Pembubaran Dun Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu


Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu
KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) — Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 membuka peluang kepada rakyat negeri itu untuk memilih serta memberi mandat kepada kerajaan baharu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO dan BN Sabah yakin rakyat Sabah akan membuat keputusan bijak dalam memilih parti serta calon yang berupaya membawa arus perubahan positif kepada rakyat dan negeri.
Beliau menegaskan UMNO dan BN sudah bersedia membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat Sabah, malah hadir bukan sekadar dengan janji kosong, sebaliknya dengan keupayaan dan pengalaman terbukti untuk mentadbir negeri.
“Kita percaya rakyat Sabah berhak menikmati kehidupan yang lebih baik, peluang saksama, kemajuan dan kestabilan politik yang kukuh. Inilah masa untuk kita betulkan semula haluan negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bung Moktar berkata pengalaman luas UMNO dan BN menjadi sandaran penting untuk memulihkan semula Sabah ke landasan kemajuan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat.
Terdahulu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah ke-16 yang berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Menara Kinabalu.
Dengan pembubaran itu, Sabah kini ditadbir oleh kerajaan sementara dengan Hajiji kekal menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe menzahirkan penghargaan kepada pengundi di DUN Luyang atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dan menteri negeri.
Katanya peluang itu merupakan satu penghormatan besar dan pengalaman berharga sepanjang karier politiknya.
Pesuruhjaya PAS Sabah Datuk Dr Aliakbar Gulasan pula dalam catatan ringkas di Facebook menegaskan bahawa pembubaran DUN adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang wajar diraikan dengan penuh adab.
Beliau menyeru semua pihak mengamalkan akhlak mulia serta menjauhi permusuhan dan maki hamun sepanjang tempoh berkempen.
Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan berkata parti itu yakin rakyat Sabah kini cukup matang dan bersedia melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik dengan memilih kerajaan negeri baharu.
“Pembubaran DUN Sabah hari ini telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat kerana ia akan membuka ruang kepada rakyat untuk menentukan semula hala tuju negeri yang baharu,” katanya.
BACA: FAM Sahkan Masih Tunggu Dokumen Penuh FIFA Sebelum Kemuka Rayuan Sumber: Bernama
The post Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/06/pembubaran-dun-sabah-buka-ruang-rakyat-beri-mandat-kepada-kerajaan-baharu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Hajiji Umum Pembubaran Dun Sabah Ke 16

Terkini Hajiji Umum Pembubaran Dun Sabah Ke 16

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 195 hits
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 16 dibubarkan secara rasmi pada 6 Oktober 2025 KOTA KINABALU 6 Okt Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 1...
Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 243 hits
A revolt may be brewing in Sabah PKR with more than half of the state divisional chiefs accusing party bigwigs from Kuala Lumpur of hijacking their election campaign and imposing handpicked candidates ahead of the state polls According to t...
Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 232 hits
Kerajaan jamin bantu keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selain memastikan sokongan disalurkan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berk...
Budi95 Langkah Efektif Kerajaan Bantu Rakyat Kawal Ketirisan Berita Harian 28 09 2025

Budi95 Langkah Efektif Kerajaan Bantu Rakyat Kawal Ketirisan Berita Harian 28 09 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Pelaksanaan subsidi bersasar menerusi program BUDI MADANI RON95 disifatkan langkah efektif kerajaan dalam memastikan rakyat terus dibantu di samping mengawal ketirisan serta memperkukuh kedudukan fiskal negara Pensyarah Keusaha...
Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 372 hits
Pengenalan Kos sara hidup yang meningkat selalu membuatkan isi rumah terasa tertekan terutama apabila harga petrol naik Untuk menangani isu ini dan memastikan subsidi benar benar sampai kepada mereka yang layak kerajaan memperkenalkan inisi...
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin Kpt

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 296 hits
Sokongan Padu Terhadap Pendirian Kerajaan Malaysia Dalam Mempertahankan Hak Kebebasan Rakyat Palestin KPT Kementerian Pendidikan Tinggi menzahirkan penghargaan dan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Kerajaan Malaysia dalam mempertahank...
Kerajaan Sedia Bantuan Biasiswa Kejuruteraan Rangkaian Untuk 5 Rakyat Palestin

Kerajaan Sedia Bantuan Biasiswa Kejuruteraan Rangkaian Untuk 5 Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 179 hits
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia bagi membantu mereka membina semula rangkaian komunikasi yang musnah dibedil Israel di Gaza Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau juga akan meminta SKMM bekerjasama dengan pihak berkaitan ...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi