Kerana Berani Tun Mahathir Dan Syed Saddiq Diangkat Sebagai Hero Oleh Rakyat Palestin


Rakyat Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menghargai ketegasan Malaysia berhubung isu Israel.
KEPUTUSAN Malaysia untuk mengharamkan kemasukan atlet renang Paralimpik Israel terus mendapat reaksi positif daripada Palestin.

Tersebar beberapa keping gambar memperlihatkan sokongan warga Palestin kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga lantang membela hak rakyat Palestin.
Warga Palestin mempamerkan poster perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia.
Loading...

Sebelum ini, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Malaysia akan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini dan menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
“Kita tetap tidak akan benarkan. Kalau mereka datang juga, ia adalah satu kesalahan.

“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjuran kejohanan itu dari Malaysia sekalipun, mereka boleh berbuat demikian,” kata Tun Mahathir lagi.


Mengulangi pendirian tegas itu baru-baru ini Tun Mahathir berkata Malaysia tidak akan sesekali menerima rakyat daripada negara yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa, melanggar undang-undang antarabangsa, moral dan hak asasi manusia.
“Atlet itu datang dari negara yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa.

"Mereka buat apa sahaja yang mereka suka, termasuklah membina penempatan di negara orang, menceroboh perairan negara lain dan menakluk kapal yang mahu menghantar bantuan ke Gaza,” tegas Tun Mahathir lagi.

Malaysia kata Tun Mahathir lagi, tidak boleh berbuat apa-apa kepada Israel, dan pada masa sama tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan negara penjenayah itu.

“Mereka boleh sertai kejohanan sukan di negara lain tetapi bagi Malaysia, mereka datang dari sebuah negara penjenayah dan kami tidak boleh menerimanya,” kata beliau lagi.


Turut kelihatan poster Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pemimpin muda yang turut sama lantang menyuarakan sokongan terhadap hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.
Warga Palestin mempamerkan poster Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Malaysia memberi keutamaan paling atas untuk melindungi kepentingan Palestin dan rakyatnya, dan keputusan tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di negara ini adalah tepat.
Beliau menjawab demikian apabila Shaun Ley yang bertindak sebagai peneraju (anchor) menerusi program bual bicara BBC bertanya kepada beliau mengapa Malaysia menafikan peluang untuk atlet Israel membuktikan diri mereka bersaing dengan beberapa perenang terbaik dunia apabila membuat keputusan itu.
“Jika menganjurkan acara antarabangsa adalah lebih penting daripada menjaga kepentingan rakyat Palestin yang menjadi saudara kita, ini bermakna kita telah kehilangan kedudukan moral kita,” tegas Syed Saddiq.

Lagi foto memperlihatkan sokongan rakyat Palestin kepada Syed Saddiq kerana berani bersuara isu Palestin.
Beliau menegaskan bahawa Malaysia akan terus bersuara menentang pencabulan hak asasi manusia dan keganasan terhadap rakyat Palestin walaupun ia mungkin menghadapi akibatnya pada masa depan.
Keputusan tidak membenarkan atlet Israel bertanding mendapat bantahan dari Jawatankuasa Olimpik Israel yang terus memberi tekanan kepada pihak penganjur untuk mengeluarkan visa kepada atlet mereka kerana kejohanan itu dianggap sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini menerima sokongan padu rakyat Malaysia daripada berbilang bangsa yang bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir bahawa Israel merupakan negara penjenayah. - Malaysian Update



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/kerana-berani-tun-mahathir-dan-syed.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 451 hits
Panas Respon Tun Mahathir Isu Malaysia Digugurkan Oleh Ipc Kerana Israel Nak Batal Batallah
Video Syed Saddiq Ikut Jejak Tun M Apabila Membuatkan Wartawan Barat Ini Terdiam Ketika Sesi Wawancara Di Bbc

Video Syed Saddiq Ikut Jejak Tun M Apabila Membuatkan Wartawan Barat Ini Terdiam Ketika Sesi Wawancara Di Bbc

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 524 hits
SEMPENA lawatan ke London Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditemu bual saluran BBC dalam program bual bicara HARDtalk Temu bual itu antara lain bakal mengetengahkan isu berkaitan hubungan luar Malaysia dengan United Kin...
Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

Najib Tak Tahu Malu Selepas Curi Duit Rakyat Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 410 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja mahu menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat kononnya beliau tidak bersalah Ahli Parlimen Pekan itu juga hanya mencari simpati bagi ...
Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

Israel Wujud Dari Sekeping Tanah Palestin Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 497 hits
Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam Saya mohon kepada mereka yang bersimpati dengan perjuangan masyarakat ...
Bumi Palestin Berpesta Menyambut Ketegasan Malaysia Menolak Israael Laknatullah Ini Respon Tun Mahathir

Bumi Palestin Berpesta Menyambut Ketegasan Malaysia Menolak Israael Laknatullah Ini Respon Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 588 hits
Sungguh mereka begitu menghargai keputusan Malaysia mengharamkan penyertaan negara ISRAEL ke kejohanan renang dunia di Sarawak Mereka keluar beramai ramai dan berpesta dengan membawa bendera Malaysia sebagai menunjukkan terima kasih mereka ...
Setakat Berkali Kali Makan Angin Di Luar Negara Dan Ditanggung Rakyat Sepenuhnya Itu Yang Dikatakan Mahathir Kerja Kuat

Setakat Berkali Kali Makan Angin Di Luar Negara Dan Ditanggung Rakyat Sepenuhnya Itu Yang Dikatakan Mahathir Kerja Kuat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 374 hits
Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata penjawat awam sepatutnya bekerja kuat seperti Mahathir Katanya lagi apabila seseorang memilih untuk berkerjaya sebagai penjawat awam bererti mereka membuat pilihan untuk berkhidmat dan menabur bakti ...
Bendera Malaysia Dikibar Tanda Penghargaan Rakyat Palestin

Bendera Malaysia Dikibar Tanda Penghargaan Rakyat Palestin

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 521 hits
Kerajaan Malaysia sebelum ini tegas mengatakan untuk tidak membenarkan atlet dari Israel untuk memasuki negara ini bagi menyertai 2019 World Para Swimming Championship yang akan diadakan di Kuching Sarawak Julai nanti Larangan ini diumumkan...
Rakyat Diperbodohkan Oleh Kerajaan Dap Ph

Rakyat Diperbodohkan Oleh Kerajaan Dap Ph

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 395 hits
KENYATAAN MEDIA 1 Membaca kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya terdapat kelemahan dalam kerajaan menteri menterinya buat silap kenyataan dan kenyataan bercanggah kerana kabinet masih baharu membuat kita terfikir apakah perkara ini dis...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice