Jumpa simpang pertama. Ambil kiri ke IOI.Setelah mendaki anak tangga yang cukup memenatkan, kami tiba di persimpangan pertama. Dalam pendakian sebelum ini, kami ambil jalan ke kanan (ada dua puncak atau viewpoint di situ). Jadinya kali ini kami nak cuba laluan ke kiri pula, menuju ke puncak IOI
Mendaki dengan ‘berjalan itik’ di sini.Nampaknya trek di sini agak kurang dilalui orang. Ada yang dah dihalang dengan pokok tumbang (kami jalan di tepi) dan ada ketika kami perlu ‘berjalan itik’ bagi melepasi trek yang hampir tertutup dengan rimbunan ranting kering. Sebelum lalu tu, kita pastikan tak ada sebarang bahaya di sebalik timbunan dedaun kering di lantai hutan dengan menggunakan tongkat hiking (hiking stick / trekking pole). Itulah antara kegunaannya, bukan sebagai sokongan kaki dan lutut je
Simpang kedua, pilih kiri ke IOI.Seterusnya kita akan berjumpa dengan persimpangan kedua. Seperti simpang pertama tadi, arah kanan membawa kepada puncak atau viewpoint yang sama. Ikut arah papan tanda ke kiri untuk trek menuju puncak IOI
Trek ke IOI, sekejap lalu trek dengan pencahayaan suram sebab banyak pokok, sekejap lalu trek lapang cerah begini. Dari kedudukan ini, kita dah boleh nampak kawasan hutan dengan pokok tinggi di bahagian atas sana
Di sinilah permulaan trek dengan suasana hutan yang saya gemari - ada pokok besar/tinggi. Kedudukan pokok rapat-rapat, menjadikan suasana di sini sangat redup dan kadang-kala cahayanya suram.
Saya melangkah perlahan, menikmati keindahan hutan. Mendongak kepala menyaksikan keindahan kanopi hutan. Maha hebat Allah ❤️
Saya suka dan rasa sangat gembira melalui trek di sini. Aktiviti jalan-jalan dalam hutan yang membahagiakan! Kerap kali saya berhenti untuk memerhatikan suasana sekitar dan tumbuhan yang ada. Juga kadang-kala cuba menangkap pergerakan laju haiwan kecil di sebalik rimbunan daun. Beberapa kali saya nampak tupai dengan warna agak kehitaman melompat sana sini.
Antara pokok besar yang ditemui di laluan menuju ke IOI
Di laluan dengan batu besar
Trek di sini agak landai, tapi tetap menuntut stamina yang baik untuk kaki terus melangkah
Kami tiba di sini pada pukul 10.40 pagi.Sampai di kawasan dengan pondok besar ni, maksudnya kita dah berada di puncak atau dikenali sebagai viewpoint IOI 👏
Selain sebuah pondok besar, terdapat juga beberapa bangku konkrit tertera sumbangan IOI Oleochemical. Terjawablah persoalan saya tentang kenapa puncak ini dikenali sebagai IOI 😄
Panorama yang dapat disaksikan dari puncak bukit. Tidaklah begitu menarik, tetapi tak mengapa kerana tujuan saya ke sini hanya mahu menikmati suasana berjalan di dalam hutan. Dapat pemandangan puncak menarik, itu satu bonus
Terima kasih Allah atas izin dan kudrat dari-Nya dapatlah saya menikmati suasana hutan sejauh hampir 4 km! Terasa sangat jauh sebab dah lama tak masuk hutan dengan jarak begini. Memang terasa sangat penat dan badan bermandi peluh. Basah baju yang saya pakai, sampaikan bangku tempat saya duduk rehat pun terkena kesan basah peluh 😅
Data dari Samsung Watch saya. Letak sini untuk rujukan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |