Program Ihya Ramadhan Kelantan Trip 2019









KOTA BHARU, 20 MEI 2019: Pejabat Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan dan Syarikat Penerbangan Firefly akan menganjurkan Program Ihya Ramadan Kelantan Fam Trip 2019 pada 20 hingga 23 Mei 2019.


Program lawatan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan ketenangan di negeri Kelantan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada pihak media dan agensi pelancongan dari seluruh negeri. Program ini juga bertujuan mempromosikan produk-produk pelancongan yang sinonim dengan jolokan negeri “Serambi Mekah” ini selain aktiviti-aktiviti berunsurkan keislaman dan kerohanian yang diamalkan oleh rakyat Kelantan ketika menyambut bulan Ramadhan.


Seramai 60 peserta yang terdiri daripada para media, agensi pelancongan, pegawai Tourism Malaysia dan pegawai MOTAC dari seluruh negeri menyertai program ini. Sasaran peserta program ini adalah khusus untuk yang bukan beragama Islam (Cina, India dan lain-lain) bagi memberikan pengalaman yang unik sepanjang bulan Ramadhan di negeri Kelantan.


Setiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini, rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan. Justeru itu, senario seperti inilah yang ingin ditonjolkan dalam mengangkat suasana “Ihya Ramadhan” di negeri Kelantan ke peringkat yang lebih tinggi.


Program ini juga bertujuan bagi memperkenalkan produk-produk pelancongan yang berunsurkan keislaman seperti Bersuluk di Makam Tok Selehor, Masjid Muhammadi yang menjadi pusat penyampaian ilmu oleh ulama tersohor iaitu Tok Kenali, Masjid Kampung Laut iaitu masjid tertua di Malaysia berusia lebih 300 tahun dan Masjid Ar Rahman, Kg. Pulau Gajah yang terkenal dengan keindahan senibina bangunan.


Para peserta juga akan dibawa untuk mengikuti Program Ihya Ramadhan yang merupakan suatu program mega tahunan anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Program yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam ini diadakan sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang dikenali sebagai Qaryah Ramadhan di Serambi Mekah.


Program ini juga memperkenalkan kemeriahan Bazar Ramadhan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV serta amalan makan colek selepas solat sunat terawih yang sangat popular di kalangan rakyat Kelantan.


Di Kelantan juga terkenal dengan sistem pengajian Islam (Pondok). Bagi program ini, peserta dibawa melawat Madrasah Ihya Ulumuddin, Pasir Puteh bagi melihat secara lebih dekat aktiviti harian pelajar sepanjang bulan Ramadan.


Selain terkenal dengan produk pelancongan Islam, Negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga popular dengan makanan tradisional di mana pada bulan Ramadan, pelbagai kuih muih yang unik dipasarkan contohnya kuih nekbat, kuih ‘kuba guling’ dan sebagainya.


Berdasarkan kepada Kajian Kadar Penginapan Hotel yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia, pada tahun 2017 telah merekodkan peningkatan kedatangan penginap hotel ke Kelantan sebanyak 0.37% dengan bilangan 1,201,120 orang penginap hotel berbanding pada tahun 2016 iaitu seramai 1,196,685 orang penginap hotel.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Kelantan di talian 09-747 7554.



Pejabat Tourism Malaysia Kelantan
Tel: 09-747 7554 Faks: 09-747 8010


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fareezvanfillers.blogspot.com/2019/05/program-ihya-ramadhan-kelantan-trip-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Jelajah Ihya Ramadhan Pemuda Umno Malaysia

Program Jelajah Ihya Ramadhan Pemuda Umno Malaysia

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 326 hits
TANGGA BATU 19 Mei 8211 Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asraf Wajdi Dasuki bersama pemuda pemuda bermotor melakukan ziarah kasih dan menyampaikan bantuan penduduk penduduk kampung yang uzur pada Program Jelajah Ihya Ramadhan Pemuda UMNO...
Mb Menyampaikan Sumbangan Ihya Ramadhan Kepada Masjid Masjid Di Jerlun

Mb Menyampaikan Sumbangan Ihya Ramadhan Kepada Masjid Masjid Di Jerlun

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 425 hits
IHYA RAMADHAN HIDUPKAN RAMADHANVideo Penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan 1440H kepada masjid masjid di Jerlun di Masjid Al Barakah Kg Kandis
Dari Zero Ke Jutawan Jom Sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman

Dari Zero Ke Jutawan Jom Sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 428 hits
Dari Zero Ke Jutawan Jom sertai Program Nak Ubah Hidup 2019 Dr Azizan Osman l Assalamualaikum Mesti ada antara kita pernah atau sedang lalui saat saat kesempitan kewangan kan Terasa betapa berat dan susahnya hidup kan Sampai buntu tak tau n...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berita Kelahiran Dan Kematian Dalam Satu Hari

Mee Telur Goreng Yang Sangat Sedap

Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia