Pencabar Zahid Hamidi Kena Buat Pengumuman Sebelum 12 Januari






 Menjelang pemilihan UMNO beberapa bulan lagi, terdapat dua pendapat popular dalam parti itu ketika ini.
Satu kumpulan mahu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, manakala satu pihak lagi menolak sebarang cubaan untuk menyekat pertandingan.
Kata mereka, menyekat pertandingan selepas PRU berakhir lebih meletakkan UMNO sebagai parti yang tidak demokratik di mata rakyat.
Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, perkara itu akan diputuskan ketika mesyuarat MT Khas pada 12 Jan 2023 akan datang iaitu sehari sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO atau PAU 2022.
“Belum ada sebarang keputusan mengenainya (jawatan presiden dan timbalan) sehingga hari ini. Kita tunggulah selepas mesyuarat MT nanti,” kata beliau.
PAU 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis 2022 telah ditangguhkan kepada 11 hingga 14 Jan 2023.
Ia bermula dengan majlis taklimat presiden pada 11 Januari, diikuti perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 12 Januari, seterusnya Perhimpunan Agung UMNO pada 13 dan 14 Januari.
PAU 2022 pada 11 hingga 14 Januari ini tiada sebarang pertandingan, sebaliknya pemilihan UMNO akan berlangsung pada PAU2023 yang mengikut perlembagaan mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas PRU berakhir.
Bermakna, pemilihan UMNO atau PAU 2023 hendaklah diadakan sebelum Jun 2023.
Sehingga ini belum dipastikan sama ada kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO akan dicabar atau sebaliknya, begitu juga dengan Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden.
Namun demikian, berdasarkan petunjuk mutakhir, termasuk cakap-cakap pelbagai pihak dalam UMNO sendiri, besar kemungkinan Hishammuddin Hussein akan bertanding merebut jawatan Presiden UMNO menentang Zahid Hamidi.
Hishammuddin sendiri, dalam hantaran video terbaru di media sosialnya turut memperlihatkan kecenderungan ke arah itu melalui iltizamnya untuk memperkemas semula keyakinan rakyat terhadap UMNO setelah mengalami keputusan terburuk pada PRU15 lalu.
Soalnya, bagaimana dengan hasrat mereka yang ingin mencabar kedudukan Zahid Hamidi itu, khususnya Hishammuddin dan kumpulannya, jika mesyuarat MT Khas pada 12 Januari nanti menetapkan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO?
Untuk memastikan cita-cita pencabar Zahid Hamid itu tidak tergendala dan mengelakkan mereka berterusan “makan hati” dalam UMNO, mereka adalah dinasihatkan agar bertindak lebih pantas dalam hal ini.
Jika benar mahu bertanding dan beriltizam ingin memulihkan semula keyakinan rakyat kepada UMNO, mereka mesti mengumumkan hasrat bertanding itu sebelum 12 Januari ini.
Sebarang hasrat ingin memulihkan semula keyakinan rakyat akan terkubur dengan sendirinya jika MT UMNO pada 12 Januari membuat ketetapan tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang mana ini bermakna Zahid Hamidi akan kekal menguasai parti sehingga berlangsungnya PRU16 pada tahun 2027 akan datang.
Setidak-tidaknya dengan pengumuman lebih cepat itu mereka dapat menghalang mesyuarat MT Khas UMNO pada 12 Januari nanti daripada membuat keputusan tidak membenarkan pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Malah, jika mesyuarat MT Khas UMNO berani juga membuat keputusan seperti itu, nampak sangatlah Zahid Hamidi takut jawatannya daripada ditandingi.
Masalah besarnya, beranikah pula pencabar Zahid Hamidi membuat pengumuman yang cepat itu? – ShahbudinHusin 27/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/pencabar-zahid-hamidi-kena-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

Pemilihan Umno Siapa Pencabar Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 146 hits
Andainya jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan adakah Zahid Hamidi akan mempertahankannya Hampir pasti ya Maka persoalan seterusnya adakah beliau akan dicabar Jika iya siapakah pencabarnya Sebelum itu persoalan ya...
Hishammuddin Tak Mungkin Berani Lawan Zahid Hamidi

Hishammuddin Tak Mungkin Berani Lawan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 182 hits
Terdapat dua persoalan utama di sebalik riuh rendah yang kian memuncak tentang pertandingan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan sebelum Ramadan akan datang Pertama siapa yang mahu bertanding merebut jawatan Presi...
Anwar Zahid Susun Jajaran Politik Ph Bn Sebelum Pru 15 Wan Saiful

Anwar Zahid Susun Jajaran Politik Ph Bn Sebelum Pru 15 Wan Saiful

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 349 hits
agendaily com20 12 2022Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sebuah Kerajaan Perpaduan sebaliknya ia kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Ahli Parli...
Siapa Pencabar Zahid

Siapa Pencabar Zahid

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 118 hits
Mohsin AbdullahAndainya jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan adakah Zahid Hamidi akan mempertahankannya Hampir pasti ya Maka persoalan seterusnya adakah beliau akan dicabar Jika iya siapakah pencabarnya Sebelum i...
Syazwani Rebah Lepas Pegang Tiang Sebelum Fatiah Amp Sakinah Menyusul Jiran Dedah Detik Kejadian

Syazwani Rebah Lepas Pegang Tiang Sebelum Fatiah Amp Sakinah Menyusul Jiran Dedah Detik Kejadian

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 151 hits
Tiga beradik yang terk0rban dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau Morak di sini keluar di sekitar rumah mereka untuk melihat banjir Dalam kejadian jam 11 45 pagi tadi mngsa Nor Syazwani Mohd Nazir 33 Sakinah 29 dan N...
Jiran Saksi 3 Beradik Kena Renjatan Elektrik Ibu Dedah Sebelum Kejadian Seorang Anaknya Ada Bercakap Tentang Mati

Jiran Saksi 3 Beradik Kena Renjatan Elektrik Ibu Dedah Sebelum Kejadian Seorang Anaknya Ada Bercakap Tentang Mati

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 131 hits
Jiran saksi 3 beradik kena renjatan elektrik ibu dedah sebelum kejadian seorang anaknya ada bercakap tentang matiKematian tiga beradik itu bukan sahaja diratapi ahli keluarga malah turut mengundang sebak netizen TATKALA banjir di Kelantan m...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord