Pemuda Ph Kelantan Sanggah Syed Saddiq
MALAYSIAKINI        
Gesaan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed  Abdul Rahman supaya Pakatan Harapan (PH) bermuhasabah diri susulan tewas  di pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands nampaknya disanggah anak  buahnya sendiri
Sebaliknya Timbalan Ketua Pemuda PH Kelantan, Hazmi Hassan menyifatkan Syed Saddiq sendiri yang perlu muhasabah diri.
"Kata ketua pemuda PH kita perlu banyak bermuhasabah.
"Kata  ambo (saya), berapa orang ketua pemuda PH peringkat negeri yang beliau  kenal atau jumpa selepas menerima jawatan ketua pemuda PH?" katanya  dalam satu tulisan di Facebook, hari ini.
Tulisan itu sebagai  menjawab gesaan Syed Saddiq yang juga menteri belia dan sukan supaya PH  muhasabah diri susulan tewasnya calon mereka di PRK Cameron Highlands,  semalam.
Terdahulu Syed Saddiq yang juga ketua pemuda Bersatu  menyeru agar pemimpin dan penyokong PH bermuhasabah menghadapi kekalahah  itu.
Sila letak jawatan
"Dalam kekalahan, kita perlu banyak bermuhasabah. Jangan salahkan pengundi, salahkan diri sendiri
"Saya  akan bekerja lebih keras untuk anak muda Malaysia. Seperti yang saya  janjikan, menang atau kalah, saya tetap akan berkhidmat untuk warga  Cameron. Infra sukan luar bandar prioriti saya," katanya.
Sementara itu, Hazmi yang ketua pemuda Amanah Kelantan berkata, melalui PRK antara cara orang politik mengenali jentera bawah
"Berapa orang YB menteri kenal jentera bawah selepas PRK?
"Jika  tidak ada, maaf YB menteri kita tidak perlu bermuhasabah lagi. Kita  perlu ketua yang menjaga semua komponen parti. Jika itu berat lagi: Sila  letak jawatan, " tegasnya.
Hazmi juga berkata, beliau kecewa  apabila Syed Saddiq tidak menunjukkan komitmen sebagai ketua pemuda PH  pusat sepanjang PRK Cameron Highlands.
"Beliau turun ke Ceron  Highlands, tetapi tak buat perjumpaan dengan barisan pemuda PH. Tak ada  arahan ataubgerak kerja pemuda PH.
"Dia hanya fokus sebagai ketua  pemuda Bersatu, bukan pemuda PH. Saya harap beliau berubah dan boleh  bagi banyak komitmen pada PRK Semenyih nanti, " katanya ketika dihubungi  Malaysiakini. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/pemuda-ph-kelantan-sanggah-syed-saddiq.html