Susulan Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Untuk Sukan Renang Ini Jawapan Padu Dari Syed Saddiq


Malaysia tidak akan berganjak dengan keputusannya menghalang kemasukan atlet Israsel demi nasib Palestin, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ini katanya walaupun negara terpaksa melepaskan peluang penganjuran sukan antarabangsa.
“Malaysia bertegas dengan keputusan kita atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan terhadap nasib Palestin. Kita tidak akan berkompromi.
“Sekiranya menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa lebih penting daripada berdiri membela saudara-saudara Palesrtin kita yang dibuunuh, dicela dan disreksa oleh rejim (perdana menteri Benjamin) Netanyahu, ini bermakna Malaysia telah benar-benar kehilangan pegangan moral,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.
Syed Saddiq mengulas keputusan lembaga pengurusan Jawatankuasa Para Antarabangsa (IPC) untuk menarik balik kelayakan penganjuran kejohanan renang paralimpik antarabangsa di Malaysia.
IPC memutuskan Malaysia hilang kelayakan untuk menganjurkan Kejohanan Renang Dunia Para 2019 susulan kerajaan melarang atlet Israel daripada bertanding.
“Kesemua kejohanan dunia mesti terbuka untuk semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi,” kata Presiden IPC Andrew Parsons dalam satu kenyataan hari ini.
Kejohanan tersebut, suatu pertandingan kelayakan untuk Paralimpik Tokyo 2020, telah dijadualkan berlangsung di Kuching antara 29 Julai dan 4 Ogos 2019.
Jenayah perang
IPC berkata tempat baru akan dicari pada tarikh yang sama, walaupun mungkin ada kelonggaran berdasarkan keadaan ini.
Sejumlah 600 perenang dari 60 negara dijangka bersaing dalam kejohanan di Sarawak, dengan lebih daripada 160 pingat untuk direbutkan.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga ketua pemuda Bersatu berkata IPC perlu diberitahu mengenai dakwaan jenayah perang terhadap kerajaan Netanyahu.
“Kami ingin mengingatkan kepada IPC bahawa malahan Amnesty International dan Human Rights Watch telah melaporkan kerajaan Netanyahu merupakan seorang pelaku aktif jenaAyah perang.
“Sebagai pemimpin Israaael, beliau mewakili kehendak kolektif kerajaan Israel. Negara Israael mewakili kedudukan tindakan moral kolektif mereka,” kata anggota parlimen Muar itu.
Sumber: beritaharian

Akhirnya IPC Kenakan Tindakan Tak Masuk Akal Ini Terhadap Malaysia Diatas Penolakan Atlet Israeel
LONDON: Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.
Presiden IPC, Andrew Parsons menjelaskan semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.
Beliau berkata, apabila negara tuan rumah tidak memasukkan atlet dari negara tertentu, atas alasan politik, pihaknya sama sekali tiada pilihan kecuali mencari tuan rumah baharu bagi kejohanan itu.
“Pergerakan Paralimpik sentiasa akan diteruskan, didorong oleh keinginan untuk memacu kemasukan, bukan pengecualian. Tidak kira negara yang terbabit dalam perkara ini, IPC akan mengambil keputusan sama dalam situasinya sama walaupun negara berbeza.
“Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia, kami mendapat jaminan bahawa semua atlet dan negara yang layak dibenarkan menyertai acara ini dengan jaminan keselamatan mereka.
“Namun, terdapat perubahan kepimpinan politik dan kerajaan Malaysia yang baharu dan mempunyai idea berbeza. Kami kecewa atlet Israel tidak dibenarkan bersaing di Malaysia.
“Seperti keputusan hari ini, kami kini mencari tuan rumah baharu untuk Kejohanan Dunia yang penting ini, yang menjadi medan untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” katanya.
“Kami akan berusaha untuk mengekalkan tarikh dan syarat yang sama untuk kejohanan supaya tidak mengganggu jadual latihan atlet yang bertujuan untuk mencapai tahap terbaik pada akhir Julai dan awal Ogos.”
Pengerusi Majlis Atlet IPC, Chelsey Gotell, berkata pihaknya menerima banyak maklum balas daripada atlet di seluruh dunia berkenaan situasi berkenaan.
“Kami sudah membincangkan semua hasil yang berpotensi dan berhubung dengan Kumpulan Penasihat Atlet Renang Para Dunia untuk mengumpul maklum balas mereka mengenai situasi ini bagi memastikan suara atlet dapat dilihat dalam perbincangan dan keputusan Lembaga IPC.”
Sumber:hmetro.com.my
The post Susulan Malaysia Dibatalkan Hak Penganjuran Untuk Sukan Renang, Ini Jawapan Padu Dari Syed Saddiq appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/susulan-malaysia-dibatalkan-hak-penganjuran-untuk-sukan-renang-ini-jawapan-padu-dari-syed-saddiq/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Play Play With Malaysia Onion Army Batal Hak Penganjuran Kejohanan Renang Antarabangsa Netizen Serang Fb Ipc

Don T Play Play With Malaysia Onion Army Batal Hak Penganjuran Kejohanan Renang Antarabangsa Netizen Serang Fb Ipc

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 765 hits
Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat di Lon...
Ipc Batal Hak Penganjuran Malaysia Atas Alasan Politik

Ipc Batal Hak Penganjuran Malaysia Atas Alasan Politik

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 442 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini Keputusan itu diputuskan pada mesyuarat...
Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

Hak Penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 293 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan Keputusan tersebut diputuskan oleh ahl...
Undian Syed Saddiq Siapa Pm Terbaik Malaysia Makan Diri

Undian Syed Saddiq Siapa Pm Terbaik Malaysia Makan Diri

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 551 hits
Undian Facebook yang dibuat Menteri Belia dan Sukan bertajuk Perdana Menteri manakah yang terbaik dalam Malaysia dilihat memakan diri apabila bukan sahaja keputusan tidak memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad malah netizen juga meninggalka...
Malaysia Takkan Kompromi Israel Syed Saddiq

Malaysia Takkan Kompromi Israel Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 292 hits
Menteri belia dan sukan mengulas keputusan lembaga pengurusan IPC untuk menarik balik kelayakan penganjuran kejohanan renang paralimpik di negara ini
Apa Misi Wawasan Awak Dalam Sukan Syed Saddiq Irfan

Apa Misi Wawasan Awak Dalam Sukan Syed Saddiq Irfan

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 322 hits
Pemenang pingat emas Sukan SEA ke 29 Muhammad Irfan Shamshuddin mempersoalkan misi dan wawasan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Muhammad Irfan yang merupakan atlet acara lempar cakera melontarkan soalan tersebut dalam s...
Bertegas Halang Atlet Israel Ipc Tarik Hak Penganjuran Malaysia

Bertegas Halang Atlet Israel Ipc Tarik Hak Penganjuran Malaysia

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 670 hits
LONDON Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan Loading Keputusan tersebut diputuskan ...
Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

Isu Hak Penganjuran Malaysia Ditarik Tun Mahathir Hentam Israel Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 634 hits
PUTRAJAYA Dia nak batal batallah Itu jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 selepas Malaysia memutusk...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet