Cubaan Sabotaj Unit Amal Admin Dr Maza Tidak Beretika



Jabatan Amal Malaysia (JAM) hari ini mengesahkan salah seorang anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu.

Ketua pengarahnya, Mohd Nazree Mohd Aris, ketika dihubungi Malaysiakini berkata anggota terlibat ditahan reman empat hari mulai semalam.

Bagaimanapun, kata Mohd Nazree beliau pelik dengan penahanan tersebut.

"Saya difahamkan ada suspek utama yang dicari, dan dia bukan anggota Unit Amal, bukan ahli PAS dan kami sendiri tak kenal (suspek).

"Difahamkan suspek utama yang dicari adalah penagih dadah dan dia mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Justeru Mohd Nazree berkata pihaknya hairan apabila polis menahan anggota Unit Amal yang tidak terlibat dan tiada sebarang rekod jenayah.

Katanya dua suspek utama yang dilihat terbabit membakar kereta Dr Mohd Asri Zainul Abidin itu ialah penagih dadah dan masih bebas.

Unit Amal ada kredibiliti cemerlang

Menurut Mohd Nazree, JAM - yang menjadi salah satu organisasi dalam PAS - mungkin sedang cuba dianiaya pihak tertentu.

Pada masa sama Mohd Nazree berkata JAM kecewa dengan sikap diambil Mohd Asri kerana memaparkan gambar dua gambar anggota mereka dalam laman Facebook beliau.

Katanya tindakan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana kedua-dua individu yang dipaparkan itu tidak terbabit dalam kejadian tersebut.

"Itu gambar (dimuat naik di Facebook Mohd Asri), mereka tak tahu dan tak terlibat langsung.

"Jadi, bagi saya apa yang dimuat naik oleh admin Facebook Dr Maza adalah tindakan tidak bertanggungjawab," katanya.

Mohd Nazree berkata, setakat ini tidak ada sebarang tuduhan dikenakan terhadap anggota JAM tersebut dan penahanan dibuat sekadar untuk membantu siasatan.

Oleh demikian, Mohd Nazree JAM sedang mempertimbangkan tindakan lanjut berhubung hantaran tersebut.

"Saya tengah tunggu maklum balas daripada peguam kami," katanya.

Selain itu, Mohd Nazree turut mempersoalkan usaha pihak tertentu yang disifatkan sengaja cuba memburukkan imej Unit Amal dan PAS.

Katanya, langkah itu dibuat mungkin disebabkan JAM mempunyai kredibiliti yang sangat baik sebelum ini.

"Ini semua satu tindakan yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk memalukan kami atas kredibiliti kami yang cemerlang sebelum ini.

"Kami membantu semua pihak dan atas sikap dengki itu maka ada usaha untuk memburukkan nama kami, burukkan nama parti.

"Kami selama ini membantu semua pihak, tak kira PH atau BN, juga semua bangsa dan agama yang ada di negara ini, semua kami tolong," katanya.

Tegas Mohd Nazree, JAM adalah sebuah unit perpaduan yang bertindak membantu semua pihak yang memerlukan pertolongan termasuk ketika rakyat Malaysia ditimpa musibah seperti banjir besar.

"Unit Amal ini adalah unit perpaduan, seperti pengakap yang membantu semua orang.

"Kami tak ada berceramah, kami tak pernah kutuk mana-mana pihak pun, termasuk PH," katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/05/cubaan-sabotaj-unit-amal-admin-dr-maza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Unit Amal Confirms Arrest Of Member In Mufti S Torched Car Probe

Pas Unit Amal Confirms Arrest Of Member In Mufti S Torched Car Probe

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 251 hits
Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin s car which was torched on March 22 in Kangar PETALING JAYA The volunteer corps group of PAS has confirmed that one of its leaders had been arrested by police investigating the recent torching of Perlis ...
3 Anggota Unit Amal Direman Kes Bakar Kereta Mufti Perlis

3 Anggota Unit Amal Direman Kes Bakar Kereta Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 317 hits
Foto oleh mStar OnlineJabatan Amal Malaysia hari ini mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu Loading Mengesahkan perkara tersebut ketua pengarah...
Unit Amal Pas Ditahan Soal Siasat Kes Bakar Kereta Mufti

Unit Amal Pas Ditahan Soal Siasat Kes Bakar Kereta Mufti

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 374 hits
Jabatan Amal Malaysia hari ini mengesahkan salah seorang anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu Ketua pengarahnya Mohd Nazree Mohd Aris ketika dihubungi Malaysi...
Kes Bakar Kereta Mufti 3 Anggota Unit Amal Direman

Kes Bakar Kereta Mufti 3 Anggota Unit Amal Direman

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 397 hits
Shakira Buang Jabatan Amal Malaysia hari ini mengesahkan tiga anggotanya ditahan reman oleh pihak polis bagi membantu siasatan insiden membakar kereta Mufti Perlis pada 22 Mac lalu Ketua pengarahnya Mohd Nazree Mohd Aris ketika dihubungi Ma...
Terima Kenyataan Pegawai Unit Amal Kena Siasat

Terima Kenyataan Pegawai Unit Amal Kena Siasat

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 280 hits
Terima kenyataan pegawai Unit Amal kena siasatPosted By on May 23 2019Zus DinBila kita share berita dr Page DrMAZA dan komen di situ berkandaq kena maki hamun dgn walaun dan macaiun konon kita fitnah Macam2 walaun dan macaiun tepek tulisan ...
Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal Pegawai Asri Persoal Pas

Suspek Bakar Kereta Ahli Unit Amal Pegawai Asri Persoal Pas

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 342 hits
PETALING JAYA Pegawai Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempersoal peranan Unit Amal PAS selepas pendedahan penglibatan individu yang mempunyai kedudukan penting dalam parti Islam itu dalam perbuatan membakar kereta rasmi mufti tersebut ...
Pemuda Pas Kecam Admin Facebook Dr Maza

Pemuda Pas Kecam Admin Facebook Dr Maza

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 310 hits
MALAYSIAKINI Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mengecam pengurus Facebook DrMaza com kerana mengaitkan suspek kes bakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan PAS Menyifatkan hantaran Facebook DrMaza com itu sebagai s...
Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

Admin Facebook Dr Maza Tidak Berakhlak Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 297 hits
Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mengecam pengurus Facebook DrMaza com kerana mengaitkan suspek kes bakar kereta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan PAS Menyifatkan hantaran Facebook DrMaza com itu sebagai sangat sangat ...
Maggi Bawa Berkat Ramadan Ke Rumah Amal

Maggi Bawa Berkat Ramadan Ke Rumah Amal

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 516 hits
MAGGI Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal KUALA LUMPUR 13 Mei 2019 Sempena bulan Ramadan yang mulia MAGGI telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh sebuah ru...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran