Pemuda Amanah Anjur Demonstrasi Tangkap Azam Baki



(Utusan) – Pemuda Amanah yang turut serta dalam perhimpunan ‘Tangkap Azam Baki’ di hadapan pusat beli-belah Sogo, Sabtu ini menegaskan bahawa ia adalah sebuah perhimpunan aman.
Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah, Abbas Azmi berkata, perhimpunan itu perlu diadakan kerana isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah menghakis kepercayaan rakyat ketika ini.
“Kami orang muda sangat gusar dengan apa yang berlaku terutama apabila melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM. Jadi, kami Pemuda Amanah, insya-Allah akan gerakkan semua pemuda dari seluruh Malaysia, dengan dijangka sekurang-kurangnya 1,000 dari Amanah.
“Ini bukan soal kepartian, ini soal negara. Kita sayangi negara kita dan akan mewarisi negara ini, kita tidak mahu negara ini rosak, bobrok, rasuah.
“Jadi, mari turun beramai-ramai…jangan risau, kita ada hak kita untuk turun berhimpun. Namun, kita tidak mahu insiden ganas, provokasi, kami tegaskan bahawa ini adalah perhimpunan aman, kita menyuarakan suara rakyat, suara orang muda,” katanya dalam sidang media hari ini.
Jelasnya, perhimpunan itu akan turut disertai pemuda sayap Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti pembangkang lain.
“Kita difahamkan akan ada Pejuang, Muda, Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga akan ada…ini gerakan anak muda yang agak besar, jadi ayuh turun. Kita sayangkan negara dan tidak mahu perkara ini berlarutan,” katanya.
Beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap Azam.
“Saya berharap Perdana Menteri melihat isu ini secara neutral dan meraikan pandangan kerana tindakan ini (demonstrasi) bukan fitnah, ini pengakuan Azam sendiri.
“Namun, kalau dapat rehatkan Azam, kita mahu siasatan adil…kita tidak mahu hukum Azam secara semberono. Beri keadilan kepadanya seperti mana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. Beliau diadili di mahkamah dan didapati bersalah.
“Jadi, kita mahu Azam diadili dan tidak terlepas dari undang-undang walaupun individu itu adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.
Dalam pada itu, Peguam Muda Amanah menyediakan khidmat guaman bagi memastikan tiada sebarang tindakan yang melanggar undang-undang sepanjang berlangsungnya demonstrasi yang dijadualkan di Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman nanti.
Ini termasuk menawarkan khidmat guaman secara pro-bono kepada semua individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut serta individu yang menyebarkan poster #TangkapAzamBaki secara fizikal dan di media sosial.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/01/18/pemuda-amanah-anjur-demonstrasi-tangkap-azam-baki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Amanah Akan Mobilasi Demontrasi Desak Azam Baki Letak Jawatan

Pemuda Amanah Akan Mobilasi Demontrasi Desak Azam Baki Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 197 hits
Pemuda AMANAH Nasional dan Peguam Muda AMANAH bukan sahaja akan memobilisasi seramai mungkin pemuda untuk demonstrasi aman Tangkap Azam Baki di ibu negara 22 Januari ini bahkan akan menyediakan khidmat guaman Seterusnya
Amk Demonstrasi Tuntut Azam Baki Letak Jawatan

Amk Demonstrasi Tuntut Azam Baki Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 211 hits
Membantah tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki yang mahu meneruskan perkhidmatannya seperti biasa Angkatan Muda KEADILAN Malaysia termasuk dari Kedah dan Pulau Pinang mengadakan tunjuk perasaan...
Azam Baki Sifat Tidak Amanah Yang Berlaku Pada Ramai Penjawat Awam Dan Asatizah

Azam Baki Sifat Tidak Amanah Yang Berlaku Pada Ramai Penjawat Awam Dan Asatizah

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 213 hits
Hari ini ramai yang tetrumpu kepada salah laku dari Pemilikan Saham Azam Baki Sebenarnya apa yang berlaku kepada Azam Baki berlaku pada ramai penjawat Awam hatta Asatizah tanpa mereka mereka sedang melakukan Salah Laku dan sifat tidak Amana...
Azam Baki Amanah Demo Di Pejabat Pm Mahu Rci Dibentuk

Azam Baki Amanah Demo Di Pejabat Pm Mahu Rci Dibentuk

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 241 hits
Pemimpin Amanah hari ini menuntut satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki Menurut Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Sal...
Isu Azam Baki Pemuda Harapan Lapor Polis Petang Ini

Isu Azam Baki Pemuda Harapan Lapor Polis Petang Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 235 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON January 7 2022Pemuda Harapan akan membuat satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hari ini Laporan akan dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan Howa...
Only 100 Ph Supporters At Tangkap Azam Baki Rally

Only 100 Ph Supporters At Tangkap Azam Baki Rally

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 211 hits
There were more media personnel and policemen than participants at a protest in Bangsar organised by Pakatan Harapan to demand the removal of top graft buster Azam Baki About 100 Pakatan Harapan supporters turned up at the Bangsar LRT stati...
Tangkap Azam Baki Police Did Not Receive Any Rally Application

Tangkap Azam Baki Police Did Not Receive Any Rally Application

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 334 hits
Police has not received any application to hold a rally in Dataran Merdeka said Dang Wangi police chief Noor Dellhan Yahaya In a statement he said police learned that certain quarters are planning a protest in the near future and warned tha...
Anak Muda Akan Terus Desak Tangkap Azam Baki

Anak Muda Akan Terus Desak Tangkap Azam Baki

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 330 hits
Anak muda akan meneruskan aksi protes biar pun himpunan pagi tadi tidak mencapai matlamat untuk berarak ke Masjid Negara dan Dataran Merdeka Ketua Pemuda Pakatan Harapan Howard Lee dalam ucapannya menegaskan anak muda tidak akan berundur da...
Break The Chain Of Corruption

Manfaat Lengkuas Bagi Kesihatan Badan Dan Oral

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Senarai Negara Dengan Umur Pencen Tertua Hingga Termuda

Chukwu Perkuat Cabaran Perak Fa Di Liga A1

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore

Wang Tidak Dituntut Harta Kita Yang Kita Tak Sedar Kita Ada


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ajal Pelajar Dalam Perjalanan Ke Masjid

Yong Tau Foo Dqalisha Steamboat Grill Sedap Dan Berbaloi

Minor Heart Attack Loceng Amaran Dari Dalam Diri

No Holds Barred A Bareknuckle Harley Shovelhead From South Africa

Laungan Allahuakbar Bergema Jasad Zara Qairina Didakwa Masih Utuh Selepas Digali Semula

Jenazah Zara Qairina Tiba Di Hqe Bedah Siasat Pagi Ini