Penat Perjuangkan Hak Pendidikan Samarata Kerajaan Pula Cadangkan Tabika Elit Untuk Bezakan Miskin Kaya


Baru-baru ini, Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) elit sejajar kemajuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tabika elit ini dicadangkan hanya murid yang ibu bapanya mempunyai kemampuan kewangan.


Namun begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh banyak pihak dan meminta pihak kerajaan menolak usul ini. Isu yang diketengahkan ini dilihat bagaikan meminggirkan golongan yang tidak berkemampuan. Sebaliknya, kerajaan harus bersikap adil dalam memastikan sistem dan kualiti pendidikan awal kanak-kanak bertambah baik dari segala aspek.


TABIKA elit menyediakan kurikulum lebih baik berbanding biasa. Dulu buat pemisahan kaum melalui pendidikan, sekarang mungkin tercipta pemisahan antara kaya dan miskin. Apakah kurikulum yang baik hanya boleh dinikmati mereka yang berduit dan 'elit'? Penat je perjuangkan pendidikan adalah hak sama rata untuk semua tanpa melihat berapa banyak duit dalam poket mak bapa mereka.


Sudahlah di luar tadika mahal belaka, kenapa kerajaan tidak meningkatkan sahaja kurikulum sedia ada di Kemas untuk memastikan ibu bapa yang kurang berkemampuan dapat menghantar anak mereka menuntut pendidikan yang baik tanpa melihat status kehidupan?


Aku nak buka satu kisah. Begitu kita memisahkan manusia hanya kerana 'STATUS'. Untuk 4 tahun aku dah menjalankan program kembara cuti sekolah membantu pelajar kurang berkemampuan yang tak cemerlang. Buat pertama kalinya nak buat program ni, orang tanya kenapa perlu membazir duit? Tapi boss aku, Alan, sangat memahami.


Bagi aku, pelajar susah.. kita bagi makanan dia kenyang. Tapi kita kena bantu dia melihat dunia luar supaya dia faham masih ada orang yang sayang mereka ni. Masih ada yang ambil berat, apa yang mereka boleh jadi jika keluar dari kepompong pesekitaran yang negatif atau yang susah.


Kemudian seorang hamba Allah datang dan nyatakan, "Marina.. adalah lebih baik kita berkerjasama untuk memberikan peluang, menjaga dan berikan perhatian untuk pelajar miskin yang cemerlang". Aku senyum dan rasa terkilan sangat dalam hati. Jika 1,001 orang yang tumpuannya hanya pada kejayaan pelajar miskin yang cemerlang, berapa ramai pula yang nak membantu pelajar miskin yang kurang cemerlang?


Tidakkah kita boleh melakukan sesuatu menunjukkan walau tidak pandai belajar kamu boleh menjadi usahawan, penternak, penukang yang berjaya. Kejayaan bukan hanya diukur melalui kepandaian sijil semata-mata, berapa A kamu ada tetapi sejauh mana kamu ingin usaha. Kita orang di sekeliling memainkan peranan penting. Bukan memisahkan dan membezakan.


Malam bersama pelajar-pelajar ini. Aku suruh mereka tulis isi hati di dalam kertas secara rahsia, gulung dan masukan ke dalam bekas. Bila aku baca dan lihat, hampir menangis dengan luahan perasaan pelajar ini. Selain masalah pergaduhan ibu bapa di rumah, mereka juga rasa dibandingkan hanya kerana mereka tidak sepandai, tidak secemerlang orang lain. Cukup-cukup kita melayan manusia melalui kepandaian, status dan kemampuan.


Isu ini juga turut disuarakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail melalui satu kenyataan media pada hari ini.


"Kami merujuk kepada cadangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi mewujudkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) elit yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar baru-baru ini. Pihak Kerajaan digesa menolak cadangan ini kerana ia akan melebarkan kesenjangan di antara golongan B40 dan T20 yang boleh menyebabkan keretakan perpaduan masyarakat.


"Malaysia seharusnya melangkah ke arah pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memberikan kesaksamaan terhadap pendidikan yang berkualiti.


"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendidikan awal kanak-kanak atau ECD (early child development) amat penting kerana ia merupakan asas kritikal dalam pembangunan dan kejayaan seseorang.


“Menurut WHO, wawasan strategik dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu menitik beratkan kualiti persekitaran yang membina, termasuklah pendekatan hidup dan pendidikan yang melibatkan ibu bapa, penjaga, keluarga dan masyarakat.


"WHO berpendapat Kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina.


"TABIKA elit yang dicadangkan oleh KEMAS itu adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak. Aspirasi pendemokrasian pendidikan awal kanak-kanak ini telah dipelopori sebelum ini dengan rancangan menggabungkan institusi-institusi pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan satu jawatankuasa khas.


"Rancangan ini telah dimaklumkan kepada Dewan Rakyat pada November 2018 bahawa Kabinet telah meluluskan pembentukan jawatankuasa khas ini yang akan berperanan mengawal selia secara bersepadu penubuhan dan operasi institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia".


Sumber: Marina Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail




Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/penat-perjuangkan-hak-pendidikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Kerajaan Digesa Batal Hasrat Menubuhkan Tabika Elit

Kenyataan Media Kerajaan Digesa Batal Hasrat Menubuhkan Tabika Elit

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 227 hits
KENYATAAN MEDIA KERAJAAN DIGESA BATAL HASRAT MENUBUHKAN TABIKA ELIT Kami merujuk kepada cadangan Jabatan Kemajuan Masyarakat bagi mewujudkan Taman Bimbingan Kanak Kanak elit yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar baru ...
Tabika Elit Lebarkan Lagi Jurang Pendidikan Di Malaysia

Tabika Elit Lebarkan Lagi Jurang Pendidikan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 336 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman KUALA LUMPUR Kewujudan tabika elit seperti yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat akan melebarkan lagi jurang pendidikan di negara ini Pengasas Parti Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata daripa...
Fokus Pendidikan Untuk Semua Bukan Wujudkan Tabika Elit Wanita Keadilan

Fokus Pendidikan Untuk Semua Bukan Wujudkan Tabika Elit Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 200 hits
Wanita KEADILAN mengecam tindakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berhasrat mewujudkan taman bimbingan kanak kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat berstatus elit pada masa akan datang Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wani...
Covid 19 Rakyat Ada Hak Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Kerajaan

Covid 19 Rakyat Ada Hak Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 231 hits
October 7 2020 Peningkatan mendadak kes jangkitan Covid 19 kebelakangan ini amat memeranjatkan Semalam angkanya mencecah 691 kes berbanding 260 kes baharu pada 1 Oktober Keseluruhan rakyat menyuarakan kebimbangan dan kritikan pedas terhadap...
Pendidikan Terganggu Akibat Covid 19 Di Wilayan Paling Miskin Mexico

Pendidikan Terganggu Akibat Covid 19 Di Wilayan Paling Miskin Mexico

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 270 hits
Pendidikan terganggu akibat Covid 19 di wilayan paling miskin Mexico Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 19 Sep
Tabika Elit Satu Diskriminasi

Tabika Elit Satu Diskriminasi

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 217 hits
Pada 1 Oktober 2020oleh PENTADBIROleh Hannah YeohKerajaan Persekutuan harus berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan penjagaan awal kanak kanak dan bukannya mewujudkan serta melebarkan lagi jurang di kalangan kanak kanak Nama Tabika eli...
Muhyiddin Dua Kali Kena Kuarantin Menteri Menteri Pula Dijangkiti Covid Adakah Ini Petanda Tidak Baik Untuk Kerajaan

Muhyiddin Dua Kali Kena Kuarantin Menteri Menteri Pula Dijangkiti Covid Adakah Ini Petanda Tidak Baik Untuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 301 hits
Bukan sesuatu yang biasa bila seseorang itu kena kuarantin sebanyak dua kali apa lagi kalau ia melibatkan Perdana Menteri Rasanya sepanjang pandemik Covid 19 ini melanda dunia baik di penjuru negara mana sekali pun tidak ada sesiapa pernah ...
Hak Asasi Tiada Kaitan Dengan Agama Kerajaan Gagal Didik Kesyumulan Islam

Hak Asasi Tiada Kaitan Dengan Agama Kerajaan Gagal Didik Kesyumulan Islam

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 169 hits
Kerajaan BN dan kini Perikatan Nasional yang memerintah sama ada telah gagal atau sengaja tidak mendidik rakyat khususnya kaum Melayu tentang konsep keluasan dan kesyumulan ajaran Islam Bagi mantan Senator Dr Muhammad Nur Manuty kerajaan mu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus