Umno Paling Banyak Dapat Duit 1mdb Melalui Najib Pendakwaan


malaysiakini.com
Diterbitkan 26 Mar 2021, 10:56 pm

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Umno merupakan parti politik yang paling banyak menerima wang perolehan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin dalam hujahannya berkata jumlah keseluruhan yang diterima sama ada di peringkat Umno pusat, Umno negeri mahupun Umno bahagian adalah sebanyak RM514,848,878.29.

"Hasil analisis jejakan kewangan menggunakan kaedah ‘First In, First Out’ (FIFO) oleh pegawai penyiasat antipengubahan wang haram Superintenden Foo Wei Min mendapati Umno merupakan parti politik yang paling banyak menerima wang perolehan 1MDB yang diselewengkan menerusi akaun AmBank 9694 milik Najib.

"Sebanyak 26 parti politik telah menerima wang perolehan haram daripada 1MDB daripada Najib menerusi cek akaun AmBank bernombor 9694 berjumlah RM546,293,378.29," katanya pada pendengaran permohonan bagi melucutkan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama dan wang tunai, jam tangan serta 27 kereta yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta 16 pihak lain.

Faten Hadni berkata tiada penjelasan logik berhubung aliran dana berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib.

“Wang berjumlah RM2,973,896,219.96 yang berpunca daripada 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun Najib tanpa sebarang justifikasi dari sudut komersial atau perniagaan. Hasil siasatan pegawai penyiasat 1MDB ACP D Rajagopal dan Foo menunjukkan jejak aliran daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib melalui tiga peringkat.

“Najib telah menerima wang yang diseleweng daripada 1MDB melalui tiga peringkat iaitu melalui Good Star Limited sebanyak US$120 juta (RM369,029,514) bermula 24 Feb 2011 sehingga 15 Ogos 2012 menerusi lima transaksi.

“Seterusnya daripada syarikat Aabar sebanyak US$170 juta (RM523,389,779.96) bermula daripada 30 Dis 2011 sehingga 19 Nov 2012 menerusi enam transaksi. Peringkat terakhirnya adalah menerusi Tanore sebanyak US$681 juta (RM2,081,476,926) dengan dua transaksi bertarikh 21 Mac 2013 dan 25 Mac pada tahun yang sama,” katanya.

Faten Hadni berkata analisis dan jejakan kewangan menggunakan kaedah FIFO ke atas penyata akaun bernombor 9694 milik Najib mendapati sebanyak RM2,034,350,000 telah dipulangkan semula ke akaun Tanore.

"Tidak ada penjelasan logik mengapa akaun ini menerima sejumlah besar wang itu. Responden (Najib) mengatakan bahawa ia adalah dana daripada Raja Arab Saudi. Itu saja yang kami dapat menemukan dalam kenyataannya. Tiada penjelasan lanjut untuk menjelaskan bagaimana aliran wang ini bukan merupakan sebahagian daripada pengubahan wang haram.

“Yang Arif, tidak ada penjelasan diberikan mengapa derma yang dikatakan itu dikembalikan kepada Tanore,” katanya sambil menambah selain untuk kegunaan sendiri, Najib telah memindah dan menyalurkan sebahagian dana itu kepada empat kategori iaitu pertama ke dalam akaun peribadinya dengan nombor berakhir 1880, entiti perniagaan, parti-parti politik dan individu-individu.

Faten Hadni berkata terdapat pemindahan wang daripada akaun AmBank 9694 ke dalam akaun AmBank bernombor 1880 dan siasatan menunjukkan wujudnya penggunaan Akaun AmBank 1880 untuk proses perlapisan dana perolehan haram 1MDB sebelum wang disalur kepada dua akaun bank lain yang juga dimiliki Najib.

“Akaun 9694 telah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan baki dalam akaun sebanyak RM161,411,646.34 telah dipindahkan ke dalam akaunnya (1880) yang baru dibuka pada hari yang sama. Tiada transaksi penggunaan daripada akaun 1880 ini sebaliknya ia telah digunakan sebagai akaun perlapisan untuk memindahkan baki wang 1MDB bernilai RM161,411,646.34 tersebut kepada dua akaun AmIslamic Bank bernombor akhir 1906 dan 1898 milik Najib.

“Kaedah FIFO yang digunakan ke atas siasatan jejakan kewangan bagi kedua-dua akaun AmIslamic ini mendapati berlaku penggunaan dana haram 1MDB dengan corak yang sama seperti akaun AmBank 9694 di mana wang telah disalurkan kepada parti politik, individu dan entiti perniagaan,” katanya.

Dalam notis usul lucut hak itu, Pendakwa Raya menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho), Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baru) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.

Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.

Sebanyak 27 kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung pada 1 dan 23 April serta 18 Jun untuk hujahan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

- BernamaEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/umno-paling-banyak-dapat-duit-1mdb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1mdb

Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 236 hits
Pendakwaan Maklum Umno Paling Banyak Terima Wang 1MDB Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Umno parti politik paling banyak menerima wang perolehan menerusi akaun peribadi bekas perdana menteri Najib Razak Timbalan Pendakwa Raya Faten...
Najib Seeks Bank Documents With Alleged 1mdb Links

Najib Seeks Bank Documents With Alleged 1mdb Links

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 193 hits
Former premier Najib Abdul Razak seeks to compel the government to disclose certain banking documents with alleged links to 1MDB Among them are bank documents for companies linked to the family of former Bank Negara governor Zeti Akhtar Abd...
Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

Tak Payah Sembang Banyak Kita Sudah Putus Ambil Semula Semua Kerusi Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 266 hits
PETALING JAYA Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan pilihan raya milik parti berkenaan di seluruh negara Ini susulan laporan bahawa Perikatan Nasional meng...
Najib Ku Li Meet Zahid Ahead Of Umno Agm

Najib Ku Li Meet Zahid Ahead Of Umno Agm

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 235 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak and Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah two leaders who are known to be more receptive towards PKR met with Umno president Ahmad Zahid Hamidi ahead of the party s annual general assembly this weeken...
Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 234 hits
Apa akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU esok Berdasarkan sentimen semasa PAU kali ini dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk memuktamadkan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh sebahagian besar UM...
Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

Kerjasama Umno Pkr Dap Adalah Propaganda Pn Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 272 hits
March 16 2021 DESAS DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional kata bekas presiden Umno Najib Razak Propaganda itu bagaimanapun katanya mengarut
Guan Eng Urges Us To Reveal 1mdb Evidence Sought By Najib For All To Know

Guan Eng Urges Us To Reveal 1mdb Evidence Sought By Najib For All To Know

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 251 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has called on the US to release evidence sought by Najib Abdul Razak for the former prime minister s defence in his 1MDB trial Najib is the US government s bid to stay a court order for investment bank Gol...
No Logical Explanation For Alleged 1mdb Linked Inflows Into Najib S Account Court Hears

No Logical Explanation For Alleged 1mdb Linked Inflows Into Najib S Account Court Hears

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 255 hits
No logical explanation has been offered for the flow of billions of ringgit allegedly linked to 1MDB funds into Najib Abdul Razak s personal bank accounts the Kuala Lumpur High Court heard Deputy public prosecutor Faten Hadni Khairuddin sub...
Pertamuan Najib Zahid Dan Ku Li Petunjuk Awal Halatuju Umno

Pertamuan Najib Zahid Dan Ku Li Petunjuk Awal Halatuju Umno

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 429 hits
BORHAN AHMADPertemuan tiga pemimpin utama Umno Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak dan Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberikan petunjuk awal halatuju parti itu menjelang pemilihan pim...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku