Syed Saddiq Belajarlah Daripada Tmj Malu Apa Kalau Kita Belajar Sesuatu Yang Baik


Sebelum ini kecoh tentang penarikan diri trio memanah compound yang dikatakan berpunca daripada faktor pemotongan elaun kepada RM500 sahaja, dengan alasan status mereka ialah atlet separuh masa.

Tetapi, beberapa hari lalu pula kecoh apabila seorang atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin yang “menyekolahkan” Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di media sosialnya.

Atlet tersebut mempersoalkan tindakan Syed Saddiq menamatkan kontrak jurulatihnya serta-merta. Namun, luahan atlet tersebut mendapat reaksi negatif Syed Saddiq.

Syed Saddiq yang tidak berpuas hati dengan situasi itu, membalas kenyataan atlet tersebut dengan berkata, beliau kesal atlet itu menggunakan media sosial sebagai medium luahan perasaan.

Malah, Syed Saddiq menasihatkan atlet tersebut untuk bertemu dengannya jika tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan dan bukannya meluahkan kekecewaan di media sosial.

Tetapi, berbeza dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil inisiatif sendiri untuk berjumpa dengan Irfan dan mendengar permasalahan sebenar dihadapinya.
Saya yakin dan pasti TMJ melakukan tindakan tersebut dengan ikhlas kerana Tunku pernah dan ada pengalaman tentang selok-belok urus tadbir sukan.

Jadi, sudah tentu Tunku sedar dan faham apa sahaja jenis sukan memerlukan sumber kewangan besar dan kukuh bagi memastikan segala proses berjalan dengan lancar.

Jadi, jika kita lihat, inilah contoh seorang pemimpin bijak dan berwibawa kerana berani tampil ke depan untuk mendengar semua rungutan tanpa mengira darjat mahupun pangkat.

Sepatutnya, apabila orang bawahan mempunyai masalah, bukan sekadar membalas kenyataan, tetapi perlu mendekati mereka dan mendengar sendiri segala masalah yang dihadapinya.

Apa salahnya Syed Saddiq sebagai menteri belia dan sukan mengambil inisiatif turun pandang berjumpa dan meluangkan masa dengan atlet negara untuk merungkai segala permasalahan yang timbul. Di mana jika dengar sejak akhir-akhir ini pun, banyak isu yang terpalit dengan atlet negara, termasuk masalah elaun atlet negara.

Lagipun, Syed Saddiq sudah menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka sejak berada dalam kerajaan. Jadi, inilah masanya untuk Syed Saddiq menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya dan jika boleh kurangkan berpolitik, lebihkan fokus kepada industri sukan negara agar nama Malaysia terus diharumkan di persada dunia.

Malah, Syed Saddiq sebagai menteri juga perlu adil dan bijak menguruskan belanjawan melibatkan sukan elektronik dan sukan biasa. Ini penting untuk memastikan perbelanjaan atlet negara sentiasa mencukupi dari semasa ke semasa.

Jadi, jangan kerana ego dan isu kecil seperti ini kita kehilangan aset besar negara. Diharapkan masalah ini dapat ditangani sebaiknya bagi memastikan kebajikan atlet terus dijaga rapi.

Akhir sekali, saya ingin menasihatkan Syed Saddiq belajarlah daripada TMJ, jangan hanya tahu tunjuk pandai, malu apa kalau kita belajar sesuatu yang baik?

Dhia Hani
Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/syed-saddia-belajarlah-daripada-tmj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertemu Sendiri Mendengar Rintihan Atlet Syed Saddiq Perlu Belajar Daripada Tmj

Bertemu Sendiri Mendengar Rintihan Atlet Syed Saddiq Perlu Belajar Daripada Tmj

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 523 hits
Sebelum ini kecoh tentang penarikan diri trio memanah compound yang dikatakan berpunca daripada faktor pemotongan elaun kepada RM500 sahaja dengan alasan status mereka ialah atlet separuh masa Tetapi beberapa hari lalu pula kecoh apabila se...
Apa Misi Wawasan Awak Dalam Sukan Syed Saddiq Irfan

Apa Misi Wawasan Awak Dalam Sukan Syed Saddiq Irfan

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 405 hits
Pemenang pingat emas Sukan SEA ke 29 Muhammad Irfan Shamshuddin mempersoalkan misi dan wawasan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Muhammad Irfan yang merupakan atlet acara lempar cakera melontarkan soalan tersebut dalam s...
Undian Syed Saddiq Siapa Pm Terbaik Malaysia Makan Diri

Undian Syed Saddiq Siapa Pm Terbaik Malaysia Makan Diri

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 674 hits
Undian Facebook yang dibuat Menteri Belia dan Sukan bertajuk Perdana Menteri manakah yang terbaik dalam Malaysia dilihat memakan diri apabila bukan sahaja keputusan tidak memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad malah netizen juga meninggalka...
Syed Saddiq Gold Di Pejabat

Syed Saddiq Gold Di Pejabat

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 486 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar tidak menyindir atau troll tak bertempat Ia susulan tindakan Asyraf mengongsikan gambar Syed Saddiq bersama beberapa orang lagi...
Saya Akan Bangkit Isu Dana Politik Hingga Selesai Syed Saddiq

Saya Akan Bangkit Isu Dana Politik Hingga Selesai Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 920 hits
TANAH RATA Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan terus membangkitkan isu dana politik kepada pimpinan tertinggi kerajaan sehingga selesai kesemuanya Katanya ketika ...
Kompang Dipaluu Pat Ckit Yb Buka Langkah Peminat Suka Syed Saddiq Jodoh Dengan Ayana

Kompang Dipaluu Pat Ckit Yb Buka Langkah Peminat Suka Syed Saddiq Jodoh Dengan Ayana

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 686 hits
Kecoh baru baru ini di sosial media apabila gambar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq dilihat sedang menikmati makan malam bersama Ayana Jihye Moon dan menjadi perhatian netizen Gambar yang dimuat naik oleh YB Syed Saddiq sendiri di IG bel...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh