Penangan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal
Cuti-cuti sekolah ni memang masanya mak ayah nak bawa anak anak berjalan. Selagi tak dibawa berjalan selagi tu setiap hari akan tanya “Kita tak pergi mana-mana ke ibu?”. Kesianlah pulak. Husband kerja 6 hari seminggu, so ibu pulak perlu jalankan tanggungjawab nak happy kan anak-anak.
Jadi sebagai nak dapatkan jawapan nak ke mana tu, saya plan bawa bebudak tonton Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal lah. Amboi melompat kesukaanlah bebudak ni. Selalu husband yang rajin layan diorang tengok wayang. Saya adalah paling tak suka tengok wayang, sebab rasa macam buang masa kat dalam tu, baik pergi Kaison ke, MR DIY ke kakaka.
Ramai yang kata citer ni best. Biasalah siapa yang tak suka budak kembar ni kan. Usah kata budak, mak dan bapak budak pun suka hahaha. Bagus diorang punya strategi release movie time cuti sekolah. At least ada aktiviti untuk sekeluarga.
Senang dah sekarang ni beli tiket wayang pun online. Install aps MBO, cari cinema kat mana korang nak pergi dan pilih berapa pax. Pilih seat dan confirmkan. Bayar jelah lepas tu.
Saya bukannya pandai nak beratur beli tiket, nak book seat mana yang ok dan tak sakit tengkuk. Atau terlalu jauh dan tak puas nak tatap skrin wayang tu. Atau terlalu tepi ke kiri atau kanan.
Kalau nak tonton wayang kami biasanya pergi Space U8. Memang tak ramai orang dan tak sesak. Senang nak kejar anak kalau diorang suka berlari-lari.
Bila member opis bagitau boleh book dan bayar online, so terus zas bagi dia yang uruskan hahaha. Selalunya husband kita yang beli tiket bagai ni, yang kita tau semuanya dah settle dan berjalan masuk panggung, duduk dan menonton. Wah perangai diva sangat kan?
.
Tengoklah tu, tabiklah kat anak korang yang sangat behave kalau kat luar ni. My heroes ni aktif sangat.
Bukan senang nak capture gambar diorang ni, berlari sana sini tak terkawal. Ini pun sempat snap laju-laju
Then bila dah kira berapa kepala nak tonton wayang ni, berapa dewasa dan kanak-kanak. Maka silalah untuk buat bayaran. Dah siap jumlahnya RM58 hengget. Oklah tu untuk gembirakan engkorang bebudak.
Bila dah buat bayaran, nanti jangan lupa printscreen receipt dan bar code. Bila dah sampai kaunter just bagi barcode tu dan diorang akan print terus tiket wayang yang kita dah beli di aplikasi MBO. Senang je kan. Sebab tu saya suka Space U8, orang tak ramai, jadi kita pun tak lama menunggu.
Gaya tu macam nak tengok cerita hantu je dik hahaha.
Saja nak share tips dengan korang yang bawak anak-anak menonton wayang. Saya bawa siap-siap coco crunch dalam tupperware. Bawa pek biskut dan air masak sebotol. Letak semua tu dalam diaper bag. Settle!!! Sementara nak tunggu wayang start, dah boleh mengunyah dulu haha.
Macamana saya handle anak 5 orang sekaligus? Sebelum keluar rumah lagi saya dah pesan kat anak-anak sila tolong jaga sesama kita. Ibu jaga Ammar, kakak-kakak dan abang tolong tengokkan Dzar. Lumrahlah bebudak suka berlari dan aktif tapi kita wajib alert. Sebab tu mulut saya bising selalu. Tapi yang pasti lepas habis wayang kami tak ke mana-mana dah. Terus masuk kereta dan balik
Apapun cerita Upin Ipin ni memang best dan tak membosankan. Anak-anak semuanya kata cerita ni best!!! Ada sorang je yang tak tau apa dia rasa sebab dia tidur haha. Sapa lagi kalau bukan si Ammar budak tecit tu. Overall memang recommended untuk korang tonton cerita ni sendiri. Selamat menonton
(26)
The post Penangan Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ajumohit.com/2019/03/penangan-upin-ipin-keris-siamang-tunggal.html