Pemuda Umno Pas Sama Sama Hantar 2 000 Wakil Ke Pwtc


N Faizal Ghazali 
   
Lebih 2,000 anggota Pemuda Umno dan PAS Kelantan akan mengambil bahagian dalam Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata pihaknya mengerahkan supaya setiap bahagian menghantar 100 peserta bagi memeriahkan acara bersejarah tersebut.

"Pemuda Umno Kelantan bersemangat ke PWTC demi ummah.

"Dalam membina negara bangsa yang berjaya, penyatuan dan perpaduan bangsa amat ditagih.
 "Menjadi kewajipan setiap rakyat Malaysia untuk menyokong apa jua agenda untuk mengukuhkan keharmonian kaum dan menepis agenda liberal, subversif dan komunisme yang didukung oleh pihak-pihak tertentu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Noor Hariri menambah, Pemuda Umno Kelantan memang amat menyokong HPU dan ia dianggap manifestasi orang Melayu yang sangat mendambakan perpaduan yang didakwanya sekian lama dinafikan.

Katanya, parti komponen BN - seperti MCA dan MIC - tidak bimbang dengan agenda penyatuan ummah kerana tahu Melayu dan orang Islam perlu bersatu bagi menyelamatkan negara ini daripada terus hanyut di bawah kerajaan PH.

Sebagai tekanan pada PH PWTC akan menjadi saksi bersejarah pada Sabtu ini apabila presiden Umno dan PAS akan menandatangani piagam bersama selepas berpuluh tahun menjadi seteru politik.

Bagaimanapun untuk rekod ia bukanlah peristiwa pertama kali Umno dan PAS bekerjasama. PAS pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan pada 1973.

Justeru dalam pilihan raya umum (PRU) setahun kemudian PAS bertanding tanpa menggunakan simbol sendiri sebaliknya bernaung di bawah simbol dacing yang mewakili BN.

Sementara Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah, berkata pihaknya turut menghantar rombongan lebih 1,000 peserta ke PWTC termasuk membabitkan semua exco Pemuda negeri.

"Matlamat kita ialah mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat khususnya orang muda untuk menolak kerajaan PH dan menyatukan semua rakyat khususnya orang Melayu demi Islam.

"Kita juga mahu memberi isyarat kepada PH supaya tidak melampaui batas terutamanya apabila melibatkan bumiputera dan hal ehwal Islam.

"Selain itu sebagai tekanan supaya PH menunaikan janji dalam menifesto PRU14 dan membersihkan pentadbiran daripada pengaruh politik," jelasnya ketika dihubungi.

Tambah Mohd Ariff, himpunan itu juga sebagai persediaan untuk berhadapan dengan PRU ke-15 yang boleh terjadi bila-bila masa.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/pemuda-umno-pas-sama-sama-hantar-2000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Hantar Wakil Saksikan Piagam Umno Pas

Mca Hantar Wakil Saksikan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 400 hits
MALAYSIAKINI MCA akan menghantar wakil bagi memenuhi jemputan untuk menyaksikan upacara menandatangani piagam kerjasama antara Umno dan PAS Sabtu ini MCA turut dijemput untuk menyaksikan upacara menandatangani piagam kerjasama ini dan kami ...
Ribuan Banjiri Pwtc Mahu Saksikan Piagam Umno Pas

Ribuan Banjiri Pwtc Mahu Saksikan Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 441 hits
Dikemaskini Hari ini 12 01 tengahariRibuan anggota PAS dan Umno berduyun duyun membanjiri bangunan PWTC hari ini untuk menyaksikan peristiwa bersejarah pemeteraian piagam kerjasama antara dua parti itu Bangunan PWTC sesak dengan kehadiran o...
Pemuda Dap Ajak Pas Umno Teladani Nabi Muhammad

Pemuda Dap Ajak Pas Umno Teladani Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 463 hits
Ketua Pemuda DAP Howard Lee hari ini mengajak masyarakat Islam terutamanya pemimpin PAS dan Umno untuk mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat Kata Lee ketika berada di Madinah Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjua...
Thousands Throng Pwtc To Witness Signing Of Umno Pas Pact

Thousands Throng Pwtc To Witness Signing Of Umno Pas Pact

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 343 hits
Thousands of supporters from PAS and Umno thronged Putra World Trade Centre on Saturday as the two former political rivals are set to form a historical cooperation Supporters with men donned in white and women wearing red headscarves were s...
Bulan Berkibar Di Pwtc Tanda Gencatan Senjata Umno Pas Selepas 60 Tahun

Bulan Berkibar Di Pwtc Tanda Gencatan Senjata Umno Pas Selepas 60 Tahun

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 628 hits
Bendera Umno dan PAS dipasang berselang seli dengan Jalur Gemilang di dalam Dewan Merdeka PWTC PETALING JAYA Pusat Dagangan Dunia Putra merupakan tempat keramat Umno dan Barisan Nasional sejak puluhan tahun di mana ia menjadi medan gabungan...
Marilah Banjiri Pwtc Jadikan Hpu914 Kekuatan Umno Pas Igauan Ngeri Ph

Marilah Banjiri Pwtc Jadikan Hpu914 Kekuatan Umno Pas Igauan Ngeri Ph

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 631 hits
Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan Mohd Ali mengajak orang ramai untuk membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh 13 dan 14 September iaitu tarikh yang dinanti nantikan oleh kedua dua parti UMNO dan PAS termasuklah rakya...
Esok Umno Pas Akan Berkahwin Di Pwtc Tidak Tahu Siapa Lelaki Siapa Perempuan Ejek Rafizi

Esok Umno Pas Akan Berkahwin Di Pwtc Tidak Tahu Siapa Lelaki Siapa Perempuan Ejek Rafizi

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 346 hits
BILA PAS BERKAHWIN DENGAN UMNO PAS mengaku yang ia meletakkan Islam dalam perjuangan kononnya pemimpin mereka menyertai politik untuk berdakwah Bukan untuk beli kereta besar bukan untuk hadiahkan Audi kepada bini nombor dua tiga empat bukan...
Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 765 hits
Ribuan penyokong PAS dan Umno mula memenuhi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyaksikan detik bersejarah menandatangani piagam kerjasama politik rasmi 2 parti politik itu Tinjauan mendapati ruang legar di seluruh bahagian dalam P...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

12 Pernikahan Artis Malaysia Bertemakan Outdoor

Reagan Airport Is Pausing Flights For Trump S Military Parade What Will It Mean For Travelers

Kalahkan China Indonesia Bertengger Di Urutan Ke 4 Kualifikasi Piala Dunia 2026 Zona Asia

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Not The First Time Has Anthony Loke Been Negligent Over Taiwanese S Fatal Fall Onto Lrt Track


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Generasi Anda Boomers X Y Z Atau Alpha

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril