Covid 19 Rakyat Ada Hak Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Kerajaan


 

Oleh MUHAMMAD RAFIQUE RASHID ALIOctober 7, 2020 Peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 kebelakangan ini amat memeranjatkan. Semalam, angkanya mencecah 691 kes berbanding 260 kes baharu pada 1 Oktober.
Keseluruhan rakyat menyuarakan kebimbangan dan kritikan pedas terhadap pihak kerajaan yang dilihat tidak berkeupayaan untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam membendung penyebaran wabak berbahaya ini.
Artikel ringkas ini bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti apakah punca-punca peningkatan kes secara mendadak tersebut dan apakah remedi undang-undang yang tersedia kepada rakyat untuk membawa tindakan undang-undang terhadap kerajaan.
Gelombang pertama wabak Covid-19 melanda negara pada 24.01.2020 sehingga 13.02.2020. Dalam tempoh itu hanya 22 kes dicatatkan. Kemudiannya sifar kes mulai 14.02.2020 sehingga 27.02.2020.
Walaubagaimanapun, keupayaan kerajaan Pakatan Harapan dalam membendung wabak ini tidak dapat dinilai dengan adil kerana mereka mempunyai tempoh yang singkat di mana kerajaan PH jatuh pada 24.02.2020.
Pada 24.02.2020, negara dilanda krisis politik yang mengakibatkan jatuhnya kerajaan PH. Pada 01.03.2020, Tas Sri Muhyiddin Yasin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 menggantikan Tun Dr. Mahathir dan kemudiannya membentuk kerajaan baharu.
Dato’ Adham Baba kemudiannya dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baharu. Untuk rekod, dari 27.02.2020- 18.03.2020, sebanyak 768 kes dicatatkan.
Melalui penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP, kerajaan Tan Sri Muhyiddin dilihat mampu membendung penularan wabak Covid-19 tetapi tempoh 31.08.2020 sehingga hari ini (06.10.2020) adalah menarik perhatian rakyat kerana peningkatan yang amat-amat ketara.
Kami telah melihat kembali pola penularan wabak Covid-19 ini mulai gerakan oleh kerajaan pusat di Sabah. Pada 29.07.2020, Tan Sri Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu Sabah.
Pada 30.07.2020, Yang Di-Pertua Sabah telah berkenan untuk membubarkan DUN Sabah. Pada 27.08.2020, SPR mengumumkan bahawa PRN Sabah akan diadakan pada 26.09.2020 dan penamaan calon adalah pada 12.09.2020. Tempoh berkempen bermula pada 12.09.2020 sehingga jam 11.59 malam 25.09.2020.
Ahli-ahli politik dari serata negara termasuk Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri serta Exco-Exco Negeri telah ke Sabah untuk berkempen. PRN Sabah ini terpaksa diadakan memandangkan cubaan mengambil alih kuasa sah pilihan rakyat di tangan kerajaan Warisan.
Ini jelas apabila TS Musa Aman menamakan Menteri Dalam Negeri dan seorang setiausaha politik kepada Perdana Menteri yang terlibat berjumpa dengan TYT Yang Di-Pertua Sabah.
Peningkatan kes secara mendadak dilihat telah berlaku bermula dari tempoh pembubaran DUN Sabah sehingga kini. Ini antara lainnya disebabkan oleh Menteri-Menteri dan ahli-ahli politik yang berkunjung ke Sabah telah tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.
Walaupun Sabah adalah ‘kawasan merah’, namun mereka semasa berkempen telah tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Sedikit sebanyak perkara ini diakui sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin di dalam Perutusan Khas semalam.
Apa yang lebih memeranjatkan selepas mereka pulang ke Semenanjung, mereka telah tidak melakukan sebarang kuarantin selama 14 hari. Mereka masih bergerak bebas menjalankan tugas seperti biasa demi menjadi ‘kerajaan popular’ di mata rakyat.
Menteri Kanan (Pertahanan) DS Ismail Sabri baru-baru ini berkata bahawa kes positif dari Sabah tidak hanya melibatkan ahli politik sahaja bahkan orang awam juga. Menteri Kesihatan pula berkata bahawa peningkatan kes adalah disebabkan oleh kealpaan rakyat dalam mematuhi SOP.
Pada 12.09.2020, DS Ismail Sabri dilaporkan berkata bahawa tiada kuarantin adalah diwajibkan untuk mereka yang pulang dari Sabah. Pada 29.09.2020, beliau selanjutnya menyatakan melalui akaun Facebook miliknya:
“Perlu kuarantin di rumah sehingga dapat result. Dengan izin Allah selepas result negatif perlu ke klinik kesihatan untuk potong gelang kuarantin. Ramai yang tanya kenapa bukan 14 hari? Rentas negeri kita benarkan. Sabah samalah dengan negeri lain.
“Seperti Kedah, terdapat kes mendadak kita tidak kuarantin pun mereka yang datang dari Kedah. Namun kita buat swab test mereka yang balik dari Sabah kerana peningkatan kes. Swab test untuk kepastian status. Jika negatif terus lah dibebaskan dari kuarantin.
“Lagipun, seluruh Sabah tidak ‘red zone’ kecuali 4 daerah. Walaupun dah bebas kerana negatif namun mesti teruskan kawalan kendiri. Patuhi setiap SOP” .
Kecuaian oleh kerajaan dalam menangani penyebaran wabak berbahaya ini hingga menyebabkan kesusahan dan/atau kerugian kepada rakyat, maka rakyat mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan di mahkamah.
Sama ada tindakan undang-undang tersebut akan dibenarkan oleh mahkamah atau tidak, ianya adalah perkara lain.
Sebagai contoh, di dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Lay Kee Tee & Ors [2009] 1 MLJ 1, kesemua 184 Plaintif-Plaintif adalah sama ada orang yang mengalami penyakit akibat daripada Japanese Encephalitis (‘JE’)/virus Nipah atau tanggungan orang yang mati akibat daripada JE/virus nipah atau pemilik ladang khinzir yang terjejas akibat daripada JE/virus Nipah.
Bimbang mengenai virus tersebut, Plaintif-Plaintif yang terlibat meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk mengawal virus daripada merebak. Kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri tersebut masing-masing telah gagal bertindak dengan segera, sebaliknya membenarkan dan/atau menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kesakitan.
Kausa tindakan Plaintif-Plaintif adalah, antara lain, untuk kecuaian, kemungkiran tanggungjawab fidusiari, pelanggaran kewajipan statutori, kecuaian salah nyata, fraud, kehilangan hak-hak asas secara yang salah di sisi undang-undang, misfeasans jawatan awam dan pencerobohan terhadap tanah, bangunan dan barangan.
Di dalam kes Master Brisbane ak Itang v Robinson Lee & Ors [2014] 2 MLJ 565 pula, isu yang timbul ialah sama ada Jabatan/Kementerian Kesihatan terhutang kewajipan berjaga-jaga kepada perayu untuk memastikan perayu sudah diimunkan terhadap virus Japanese Encephalitis (‘JE’).
Harus ditekankan di sini bahawa meskipun kedua-dua kes di atas ditolak oleh Mahkamah, apa yang penting adalah bahawa satu tindakan undang-undang di bawah tort kecuaian boleh dibawa oleh rakyat yang terjejas dengan tindakan dan/atau omission oleh kerajaan dalam membendung penyebaran wabak ini.
Maka, persoalannya adalah adakah Kerajaan ini harus dibiarkan terus menerus alpa dan lalai dalam tanggungjawabnya tanpa sebarang mekanisme untuk ‘merotan’ mereka?
Artikel ini bermaksud untuk menelusuri tindakan perundangan yang mungkin boleh digunapakai sebagai satu mekanisme semak imbang.
 
*Disediakan oleh: Law Practice of Rafique, Peguambela & Peguamcara, Shah Alam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/covid-19-rakyat-ada-hak-ambil-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Sedang Bergelut Hadapi Covid Kerajaan Sabah Sibuk Beri Anugerah

Rakyat Sedang Bergelut Hadapi Covid Kerajaan Sabah Sibuk Beri Anugerah

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 204 hits
Oleh Alexiz UtaraSeperti dijangka rakyat Sabah kini berdepan krisis kesihatan susulan penularan wabak Covid19 sebaik terbentuknya kerajaan baharu Ia jelas menunjukkan kemelut politik yang dicetuskan pemimpin politik Semenanjung yang berseko...
Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

Kes Covid 19 Meningkat Mb Perak Gesa Rakyat Berhenti Tunding Jari Terhadap Ahli Politik

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 374 hits
Kes Covid 19 meningkat MB Perak gesa rakyat berhenti tunding jari terhadap ahli politikDi kala ramai yang masih menyalahkan ahli politik yang didakwa menjadi penyumbang utama peningkatan kes posifit Covid 19 di negara Menteri Besar Perak Da...
Covid 19 Kes Naik Mendadak Rakyat Mula Luahkan Kekecewaan Terhadap Politikus

Covid 19 Kes Naik Mendadak Rakyat Mula Luahkan Kekecewaan Terhadap Politikus

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 365 hits
Pengorbanan kami selama ini menjadi sia sia kerana kerakusan ahli politik dalam berebut kuasa Entah apa yang ada didalam akal fikiran mereka apabila meletakkan rakyat dalam keadaan yang sangat teruk Jika PKP dilaksanakan semula kita semua d...
Thailand Ambil Tindakan Terhadap Facebook Dan Twitter Gagal Sekat Kandungan Sensitif

Thailand Ambil Tindakan Terhadap Facebook Dan Twitter Gagal Sekat Kandungan Sensitif

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 242 hits
Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber terhadap Facebook dan Twitter kerana mengabaikan permintaan untuk menyekat kandungan yang disifatkan menyalahi undang undang terhadap pemerintah...
Tindakan Tegas Terhadap Salah Guna Program Subsidi Upah Ksm

Tindakan Tegas Terhadap Salah Guna Program Subsidi Upah Ksm

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 232 hits
M Update 25 9 2020 Kerajaan akan menyenarai hitam termasuk mengambil tindakan undang undang terhadap syarikat yang menyalahgunakan dana menerusi Program Subsidi Upah yang diperkenalkan pada 1 April lalu Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M S...
Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

Benda Tu Nak Mai Nak Buat Macam Mana Kes Covid 19 Meningkat Mb Kedah Kata Tak Boleh Salahkan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 427 hits
Benda tu nak mai nak buat macam mana Kes Covid 19 meningkat MB Kedah kata tak boleh salahkan kerajaan negeriKedah semalam mencatatkan 153 kes baharu positif Covid 19 yang kebanyakannya dikesan di penjara Alor Setar Bagi Menteri Besar Kedah ...
Dua Pertiga Rakyat Austria Tolak Vaksin Covid 19 Kaji Selidik

Dua Pertiga Rakyat Austria Tolak Vaksin Covid 19 Kaji Selidik

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 274 hits
VIENNA 15 Safar 1442H Sabtu Dua pertiga rakyat Austria tidak akan mengambil vaksin coronavirus sekiranya sudah berada di pasaran nanti menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Jumaat Kaji selidik yang dikeluarkan oleh sebuah agensi pemasaran ...
Tolak Parti Musnahkan Kerajaan Pilihan Rakyat Tun M

Tolak Parti Musnahkan Kerajaan Pilihan Rakyat Tun M

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 222 hits
Oleh SURAIDAH ROSLANKOTA KINABALU Tun Mahathir Mohamad menyeru rakyat Sabah agar menyokong Warisan dan menolak parti yang boleh musnahkan kerajaan pilihan rakyat Mantan Perdana Menteri ini dalam satu klip video memaklumkan rakyat Sabah perl...
Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

Lahad Datu Bank Islam Branch Temporarily Shut After Covid 19 Case

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 574 hits
The Bank Islam employee from the Lahad Datu branch is now being treated at a government hospital PETALING JAYA Bank Islam Malaysia Berhad has temporarily closed its Lahad Datu branch in Sabah including its self service terminals from today ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik