Anwar Zahid Susun Jajaran Politik Ph Bn Sebelum Pru 15 Wan Saiful


agendaily.com20/12/2022
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sebuah Kerajaan Perpaduan, sebaliknya ia kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata naratif yang dibawa dengan menjual titah Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai satu pembohongan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu Malaysia berkata, seluruh negara sedar bahawa jajaran politik PH-BN telah disusun oleh Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun bersama dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lagi.

“Buktinya banyak ada rakaman perbualan telefon antara mereka, ada surat yang ditandatangani dan tersebar, dan terbaharu ia disahkan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

“Malah, dalam MoU (perjanjian persefahaman) yang baru ditandatangani juga perkataan perpaduan itu dinyatakan sebagai kata nama untuk kerajaan ini. Lantas, ia membuktikan ia nama sahaja, dan bukan konsep kerajaan perpaduan seperti yang biasa difahami oleh pengamal sains politik.

“Jadi berhentilah daripada berterusan menjual nama istana atau cuba memperbodohkan rakyat khususnya penyokong sendiri. YB Tambun dan YB Bagan Datuk sepatutnya mempunyai keberanian untuk menyebut kebenaran iaitu ini adalah kerajaan yang dipimpin oleh PH dan BN,” katanya ketika membahaskan usul undi percaya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat sokongan yang mencukupi melalui Surat Akuan Berkanun (SD) sebelum jam 2 petang, 21 November dan ia telah diserahkan kepada Istana Negara.

“Selain kami daripada Perikatan Nasional (PN), sokongan terdiri 22 ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS); Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam); KDM (satu); serta 10 ahli Barisan Nasional (BN) yang terpilih.

“Susulan daripada pertemuan, BN meminta perlanjutan masa untuk menyerahkan dokuman yang diperlukan.

“YB Bagan Datuk juga membuat tohmahan palsu yang surat SD daripada 10 Ahli Parlimen BN yang menyokong YB Pagoh adalah tidak sah, kononnya tidak dipersetujui oleh Majlis Tertinggi BN,” katanya.

Wan Saiful menambah, tiada peruntukan undang-undang parti yang menyatakan 10 Ahli Parlimen BN itu perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi BN.

“… tetapi yang saya dengar, yang tidak mendapat mandat Majlis Tertinggi ialah Bagan Datuk (Ahmad Zahid),” katanya. 
– Warta Rakyat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/anwar-zahid-susun-jajaran-politik-ph-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Hanya Tong Kosong Isu Telur Pun Tak Dapat Selesai Wan Saiful

Anwar Hanya Tong Kosong Isu Telur Pun Tak Dapat Selesai Wan Saiful

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 241 hits
agendaily com16 12 2022Macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak tadbir negara jika isu telur ayam pun tak dapat diatasi Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya hanya tong kosong walaupun setelah dilantik sebagai Perd...
Penganalisa Politik Pulangkan Paku Buah Keras Wan Saiful

Penganalisa Politik Pulangkan Paku Buah Keras Wan Saiful

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 163 hits
K PRAGALATHPenganalisa politik Dr Awang Azman Awang Pawi menangkis serangan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya gagal menangani kos sara hidup ra...
Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

Isu Kestabilan Politik Sudah Hilang Hak Untuk Dibangkitkan Lepas Anwar Peroleh Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 230 hits
Isu kestabilan politik sudah hilang hak untuk dibangkitkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim sah memperoleh sokongan majoriti Dewan Rakyat sebagai perdana menteri Peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpandangan apabila rakyat menuntu...
Anwar Tuduhan Terhadap Saya Konspirasi Politik Dirancang

Anwar Tuduhan Terhadap Saya Konspirasi Politik Dirancang

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 170 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Anwar Ibrahim mendakwa semua tuduhan jenayah terhadapnya sebelum ini sebahagian daripada satu konspirasi politik terancang Perdana menteri menyifatkannya sebagai dendam keji bagi menyingkirkannya daripada memegang...
Will The Anwar Zahid Cooperation Continue Into 2023

Will The Anwar Zahid Cooperation Continue Into 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 316 hits
In Penang the Chinese decide the winner In the other states it is the Malays who do even for Selangor to a certain extent So what the Chinese think do not matter It is what the Malays think that do And on this score Perikatan Nasional has t...
Behind The Anwar Zahid Relationship

Behind The Anwar Zahid Relationship

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 297 hits
Murray Hunter Free Malaysia Today There is more than meets the eye to the relationship between Anwar Ibrahim and Ahmad Zahid Hamidi There has long been suspicion that Anwar the Pakatan Harapan leader and Zahid the Umno president had held se...
Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Pegawai Polis Cedera Dirempuh Peserta Perhimpunan Di Jalan Parlimen

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syafiq Kyle Names Kopiko As His Feveret Coffee

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Isu Buli Bukan Sekadar Di Sekolah Sidang Media Ppim 14 08 2025

8 Pasangan Pengurus Anak Selebriti Berentap Dalam Talk To My Manager Musim 1

Daddy Naik Sheikh