Pemuda Dap Ajak Pas Umno Teladani Nabi Muhammad


Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, hari ini mengajak masyarakat Islam - terutamanya pemimpin PAS dan Umno - untuk mengambil teladan daripada cara Rasulullah SAW bermualamat.

Kata Lee, ketika berada di Madinah Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berjual beli dengan peniaga daripada kalangan Yahudi yang bukan Islam.

Mengulas mengenai kempen digerakkan kumpulan tertentu dan disokong pembangkang, Lee berkata pihak yang berkenaan perlu mencontohi akhlak nabi yang baik itu.

“Jika dicermati sirah Nabi Muhammad SAW, Madinah yang dipimpin oleh baginda sendiri membenarkan kaum Yahudi berniaga dan berjual beli dengan orang Islam.

“Penggerak serta pengikut kempen boikot ini harus mengambil iktibar dan pengajaran besar daripada akhlak dan teladan baik itu," katanya dalam satu kenyataan.

Gerakan kempen itu dipercayai bermula di media sosial dengan beberapa akaun dibuka untuk menggalakkan orang Islam membeli barangan peniaga Muslim.

Gerakan itu kian menarik perhatian apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Ogos lalu mencadangkan agar produk bukan Muslim dilarang menggunakan tulisan Jawi pada barangan mereka.

Bahaya jika dimanipulasi
Ia juga ada kaitan dengan polemik - dan bantahan - kumpulan tertentu kepada pembelajaran tulisan Jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Untuk rekod kempen “beli produk Muslim dulu” bukanlah baru kerana ia dikesan sekurang-kurangnya sejak akhir tahun lalu namun ia tidak begitu meluas.

Bagaimanapun, ada kalangan penyokong kempen mencadangkan agar kempen itu disertakan dengan memboikot produk bukan Muslim.

Kata Lee sebagai masyarakat majmuk yang kaya dengan kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia tidak boleh memboikot sesuatu produk secara melulu atau hanya berdasarkan perbezaan agama.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji di Perak menambah, gerakan memboikot bertentangan dengan norma masyarakat berbilang kaum di negara ini, tidak membantu perkembangan ekonomi negara serta berpotensi untuk menggugat perpaduan.

“Beberapa hari yang lalu, kita melihat bagaimana Econsave menjadi mangsa apabila pasar raya tersebut dituduh tidak lagi menjual barangan keluaran bumiputera Muslim.

“Setelah laporan polis dibuat, pemfitnah tersebut tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan fakta," katanya.

Menurut beliau, itu adalah contoh bagaimana kempen boikot yang didorong oleh fakta yang dimanipulasi boleh menjejaskan pihak yang tidak berkenaan.

Justeru, Lee meminta pemimpin PAS dan Umno menyatakan pendirian berhubung kempen tersebut kerana setakat ini mereka mengelak menjawab persoalan berkenaan.

"Pasangan mempelai Umno dan PAS yang baru bernikah ini perlu menyatakan pendirian mereka, sama ada menyokong atau mengecam gerakan boikot tersebut.

"Mereka tidak wajar berdolak-dalih dalam isu boikot yang boleh memecah-belahkan masyarakat kita," katanya.

Sementara itu, anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata kempen itu pada asalnya menggalakkan orang ramai mengutamakan produk Muslim tetapi kini dianggap PH sebagai gerakan memboikot barangan orang bukan Islam.

Menjelaskan hal itu Nik Abduh berkata ia menunjukkan sentimen orang ramai yang membantah DAP yang didakwanya "biadab" kepada Islam.

“Saya yakin 100 peratus bahawa antara faktor utama terjadinya kempen ini adalah kerana sikap biadab DAP terhadap Islam dan umat Islam," katanya.

Anggota parlimen Bachok itu menambah beliau sendiri menolak amalan memboikot barangan halal kerana ia hanya akan merumitkan kehidupan.

"Saya sokong kempen beli barangan Malaysia. Saya sokong kempen beli makanan dan barangan Muslim.

"Saya sokong kempen keluarga saya membeli di kedai sesama keluarga saya juga.

"Saya tak akan marah orang Cina kempen beli di kedai sesama mereka. Itu hak mereka, tak salah dan dah lama pun mereka buat," katanya. - www.malaysiakini.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/09/pemuda-dap-ajak-pas-umno-teladani-nabi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Bukti Dap Rasis Cukup Kita Jawab Umno Dan Pas Lebih Dahsyat Dari Rasis

10 Bukti Dap Rasis Cukup Kita Jawab Umno Dan Pas Lebih Dahsyat Dari Rasis

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 557 hits
Maka pembangkang pun sudah kering idea dibawanya kononnya 10 bukti Dap tu rasis Kita tak payah senaraikan banyak untuk buktikan Umno pun rasis siapa tak kenal PEKIDA PERKASA PEWARIS dan geng2 veteren askar tunjuk punggung dulu Bukan setakat...
10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

10 Kali Perhimpunan Ummah Umno Pas Pun Untuk Singkir Dap Tidak Akan Berjaya Tanpa Mahathir

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 559 hits
Itulah kedudukan terkini 60 tahun DAP cuba jadi sebahagian kerajaan tetapi gagal dan di era Tun sebagai PM lagi hampir pupus Tetapi dengan sekali saja Tun bawa bersama DAP mereka sudah mampu jadi sebahagian kerajaan Dan hari ini kalau Tun m...
Pemuda Umno Pas Sama Sama Hantar 2 000 Wakil Ke Pwtc

Pemuda Umno Pas Sama Sama Hantar 2 000 Wakil Ke Pwtc

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 389 hits
Lebih 2 000 anggota Pemuda Umno dan PAS Kelantan akan mengambil bahagian dalam Himpunan Perpaduan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur Sabtu ini Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata pihaknya mengerahkan su...
Pemuda Umno Pas Mca Mic Bersatu Bukti Perpaduan Ummah Tidak Rasis

Pemuda Umno Pas Mca Mic Bersatu Bukti Perpaduan Ummah Tidak Rasis

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 340 hits
Gabungan Pemuda UMNO Pas MCA dan MIC di atas satu pentas ceramah buat pertama kalinya di sini malam tadi membuktikan bahawa gagasan Perpaduan Ummah tidak rasis sebagaimana yang dilabelkan oleh sesetengah pihak Ketua Pergerakan Pemuda Barisa...
Piagam Pas Umno Wan Azizah Melihat Dengan Mata Sepet

Piagam Pas Umno Wan Azizah Melihat Dengan Mata Sepet

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 433 hits
Piagam PAS Umno demi kestabilan masa depanKL PAS menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengatakan piagam PAS dan Umno sekadar untuk kepentingan politik semata bukan kerana aspirasi rakyat Timbal...
Pru 15 Umno Atau Dap Yang Musnah

Pru 15 Umno Atau Dap Yang Musnah

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 303 hits
04 September 2019JOHOR BAHRU 4 Sept Sama ada UMNO atau DAP yang akan musnah dalam arena politik hanya diketahui apabila Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan secepat mungkin Justeru Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd Hairi Mad...
Menanti Naratif Baru Politik Melayu Di Bawah Umno Pas

Menanti Naratif Baru Politik Melayu Di Bawah Umno Pas

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 328 hits
ULASAN Orang Melayu dan umat Islam pastinya tertumpu kepada detik sejarah yang akan menyaksikan penyatuan dua parti politik terbesar orang Melayu pada Himpunan Penyatuan Ummah 14 Sept nanti Umno dan PAS kini sedang menghitung detik bagi men...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025