Prk Sandakan Jangan Guna Aset Kerajaan Untuk Raih Undi


tyrazalhe 

Jamuan makan, hadiah untuk pengaruh pengundi adalah salah: SPR

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun
BANGI – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan calon atau parti supaya tidak menyalahgunakan aset dan kuasa kerajaan untuk meraih undi sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.
Pengerusinya, Azhar Azizan Harun turut menegaskan bahawa sebarang aktiviti kempen seperti jamuan makanan dan minuman serta pemberian hadiah, sama ada di dalam bentuk kewangan atau wang untuk mempengaruhi pengundi memberikan mahu pun tidak memberikan undi, adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Beliau berkata, sebarang tindakan atau kenyataan yang menganggu pengundi daripada menjalankan hak pemilihannya secara bebas juga adalah satu kesalahan di bawah akta sama.
“Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti berkempen pada PRK Parlimen Sandakan diingatkan agar sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya sepanjang tempoh kempen yang bermula selepas pengisytiharan calon pada 27 April 2019 sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei 2019.
“Calon-calon dan juga pihak yang terbabit di dalam aktiviti berkempen hendaklah berkempen secara berhemah dan mengikut etika kempen yang menjamin keharmonian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azhar berkata, semua arahan pihak yang berkuasa, terutama daripada SPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) hendaklah sentiasa dipatuhi.
Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau keterangan mengenai pelanggaran undang-undang oleh mereka yang terbabit di dalam aktiviti kempen, disarankan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.
“Sehubungan dengan ini, apa-apa perbuatan yang membabitkan amalan rasuah haruslah dilaporkan kepada SPRM.
“Manakala bagi kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya atau di bawah Kanun Keseksaan hendaklah dilaporkan kepada PDRM,” katanya.
Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa sebarang bentuk kempen atau aktiviti merayu undi adalah dilarang pada hari mengundi, termasuklah melalui saluran media sosial.
“Kesemua parti adalah dilarang untuk membuka, membina atau menyenggarakan pejabat atau barung semasa hari mengundi.
“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya di PRK tersebut bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya dan tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/prk-sandakan-jangan-guna-aset-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Aset Negara Memang Kepakaran Kerajaan Ph Bidas Najib

Jual Aset Negara Memang Kepakaran Kerajaan Ph Bidas Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 785 hits
KUALA LUMPUR 24 April Jual aset negara memang kepakaran kerajaan Pakatan Harapan bidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak Najib dalam hantaran di Facebooknya juga merasa hairan mengenai sikap PH yang dahulu sering menuduh...
Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

Pemimpin Melayu Di Ph Hanya Perlu Amalkan Rasuah Untuk Dapat Sokongan Undi Melayu Dan Menang Prk

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 503 hits
Sekarang ini pun kerajaan yang mengamalkan anti rasuah dilihat suka bergaduh dan bertelagah dengan pihak tertentu Apakah ini kerana mereka rasa terganggu Jika amalkan rasuah boleh meredakan keadaan kenapa tidak pemimpin Melayu PH khususnya ...
Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 479 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSANMESYUARAT Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruha...
Pas Tidak Bertanding Di Prk Sandakan

Pas Tidak Bertanding Di Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 346 hits
1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya M...
Prk Sandakan Umno Tak Bertanding Sebab Tak Pernah Tanding Disitu Mohamad Hasan

Prk Sandakan Umno Tak Bertanding Sebab Tak Pernah Tanding Disitu Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 399 hits
Umno tidak bertanding pilihan raya kecil Sandakan bulan depan kerana Umno tidak pernah bertanding di kerusi Parlimen itu Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata demikian pada mesyuarat majlis tertinggi BN akan bermesyuarat malam ini MC...
Umno Jangan Harap Undi Protes Semata Mata

Umno Jangan Harap Undi Protes Semata Mata

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 392 hits
Tan Sri Shahrir Abdul Samad KUALA LUMPUR UMNO tidak boleh berharap kepada undi protes rakyat membenci Pakatan Harapan semata mata Veteran dan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahril Samad berkata parti juga kena ada cadangan munasab...
Ph Gagal Uruskan Ekonomi Asyik Guna Skrip Blame Game Kerajaan Lalu

Ph Gagal Uruskan Ekonomi Asyik Guna Skrip Blame Game Kerajaan Lalu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 460 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahamd Maslan berpandangan kerajaan hari ini dilihat gagal dalam menguruskan ekonomi negara yang menyebabkan suasana dan keadaan yang tidak menentu malah mereka pula hanya sekadar berpegang kepada skrip blame...
Sultan Johor Ingatkan Kerajaan Negeri Jangan Sibuk Reka Cerita Dan Tabur Fitnah

Sultan Johor Ingatkan Kerajaan Negeri Jangan Sibuk Reka Cerita Dan Tabur Fitnah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 809 hits
KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan pentadbiran kerajaan negeri supaya tidak membuang masa dengan banyak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah menabur fitnah dan mereka reka cerita hanya un...
Prksandakan Ceramah Ph Guna Kerusi Majlis Perbandaran Sandakan

Prksandakan Ceramah Ph Guna Kerusi Majlis Perbandaran Sandakan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 436 hits
Dalam tempoh hampir setahun memerintah Pakatan Harapan telah diiktiraf sebagai parti paling banyak melakukan kesalahan pada pilihan raya kecil Ingatkan sudah berubah dan PH belajar daripada kesilapan Tetapi tidak Nampaknya PH mahu terus mem...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka