Prn Selangor Azmin Angkat Kaki Dari Bukit Antarabangsa Ke Morib


 
Biarpun ada desas-desus Azmin Ali turut dipertimbangkan untuk kerusi Sijangkang tetapi ‘Bersatu sudah setuju’ bertanding di Morib manakala Sijangkang kekal ditandingi PAS, kata sumber.PETALING JAYA: Susulan kekalahan teruk pada PRU15, Azmin Ali dijangka dipindahkan dari Bukit Antarabangsa ke DUN “selamat” untuk bertanding di PRN Selangor, dengan Morib sebagai pilihan utama, menurut sumber Bersatu.
Selain Morib, Bersatu dikatakan menimbang sehingga enam pilihan lain, termasuk Sijangkang, untuk pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu, kata sumber itu.
“Memang ada rancangan letak Azmin di Morib tetapi keputusan akhir pucuk pimpinan yang tentukan,” katanya.
Beliau berkata walaupun ada desas-desus Azmin turut dipertimbangkan untuk kerusi Sijangkang “tetapi kita sudah setuju Bersatu (bertanding) di Morib dan Sijangkang kekal ditandingi PAS selaku penyandang kerusi itu.”
Morib dan Sijangkang adalah kerusi DUN di Parlimen Kuala Langat. Pada PRU lalu, kubu kuat PN itu ditawan calon PN Dr Ahmad Yunus Hairi daripada PAS, dengan majoriti lebih 7,000 undi.
Ahmad Yunus juga adalah Adun Sijangkang dan diramal mempertahankan kerusi itu pada PRN Selangor yang dijangka diadakan pada Julai ini bersama dengan lima negeri lain.
Kegagalan Azmin mempertahankan Parlimen Gombak Nov lalu, dilihat mendorong Bersatu ‘mencari’ kerusi selamat untuknya pada PRN, walaupun beliau menjadi Adun Bukit Antarabangsa selama 15 tahun.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dari PH menawan Gombak dengan majoriti undi hampir 13,000, dalam petanda jelas pengundi di situ menolak bekas timbalan presiden PKR itu setelah beliau ‘berhijrah’ ke Bersatu.
“Sebenarnya ada tujuh kawasan Azmin boleh bertanding pada PRN, ada juga disebut Hulu Kelang … yang lain saya tidak boleh sebut lagi,” kata sumber itu kepada FMT.
Azmin dilihat sukar mengekalkan DUN Bukit Antarabangsa,yang terletak dalam Parlimen Ampang. Pada PRU lalu, PN menawan semula kerusi itu daripada Zuraida Kamaruddin dengan kelebihan hampir 30,000 undi.
Azmin, menteri besar Selangor dari 2014 hingga 2018 pernah menjadi Adun Hulu Kelang pada 1999 namun tewas pada 2004 kepada calon BN. Beliau kemudian berpindah ke Bukit Antarabangsa pada 2008 dan mewakili kawasan itu sehingga kini.
Namun, berdasarkan keputusan Parlimen Gombak pada PRU15 lalu, Azmin mungkin terpaksa melupakan Hulu Kelang yang dikuasai PH dengan majoriti lebih 2,000 undi.
FMT sedang mendapatkan Azmin mengenai perkara ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris, berkata majlis pimpinan pusat PN merangkumi Bersatu, PAS dan Gerakan – dijangka memuktamadkan baki 10% kerusi bertindih di enam negeri minggu depan.
“10% kerusi ini akan dibawa ke majlis presiden yang dijangka bersidang pada minggu depan untuk diselesaikan dan kemudian baru kita tentukan soal calon.
“Pihak jawatankuasa masing-masing sedang selesaikan hujah mereka. Semua negeri ada pertindihan satu dua kerusi … masing-masing nak, bila tak boleh selesai di peringkat negeri, kita hantar ke pusat untuk selesaikan,” katanya.
Selain Selangor, PRN akan turut diadakan di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/prn-selangor-azmin-angkat-kaki-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Intai Kerusi Morib Pada Pilihan Raya Negeri Kata Laporan

Azmin Intai Kerusi Morib Pada Pilihan Raya Negeri Kata Laporan

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 373 hits
Azmin intai kerusi Morib pada pilihan raya negeri kata laporan nbsp Dikemas kini 14 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 May
Good Luck At Taking Over Selangor Zahid Tells Azmin

Good Luck At Taking Over Selangor Zahid Tells Azmin

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 344 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has taken a veiled jab at Selangor Perikatan Nasional chairman Azmin Ali s claim that PN can grab 33 seats in the upcoming Selangor state elections KUALA LUMPUR Umno president Ahmad Zahid Hamidi has wished ...
Bagilah Kj Jadi Calon Mb Selangor Kalau Azmin Ali Tak Bertanding

Bagilah Kj Jadi Calon Mb Selangor Kalau Azmin Ali Tak Bertanding

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 261 hits
AZMIN TIDAK BERTANDING BAGILAH KJ JADI CALON MB SELANGOR Shahbudin Husin Pemimpin penuh warna warni Azmin Ali membayangkan beliau tidak akan bertanding dalam PRN Selangor akan datang ini Memberi alasan ingin berehat kerana sudah beberapa pe...
Mahathir Angkat Kaki Tidak Apa Pas Ada Melayan Tun Dun Worry Bebeh

Mahathir Angkat Kaki Tidak Apa Pas Ada Melayan Tun Dun Worry Bebeh

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 381 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau kini tidak lagi bersama dengan Gerakan Tanah Air dan memegang apa apa jawatan dalam gerakan berkenaan Menurutnya keputusan berkenaan dibuat selepas menyedari bahawa GTA tidak ...
Umno Bn Selangor Dapat Hanya Lima Kerusi Bertanding Dalam Prn

Umno Bn Selangor Dapat Hanya Lima Kerusi Bertanding Dalam Prn

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 484 hits
agendaily com09 05 2023Rundingan kerusi UMNO BN di Selangor Spekulasi tercetus selepas beberapa akar umbi UMNO Barisan Nasional menerima laporan kononnya hanya mendapat lima kerusi untuk mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Selangor ...
Wanita Naik Angin Dakwa Parkir Dihalang Rider Di Bukit Antarabangsa

Wanita Naik Angin Dakwa Parkir Dihalang Rider Di Bukit Antarabangsa

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 287 hits
Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang wanita bertindak di luar kawalan apabila mengasari dan menghina penunggang e hailing gara gara menghalang ruang parkir di sebuah restoran berhampiran Bukit Antarabangsa Ampang Selangor D...
Prn Azmin Ali Tidak Berhasrat Tanding

Prn Azmin Ali Tidak Berhasrat Tanding

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 177 hits
Geraldine TongBekas Menteri Besar Selangor Azmin Ali tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang Saya telah beritahu yang saya ingin berehat Saya telah berkhidmat selama tujuh penggal Jadi saya fikir kita harus mem...
Kekal Tenang Jangan Terus Angkat Anak Biar Dia Buat Sendiri Dulu Anak Jatuh Azwan Kombos Kongsi Rakaman Kejadian

Kekal Tenang Jangan Terus Angkat Anak Biar Dia Buat Sendiri Dulu Anak Jatuh Azwan Kombos Kongsi Rakaman Kejadian

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 306 hits
Pelakon Azwan Kombos menerusi perkongsian di laman instagram menjelaskan bagaimana dia kekal tenang ketika anak keduanya yang berusia 1 tahun 3 bulan jatuh dari kerusi di kediamnya Suami kepada pelakon Izzaty Abdullah turut berkongsi rakama...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

China Eastern Airlines Cipta Rekod Penerbangan Komersial Paling Jauh Dunia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid