidi.
Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, antara Mac hingga April 2016.
Dia turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, pada 7 September 2017.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/ekstradisi-segera-isteri-najib-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm10 Rakyat Tak Sabar Najib Jangan Minta Tangguh

Pm10 Rakyat Tak Sabar Najib Jangan Minta Tangguh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 303 hits
GST dan makan semula kangkong kerana harga sayur naik perlu dilaksana semula KUALA LUMPUR Nov 24 The Court of Appeal has rejected an application by Datuk Seri Najib Razak to reschedule the decision date for his conviction and sentencing fro...
Pendakwaan Mohon Tangguh Pelaksanaan Perintah Lucut Hak Barang Rampasan Dari Najib Isteri

Pendakwaan Mohon Tangguh Pelaksanaan Perintah Lucut Hak Barang Rampasan Dari Najib Isteri

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 240 hits
BERNAMABarangan itu termasuk beg tangan pelbagai jenama 27 kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita dari Najib Rosmah dua anak mereka dan lima lagi responden Bekas perdana menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor Gambar Bernama ...
Perlu Duit Segera Simpanan Emas Isteri Penyelamat Suami Kongsi Tak Rugi Beli

Perlu Duit Segera Simpanan Emas Isteri Penyelamat Suami Kongsi Tak Rugi Beli

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 255 hits
Setiap orang ada cara masing masing untuk buat simpanan Ada suka menyimpan duit ada yang minat beli barang kemas Semua itu terpulang pada anda tetapi bagi yang masih keliru simpanan emas ini adalah aset boleh digunakan jika terdesak Melalui...
Jangan Lupa 3 Hari Lagi Nasib Najib Akan Ditentukan Tetapi Negara Sudah Terbelenggu Dengan 1mdb

Jangan Lupa 3 Hari Lagi Nasib Najib Akan Ditentukan Tetapi Negara Sudah Terbelenggu Dengan 1mdb

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh BORHAN AHMAD December 5 2021Tiga hari lagi Mahkamah Rayuan akan bersidang pada 8 Disembeer 2021 ini bagi memutuskan samada untuk mengekalkan hukuman bersalah ke atas Datuk Seri Najib Razak atau pun tidak Namun bagi tokoh wartawan Datuk...
Medac Jangan Buang Masa Bantu Usahawan Segera Noh

Medac Jangan Buang Masa Bantu Usahawan Segera Noh

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 186 hits
MEDAC jangan buang masa bantu usahawan segera Noh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memastikan bantuan kepada golongan usahawan yang terjejas disalurkan secepat mungkin Saya mahu semua warga MEDAC dan agensi memastikan pros...
Jangan La Kata Najib Tu Salah Owhhh Cam Tu Dulu Kes Tuduh Edar Pil Kuda Punca Letak Calon Merata Ya

Jangan La Kata Najib Tu Salah Owhhh Cam Tu Dulu Kes Tuduh Edar Pil Kuda Punca Letak Calon Merata Ya

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 193 hits
GAMBAR NI MASA NAJIB ADA KUASA MAKA KITA SONDOL LAH NAJIB BILA NAJIB DAH KENA KAH KAH KAH BATANG HIDUNG TAK JENGUK Tuan Ibrahim kata seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah Ada mahkamah akhirat selain mahkamah dunia katanya Ma...
Tangguh Hukuman Najib Akan Jadi Seperti Orang Tak Bersalah Kata Dr M

Tangguh Hukuman Najib Akan Jadi Seperti Orang Tak Bersalah Kata Dr M

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 186 hits
freemalaysiatoday com December 8 2021 6 41 PMDr Mahathir Mohamad berkata Najib Razak akan dilihat seperti orang bebas susulan sabitan kes dihadapinya dijangka mengambil masa setahun atau lebih sebelum rayuannya didengar di Mahkamah Persekut...
Najib Tanya Berapa Banyak Rakyat Bayar Hutang 1mdb

Najib Tanya Berapa Banyak Rakyat Bayar Hutang 1mdb

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 309 hits
Ini kerana satu dunia tahu Najib telah disabitkan bersalah oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana tujuh tuduhan pecah amanah menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM4...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash