Wang Rm114 Juta Disita Dari Pavilion Residences Milik Umno Peguam


 

Peguam Hariharan Tara Singh, yang mewakili Umno, berhujah wang yang disita itu adalah sumbangan politik milik Umno dan Najib Razak telah mencari sumber serta menguruskan dana parti tersebut.


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa wang tunai sebanyak RM114 juta yang disita oleh polis pada 2018 dari Pavilion Residences adalah milik Umno dan pendakwaan gagal membuktikan bahawa ia mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Peguam Datuk Hariharan Tara Singh, yang mewakili Umno, berhujah bahawa wang yang disita itu adalah sumbangan politik milik Umno dan Datuk Seri Najib Razak telah mencari sumber serta menguruskan dana parti tersebut.


“Dalam laporan polis dan afidavitnya (Najib), beliau mengesahkan bahawa wang itu disimpan bagi pihak Umno. Oleh itu, kami mempunyai kepentingan yang sah dalam menuntut wang tunai tersebut,” katanya pada pendengaran permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings oleh pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.


Pendakwaan memfailkan permohonan itu bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terbabit dengan skandal dana 1MDB.
Umno dan Najib antara yang memohon untuk menjadi pihak ketiga bagi menuntut aset dan wang yang disita oleh pihak berkuasa dari Pavilion Residence di Kuala Lumpur pada 2018.
Mana-Mana pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas aset dan wang yang disita perlu tampil ke mahkamah dan memberikan tunjuk sebab mengapa barangan terbabit tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.
Pada prosiding hari ini, Hariharan turut berhujah perkara paling penting ialah pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram perlu menunjukkan bukti dari segi dokumen seperti penyata bank 1MDB bagi menyokong fakta bahawa aset serta wang terbabit berasal daripada 1MDB atau anak syarikatnya dan aliran aset serta wang yang sama dari 1MDB ke entiti lain.
“Bagaimanapun, pegawai penyiasat gagal berbuat demikian susulan ketiadaan penyataan bank dalam mana-mana afidavit pemohon bagi membuktikan bahawa ia datang dari 1MDB atau anak syarikatnya. Ketiadaan dokumen terbabit menyebabkan kes pemohon secara keseluruhannya adalah tidak mempunyai sokongan,” katanya.
Najib adalah bekas presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional pada 2018.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, pula berhujah bahawa anak guamnya berkata jumlah wang tunai yang dirampas ialah RM160 juta.
“Datuk Seri Najib dalam laporan polisnya menyatakan bahawa sebenarnya wang tunai berjumlah RM160 juta telah disita dari Pavilion Residence. Dalam permohonan ini, mengapa hanya ada RM114 juta?
“Ini mengejutkan. Jika kita lihat kepada senarai carian oleh polis, tindakan polis tidak menyatakan jumlah wang tunai yang disita dari Pavilion Residence adalah tidak mematuhi Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.
Pada 11 Mac lepas, peguam Tania Scivetti yang juga mewakili Umno, berhujah bahawa pegawai penyiasat kes pengubahan wang haram iaitu Superintenden Foo Wei Min, dalam hujahan bertulis pendakwaan berkata wang tunai yang disita dalam pebagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44 adalah hasil pemerolehan haram daripada 1MDB kerana ia disimpan dalam 35 bagasi di tempat sama dengan barang kemas, jam tangan serta beg tangan berjenama yang disita oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
“Hasil siasatan Superintenden Foo, beliau merumuskan bahawa oleh kerana wang tunai itu ditemukan di dalam 35 bagasi di tempat sama dengan barang kemas, jam tangan serta beg berjenama, secara automatik ia adalah aset yang diseleweng daripada dana 1MDB,” katanya sambil menambah rumusan itu adalah tidak logik dan oleh yang demikian, tiada bukti yang dikemukakan kepada mahkamah bagi menunjukkan perkaitan antara dana yang diseleweng daripada 1MDB dengan wang tunai yang disita dari Pavilion Residences.
Perbicaraan bersambung pada 29 Mac bagi mendengar jawapan pendakwaan terhadap hujah Umno dan Najib. Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/wang-rm114-juta-disita-dari-pavilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Mar 2021 8 59 pmMahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa pengurup wang Omar Ali Abdullah individu yang didakwa melakukan pengubahan wang haram bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak...
Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR 21 Rejab 1442H Jumaat Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang ...
Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Seorang lelaki berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan melupuskan memindahkan dan menerima wang yang merupakan hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM8 juta Datuk Ahmad...
Umno Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan Milik Parti Itu Di Seluruh Negara

Umno Putuskan Untuk Ambil Semula Semua Kawasan Milik Parti Itu Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya milik parti berkenaan di seluruh negara Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nas...
Pru 15 Kerusi Parlimen Tanjung Piai Milik Umno Mca Boleh Cari Kerusi Lain Di Johor

Pru 15 Kerusi Parlimen Tanjung Piai Milik Umno Mca Boleh Cari Kerusi Lain Di Johor

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 284 hits
March 14 2021 UMNO Bahagian Tanjung Piai menegaskan kerusi Parlimen Tanjung Piai perlu digilirkan kepada UMNO sebagaimana janji yang dibuat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa pilihan raya kecil Tanjung Piai pada 2019 Ketuanya Datuk Jef...
Kejagung Kembali Sita Aset Tanah Milik Benny Tjokro Seluas 3 Juta Meter Persegi

Kejagung Kembali Sita Aset Tanah Milik Benny Tjokro Seluas 3 Juta Meter Persegi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 180 hits
Dengan penyitaan aset kali ini dia menyebutkan maka total keseluruhan bidang Tanah yang telah disita di Kabupaten Lebak hingga hari ini Rabu 10 Maret 2021 yaitu 1 263 bidang tanah dengan luas kurang lebih 7 190 000 meter persegi
Pkr Nak Kerjasama Dengan Umno Ini Suara Ahli Umno

Pkr Nak Kerjasama Dengan Umno Ini Suara Ahli Umno

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 293 hits
Saya tersenarai dalam lingkungan tiga juta ahli Umno sekadar ahli akar umbi yang masih taat pada parti Saya masih peduli dengan nasib parti yang saya sertai puluhan tahun lalu ini apa akan jadi andai keadaan terkini dibiar begitu sahaja Say...
Mengapa Terus Kaitkan Anwar Dengan Sd Sokongan Umno

Mengapa Terus Kaitkan Anwar Dengan Sd Sokongan Umno

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 156 hits
Masih ada yang nak kaitkan DS Anwar dengan UMNO menggunakan SD ahli parlimen UMNO yang menyokong DS Anwar Menyokong dan bekerjasama itu lain Sebagai contoh Menteri Agama adalah penyokong tegar Liverpool Betullah tu Tapi adakah menteri itu b...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman