Pemuda Pas Kecam Admin Facebook Dr Maza


MALAYSIAKINI

   
Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari mengecam pengurus Facebook DrMaza.com kerana mengaitkan suspek kes bakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan PAS.

Menyifatkan hantaran Facebook DrMaza.com itu sebagai ‘sangat-sangat tidak bertanggungjawab’ dan 'tidak berakhlak', Ahmad Fadhli menegaskan bahawa kes berkenaan masih berada dalam siasatan pihak polis.

“Menurut tulisan yang diletakkan nota 'admin' (pengurus) itu, kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai jawatan dan kedudukan di dalam Jabatan Amal dan organisasi politik yang sudah tentu merujuk kepada PAS.

“Disertakan juga gambar yang menunjukkan suspek yang ditahan bersama-sama dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.
 
Ahmad Fadhli merujuk kepada hantaran oleh laman Facebook DrMaza.com yang dimiliki Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hantaran itu memaklumkan penahanan dua suspek kes bakar kereta Mufti Perlis oleh pihak polis hari ini.

Hantaran tersebut turut mendakwa ada usaha awal untuk mencederakan Asri menggunakan asid, selain mempersoalkan peranan Unit Amal susulan penahanan dua individu daripada unit terbabit.
Bagaimanapun, dalam hantaran sama, turut dinyatakan yang Asri kini berada di Sabah dan pandangannya akan didapatkan apabila pulang ke Perlis nanti.

Semakan Malaysiakini pada petang ini mendapati hantaran itu telah dipadam.

Kata Ahmad Fadhli, PAS tidak pernah membenarkan mana-mana ahlinya melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang, malah PAS sendiri mengutuk keganasan yang dilakukan dalam kes tersebut dalam satu kenyataan bulan lalu.

Bersangka baik Sayangnya, kata Ahmad Fadhli, tulisan mengaitkan PAS dengan perbuatan itu ditulis dengan bersandarkan kepada laman sosial yang dimiliki oleh Mufti Perlis sendiri.

“Saya berbaik sangka bahawa Mufti Perlis tidak merestui tulisan ini, namun membiarkan penulis seperti ini mempunyai akses ke atas laman tersebut boleh membayangkan bahawa ia mewakili Mufti Perlis secara tidak langsung.

“Pada saya admin ini sungguh tidak berakhlak. Tunggulah siasatan polis selesai terlebih dahulu. Jikapun benar ahli parti melakukan perbuatan tersebut, adakah tindakan seorang dua ahli itu membayangkan pendirian rasmi parti?

“Jika demikian bolehkah dikatakan tidak berakhlaknya admin laman ini membayangkan tidak berakhlaknya tuan punya laman tersebut?” soalnya lagi.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia Mohd Nazree Mohd Aris mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden kereta Mufti Perlis dibakar pada 22 Mac lalu.

Katanya, anggota terbabit ditahan reman empat hari mulai semalam.

Bagaimanapun, Nazree menyuarakan kehairanannya kerana menurutnya, suspek utama yang dicari merupakan penagih dadah, sedangkan anggota Unit Amal yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Seperti Ahmad Khalid, Nazree turut melahirkan kekecewaan terhadap paparan gambar dua anggota mereka dalam laman Facebook DrMaza.com, yang disifatkan sebagai ‘tidak bertanggungjawab’.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/pemuda-pas-kecam-admin-facebook-dr-maza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 375 hits
Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mengecam pengurus Facebook DrMaza com kerana mengaitkan suspek kes bakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan PAS Menyifatkan hantaran Facebook DrMaza com itu sebagai sangat sangat ...
Cubaan Sabotaj Unit Amal Admin Dr Maza Tidak Beretika

Cubaan Sabotaj Unit Amal Admin Dr Maza Tidak Beretika

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 344 hits
Jabatan Amal Malaysia hari ini mengesahkan salah seorang anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu Ketua pengarahnya Mohd Nazree Mohd Aris ketika dihubungi Malaysi...
Pemuda Pas Dakwa Polisi Kerajaan Ph Masih Kabur Celaru

Pemuda Pas Dakwa Polisi Kerajaan Ph Masih Kabur Celaru

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 510 hits
SHAH ALAM Polisi kerajaan Pakatan Harapan yang masih lagi kabur dan celaru menjadi faktor utama yang mendorong ketidakstabilan negara khususnya melibatkan ekonomi Timbalan Ketua Pemuda Pas Ir Khairil Nizam Khirudin berkata ini kerana keraja...
Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

Kerjasama Pas Umno Sama Seperti Tun M Dan Anwar Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 552 hits
Sinar Harian AHMAD FADHLI Berhubung skandal yang dikaitkan dengan kerajaan BN Pas tidak pernah berdiam diri dan sentiasa mengalu alukan sebarang siasatan oleh kerajaan PH Gambar fail KOTA BHARU Pas tidak hairan dengan kritikan Tun Dr Mahath...
Senarai Ketua Pemuda Pas Negeri Negeri Sesi 2019 2021

Senarai Ketua Pemuda Pas Negeri Negeri Sesi 2019 2021

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 2567 hits
1 Perlis Indera Kayangan Muhammad Azmir Azizan 2 Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden 3 Kedah Darul Aman Nurul Amin Bin Hamid 4 Perak Darul Ridzuan Muhammad Faisal Ahmad Fuad 5 Selangor Darul Ehsan Hanafi Zulkapli 6 Wilayah Persekutuan ...
Mahfuz Seru Ahli Pas Tinggalkan Parti Kerana Cop Halal Abdul Hadi

Mahfuz Seru Ahli Pas Tinggalkan Parti Kerana Cop Halal Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 483 hits
Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli Pas meninggalkan parti itu apabila pemimpinnya lantang menyuarakan kerjasama Umno Pas hari ini sudah bersih Naib Presiden AMANAH itu menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang itu melucukan kera...
Pas Biadab Kata Anwar Bekas Banduan

Pas Biadab Kata Anwar Bekas Banduan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR Kenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana status beliau sebagai bekas banduan adalah biadab dan celuparTimbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fa...
Kartel Dedak Dalam Pas

Kartel Dedak Dalam Pas

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 893 hits
PAS akan memanggil Zaharudin Muhammad yang merupakan menantu Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan berhubung tulisan di laman sosial Facebooknya Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara itu sebagai mer...
Kartel Dedak Pas Perlu Beri Penjelasan Kepada Rakyat

Kartel Dedak Pas Perlu Beri Penjelasan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 499 hits
Kartel dedak Pas perlu beri penjelasan kepada rakyatPosted By on May 16 2019PAS perlu beri penjelasan kepada rakyat tentang kartel dedak kerana ia satu tuduhan yang serius kata Presiden PKR Anwar Ibrahim Anwar berkata parti Islam itu berhak...
Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Radiohead Let Down Chord

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka

Monolog Jiwa Kredit Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Art Berat By Sofea 003

Personal Brand Gen Z Kunci Income Jangka Panjang

Laings Uk Laing The Jeweller Limited Companies House Gov Uk

Cara Pilih Headphone Noise Cancelling Terbaik Untuk Muzik Kerja

Stok Seafood Untuk Seminggu

Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025