Pendakwaan Akhiri Hujahan Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1mdb


Pendakwaan Akhiri Hujahan, Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1MDB
PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) — Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bekas perdana menteri itu bukanlah mangsa, sebaliknya perancang kepada jenayahnya sendiri.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Ahmad Akram Gharib berkata keterangan yang dikemukakan menunjukkan beliau bukanlah seorang lelaki yang diperdaya oleh orang lain, tetapi seseorang yang menggunakan individu lain untuk melaksanakan kehendaknya, dan kini cuba mengelak daripada menanggung akibat perbuatannya sendiri.
“Tertuduh bukan mangsa, tetapi pengatur utama. Dia bukan mangsa jenayah orang lain, sebaliknya arkitek kepada jenayah-jenayah tersebut. Individu yang kini dilabelnya sebagai pelaku telah terbukti bertindak mengikut arahannya, menerusi pejabatnya dan untuk kepentingannya sendiri. “Tertuduh menggambarkan dirinya sebagai mangsa kepada pegawai bawahannya yang tidak bertanggungjawab, sedangkan hakikatnya, dia merupakan individu paling berkuasa dalam membuat keputusan di Malaysia serta dalam 1MDB pada tempoh berkenaan. Tertuduh mempunyai kawalan mutlak dari segi eksekutif, kewangan dan politik.
“Lembaga pengarah, pengurusan dan pegawai 1MDB semuanya beroperasi di bawah arahannya. Beliau tidak boleh kini memindahkan kesalahan kepada orang bawahan sedangkan kelulusannya sendiri, pejabatnya sendiri dan akaunnya sendiri berada di tengah-tengah urus niaga tersebut,” katanya.
Ahmad Akram berkata keterangan menunjukkan setiap individu yang dipersalahkan oleh tertuduh bertindak mengikut arahannya atau dengan kelulusan jelas daripadanya, memandangkan mereka ialah pegawai bawahan yang tertakluk kepada arahan Perdana Menteri, sama ada disampaikan secara langsung atau melalui orang tengahnya, Low Taek Jho (Jho Low).
“Keterangan membuktikan bahawa tertuduh bukanlah seorang ketua yang tidak terlibat, sebaliknya pencetus, pengarah dan penerima manfaat utama bagi skim yang dipersoalkan,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa kes pendakwaan disokong oleh dokumen yang menunjukkan tiada sebarang projek atau pelaburan 1MDB dapat dijalankan tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada tertuduh, dan setiap dokumen korporat utama mengandungi tandatangan atau pengesahan beliau.
“Keterangan daripada AmBank dan saksi pendakwaan ke-47, penganalisis Bank Negara Malaysia Adam Ariff Mohd Roslan, dengan jelas menjejak sejumlah besar wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi tertuduh.
“Sumber dana tersebut adalah daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho, dan bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi seperti yang didakwa. Tertuduh secara peribadi menggunakan dan mengarahkan perbelanjaan dana itu untuk kepentingan dirinya dan tujuan politik,” katanya.
Sementara itu, TPR Mohamad Mustafa P. Kunyalam menyifatkan kes 1MDB sebagai amat luar biasa, dan berkata sekiranya segala urusan syarikat itu diurus dengan mematuhi piawaian korporat sepenuhnya, “kita tidak akan berada di sini hari ini, dan dana tersebut tidak akan mengalir ke tempat lain atau berakhir dalam akaun bank tertuduh”.
Beliau berkata penyelewengan dalam pengurusan 1MDB bukan berlaku secara tidak sengaja, tetapi dengan niat, dan menambah bahawa jauh daripada menjauhkan diri, Najib sebenarnya memperkukuh kedudukan ahli perniagaan buruan Jho Low dalam urusan peribadi dan rasminya.
“Satu-satunya kesimpulan yang munasabah ialah Jho Low berperanan sebagai orang tengah, proksi dan fasilitator utama bagi pihak tertuduh dalam urusan 1MDB. Sekarang kita boleh bertanya apakah tindakan yang diambil terhadap Jho Low pada tahun 2009? “Jawapannya ialah tiada. Perkara ini berlarutan sehingga tahun 2018 apabila tertuduh kehilangan kuasa. Tiada satu pun tindakan diambil terhadap Jho Low. Sebaliknya, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail telah digugurkan pada tahun 2015, ketika kemelut ini memuncak,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pendakwa raya Datuk Kamal Baharin Omar yang berhujah mengenai 21 pertuduhan pengubahan wang haram, berkata kebergantungan Najib terhadap Jho Low serta surat-surat derma daripada Arab Saudi yang tidak disahkan, menunjukkan sikap “sengaja membutakan mata”, sedangkan aliran masuk dana yang besar — RM155 juta, RM304 juta dan RM602 juta ke dalam akaun peribadinya, sepatutnya disemak dengan teliti.
“Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tempoh berkenaan, tertuduh mempunyai tanggungjawab untuk mengesahkan sumber dana tersebut, namun memilih untuk tidak berbuat demikian. Skala transaksi, lapisan akaun luar pesisir dan kekurangan bukti derma yang sahih membuktikan wujudnya pengelakan secara sedar, yang dalam konteks undang-undang dianggap sebagai pengetahuan sebenar.
“Dengan menutup mata secara sengaja, tertuduh telah memenuhi ujian ‘alasan untuk mempercayai’ di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA).
“Tertuduh mendakwa beliau bertindak dengan niat baik dan menggunakan dana tersebut untuk tujuan politik serta sosial, namun di bawah AMLATFA, niat tidak relevan, memadai jika tertuduh tahu atau mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa dana tersebut merupakan hasil daripada aktiviti haram. Penggunaan dengan niat baik tidak akan menyucikan wang yang telah tercemar,” kata Kamal Baharin.
Selain itu, mahkamah turut mendengar hujahan daripada pendakwa raya Deepa Nair Thevaharan, yang berhujah mengenai empat surat derma Arab yang didakwa, dengan menyimpulkan bahawa setakat ini pihak pembelaan gagal mengemukakan sebarang bukti bagi membuktikan ketulenan surat-surat tersebut.
“Satu-satunya bahan yang dikemukakan kepada mahkamah ialah keterangan lisan, yang bersifat andaian, berdasarkan tanggapan tertuduh sendiri bahawa dana tersebut merupakan derma daripada Arab Saudi. “Dakwaan ini langsung tidak disokong oleh sebarang bukti yang kukuh atau boleh dipercayai. Tambahan pula, saksi-saksi pembelaan yang dipanggil untuk mengesahkan kesahihan surat-surat tersebut juga gagal mengemukakan sebarang bukti dokumentari bagi menyokong dakwaan mereka,” katanya.
Hari ini, pasukan pendakwaan menutup hujahan lisan mereka, manakala pasukan pembelaan Najib dijangka menyelesaikan hujahan balasnya esok di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Pada 6 Mei, pihak pembelaan menutup kes mereka selepas memanggil 26 saksi dan mahkamah telah menetapkan sembilan hari bermula 21 Okt bagi mendengar hujahan lisan.
Najib, 72 tahun, berdepan 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.
Ketika ini, Najib sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang berhubung kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.
Sumber: BERNAMA
The post Pendakwaan Akhiri Hujahan, Label Najib Sebagai Perancang Utama Jenayah 1MDB appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/31/pendakwaan-akhiri-hujahan-label-najib-sebagai-perancang-utama-jenayah-1mdb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib S Defence Team Highlights Former 1mdb Ceo S Dual Role

Najib S Defence Team Highlights Former 1mdb Ceo S Dual Role

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 104 hits
1MDB TRIAL Najib Abdul Razak s defence team today told the High Court that it was amazing how former 1MDB chief executive officer Sharol Azral Ibrahim Halmi could effortlessly switch between two masks in his testimony Najib s counsel Wan Az...
Najib Claims Key Witnesses Perpetrated 1mdb Scandal

Najib Claims Key Witnesses Perpetrated 1mdb Scandal

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 143 hits
1MDB TRIAL Former prime minister Najib Abdul Razak has accused key prosecution witnesses in his RM2 3 billion 1MDB trial of being the actual perpetrators of financial misconduct who have not been brought to justice In his foreword to the de...
Najib S 1mdb Trial Enters Final Stage As Court Begins Hearing Defence Submissions Today

Najib S 1mdb Trial Enters Final Stage As Court Begins Hearing Defence Submissions Today

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 147 hits
If found guilty Datuk Seri Najib Razak who is also a former finance minister faces a maximum of 20 years imprisonment and a fine of either five times the value of the bribe or RM10 000 whichever is higher Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPU...
You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 218 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is seen at the Kuala Lumpur Court Complex on July 7 2025 Picture by Sayuti ZainudinPUTRAJAYA Oct 29 The prosecution today rubbished former prime minister Datuk Seri Najib Razak s claim that he ha...
Ini Sebab Utama Kenapa Air Paip Tidak Sesuai Digunakan Sebagai Coolant

Ini Sebab Utama Kenapa Air Paip Tidak Sesuai Digunakan Sebagai Coolant

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 95 hits
Ini Sebab Utama Kenapa Air Paip Tidak Sesuai Digunakan Sebagai Coolant Kereta memainkan peranan besar dalam memudahkan urusan harian seperti pergi ke tempat kerja menghantar anak ke sekolah membeli barangan keperluan serta menghadiri pelbag...
Prosecution Labels Najib 1mdb Orchestrator In Final Submissions

Prosecution Labels Najib 1mdb Orchestrator In Final Submissions

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 128 hits
1MDB TRIAL The prosecution in the trial of Najib Abdul Razak accused of misappropriating RM2 3 billion from 1Malaysia Development Berhad today asserted that the former prime minister was not a victim but the principal architect of his own c...
1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 169 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is pictured at the Kuala Lumpur High Court Complex June 20 2025 Picture by Yusof Mat IsaPUTRAJAYA Oct 30 Datuk Seri Najib Razak s claim that Saudi Arabia had donated RM2 billion to him is just a ...
Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 164 hits
Former prime minister Datuk Seri Najib Razak is pictured at the Kuala Lumpur High Court Complex June 20 2025 Picture by Sayuti ZainudinPUTRAJAYA Oct 30 Former prime minister Datuk Seri Najib Razak cannot claim that he was fooled by Low Taek...
Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk

Hilang Sabar Dan Tiada Persefahaman Punca Utama Uqasha Senrose Fail Cerai Kamal Adli Tiada Usaha Pujuk

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 160 hits
Pelakon Uqasha Senrose hari ini mengejutkan ramai apabila dia dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Kamal Adli pada awal Oktober lalu Hadir ke mahkamah syariah hari ini Uqasha yang ditemani peguamnya Nurfarhana memaklumkan punca percer...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

Bounty For Indira S Ex Hubby Suspected Of Under Extremist Religious Groups Protection Raised To Rm50k

Analysts Warn Harapan S Seat Push May Strain Sabah Unity Bloc

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

Kelantan Pasangan Kekasih Mengaku Tak Salah Rompak Barang Kemas Rm5 76 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kilang Kilang Pakaian Sedang Kepanasan Penyelesaian Mudah Ini Dapat Memastikan Keselamatan Pekerja

Bila Aura Negatif Datang Menyinggah

Kenangan Zaman Kanak Kanak Di Kampung Tandak Machang

Singgah Makan Di Akar Lima Kulim

Terlibat Malam Terlarang

48 Peserta Berentap Dalam Physical Asia Wakil Asia Berentap Demi Negara