Bn Putuskan Untuk Tidak Letak Calon Bertanding Pada Prk Sandakan


foto sumber internet
KUALA LUMPUR, 23 April — Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan yang akan diadakan 11 Mei ini, kata pemangku pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh ketiga-tiga parti komponen BN iaitu Umno, MCA dan MIC pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, PWTC di sini, malam tadi.

Loading...
“BN tidak akan meletakkan calon di Sandakan memandangkan selama ini kerusi Sandakan diwakili parti yang mesra BN iaitu parti tempatan di Sabah.

“Kita (BN) belum bersedia untuk mengambil bahagian di Sandakan dan kita akan lihat bagaimana untuk kita memberikan sokongan kepada parti pembangkang yang mengambil bahagian dalam PRK Sandakan selepas penamaan calon nanti,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Kerusi parlimen Sandakan kosong susulan kematian anggota Parlimennya Datuk Stephen Wong Tien Fatt dari DAP, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, pada 28 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 April sebagai hari penamaan calon PRK Sandakan, 7 Mei sebagai hari pengundian awal dan 11 Mei sebagai tarikh mengundi.

Dalam perkembangan lain, Mohamad, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, Umno dan PAS kini di peringkat akhir bagi menyiapkan kerangka kerjasama antara kedua parti itu.

“Kerangka kerjasama itu akan dibawa ke jawatankuasa induk dan kepimpinan tertinggi parti masing-masing dan akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa teknikal, tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, BN turut mengutuk keras serangan bom yang mengorbankan ratusan nyawa di Sri Lanka, kelmarin. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/bn-putuskan-untuk-tidak-letak-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

Prk Sandakan Pas Tidak Letak Calon

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 431 hits
DATO TAKIYUDDIN HASSANMESYUARAT Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruha...
Sah Umno Tidak Bertanding Prk Sandakan

Sah Umno Tidak Bertanding Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 364 hits
Wartawan Watan Online UMNO tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mei ini Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara tersebut diputus...
Pas Tidak Bertanding Di Prk Sandakan

Pas Tidak Bertanding Di Prk Sandakan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 315 hits
1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 15 April 2019 membuat keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan Sabah pada 11 Mei 2019 sebagaimana yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya M...
Prk Sandakan Umno Tak Bertanding Sebab Tak Pernah Tanding Disitu Mohamad Hasan

Prk Sandakan Umno Tak Bertanding Sebab Tak Pernah Tanding Disitu Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 377 hits
Umno tidak bertanding pilihan raya kecil Sandakan bulan depan kerana Umno tidak pernah bertanding di kerusi Parlimen itu Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata demikian pada mesyuarat majlis tertinggi BN akan bermesyuarat malam ini MC...
Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

Lawan Calon Dap Di Prk Sandakan Adalah

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 411 hits
Lawan Calon DAP Di PRK Sandakan Adalah Sejak Parti Bersatu Sabah mengumumkan hasrat bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Sandakan 11 Mei ini timbul persoalan mengenai siapakah yang akan dicalonkan parti tempatan tertua itu Pilihan DA...
Penamaan Calon Prk Sandakan Bermula 9 Pagi

Penamaan Calon Prk Sandakan Bermula 9 Pagi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 303 hits
Diterbitkan Hari ini 9 12 pagiPRK SANDAKAN Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan akan bermula 9 pagi ini di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua di Sandakan Hujan renyai renyai tidak menghalang keh...
Harap Osman Sapian Letak Jawatan Adun Juga Boleh Ada Prk Lagi

Harap Osman Sapian Letak Jawatan Adun Juga Boleh Ada Prk Lagi

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 561 hits
Menteri Besar Johor Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam menurut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Mahathir mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Parlimen hari ini Beliau berkata Osman Anggota Dewan Undangan Negeri Kempas...
Saya Tahu Apa Rakyat Sandakan Mahu Kata Calon Pbs

Saya Tahu Apa Rakyat Sandakan Mahu Kata Calon Pbs

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 379 hits
Linda Tsen ketika berarak ke pusat penamaan calon pagi tadi SANDAKAN Calon Parti Bersatu Sabah Linda Tsen mengucapkan terima kasih kepada parti kerana memberi kepercayaan kepadanya tetapi berkata beliau mungkin tidak cukup masa untuk berkem...
Siapa Calon Umno Di Prk Parlimen Pekan

Siapa Calon Umno Di Prk Parlimen Pekan

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 316 hits
Oooopppsss terlalu awal tetapi pilihan yang tepat adalah anak Najib Jangann cakap abang tak payung
Court Permits Zara Qairina S Parents To Be Part Of Inquest Into Her Death

Sembilan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium

New Traffic System At Klia What You Need To Know About The 10 Minute Drop Off Pick Up Rule

Tengku Permaisuri Selangor Bertitah Tiada Pihak Harus Ganggu Gugat Peranan Asal Uitm

Sara System Breakdown A Simple Apology Cannot Restore Public Trust

Design Ideas Nobody In Nyc Tells You About


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Buah Pear Korea

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Undercover Dream Club Bicara Chord

How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen