Azam Baki Amanah Demo Di Pejabat Pm Mahu Rci Dibentuk



Pemimpin Amanah hari ini menuntut satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menurut Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menghantar memorandum ke Pejabat Perdana Menteri (PM) petang ini bersama pemimpin kanan lainnya, RCI penting kerana kekebasannya lebih terjamin berbanding siasatan biasa.
“Satu memorandum telah pun kita serahkan kepada PM tentang isu pemilikan saham yang sangat mencurigakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah menjadi berita nasional dan antarabangsa.
“Kami mengambil tanggungjawab ini supaya satu tindakan tegas diambil. Dan rakyat tidak boleh terima apa pun alasan. Sebagai bekas anggota pentadbiran, saya sebagai Menteri dan Datuk Mahfuz sebagai Timbalan Menteri, kami tahu prosedur kerajaan.
“Isu sepenting ini sepatutnya dibincangkan dengan serius dalam kabinet. Masa kami dahulu, banyak perkara berkaitan penjawat awam kita bincang dan ambil tindakan.
“Inikan pula melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dianggap pagar paling kukuh dalam kempen kerajaan memerangi rasuah, disyaki memiliki sejumlah saham yang sangat mencurigakan
“Hal ini kita tidak boleh kita terima, kita harap suatu Suruhanjaya Diraja mesti ditubuhkan dengan segera dan melantik pegawai kerajaan yang ada integriti serta wibawa untuk menyiasat kes ini,” katanya di hadapan wartawan.
Tegas Ahli Parlimen Pulai itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang cuba menyiasat Azam Baki ketika ini tidak mempunyai cukup kuasa untuk menyingkap keseluruhan skandal pemilikan saham tersebut
Katanya tanpa siasatan yang benar benar bebas, imej Malaysia akan bertambah buruk di mata antarabangsa dan lebih banyak pelabur luar akan meninggalkan negara ini pada masa hadapan.
“Jawatankuasa Khas Parlimen tidak mencukupi untuk membincangkan isu sebesar ini. Oleh itu saya mewakili Amanah, kita mengambil pendirian bahawa isu ini amat besar dan menambah buruk nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Sebuah syarikat multinasional seperti Hyundai baru baru ini telah pindah ke Indonesia, satu perkara yang memalukan negara. Apatah lagi bila diburukkan dengan isu seperti ini. Ingat dulu 1MDB, SRC, juga seperti ini tetapi kita ambil tindakan tegas waktu dalam kerajaan dan mendakwa mereka semua ke mahkamah.
“Ini semua memerlukan komitmen Perdana Menteri yang lebih serius untuk memastikan Malaysia diselamatkan pada masa yang akan datang,” katanya lagi.
Pagi tadi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan bersidang dan memanggil Azam pada Rabu ini diumumkan akan ditangguhkan susulan bantahan Ketua Pesuruhjaya itu terhadap cara siasatan
Pengerusi PSC, Abdul Latiff Rahman memaklumkan kepada lapan anggota jawatankuasa lain bahawa dia telah menerima maklum balas daripada Azam.
Menurut beliau Azam membantah, jika mesyuarat itu diteruskan pada 19 Januari seperti yang dijadualkan maka Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat akan dilanggar. Begitu juga alasan beliau telah memfailkan saman fitnah dan perkara yang akan dibincangkan oleh PSC mungkin diterima oleh mahkamah dan menjejaskan kesnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33868

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Amanah Anjur Demonstrasi Tangkap Azam Baki

Pemuda Amanah Anjur Demonstrasi Tangkap Azam Baki

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 154 hits
Pemuda Amanah yang turut serta dalam perhimpunan Tangkap Azam Baki di hadapan pusat beli belah Sogo Sabtu ini menegaskan bahawa ia adalah sebuah perhimpunan aman Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Abbas Azmi berkata perhimpunan itu perlu dia...
Demo Azam Baki Sebarang Perhimpunan Di Kl Dianggap Langgar Sop Polis

Demo Azam Baki Sebarang Perhimpunan Di Kl Dianggap Langgar Sop Polis

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 160 hits
Oleh SATU perhimpunan haram yang pernah diadakan di Kuala Lumpur tahun lepas ketika COVID 19 sedang melanda negara POLIS tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini seperti mana tular poster ...
Amanah Serah Memo Gesa Agong Titah Pm Tubuh Rci Siasat Azam

Amanah Serah Memo Gesa Agong Titah Pm Tubuh Rci Siasat Azam

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 151 hits
Pemuda Amanah menyerahkan memo kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah kerana hilang kepercayaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki Memo itu diserahkan kepada pihak Istana sekitar jam 3 petang di ...
Azam Baki Sifat Tidak Amanah Yang Berlaku Pada Ramai Penjawat Awam Dan Asatizah

Azam Baki Sifat Tidak Amanah Yang Berlaku Pada Ramai Penjawat Awam Dan Asatizah

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 173 hits
Hari ini ramai yang tetrumpu kepada salah laku dari Pemilikan Saham Azam Baki Sebenarnya apa yang berlaku kepada Azam Baki berlaku pada ramai penjawat Awam hatta Asatizah tanpa mereka mereka sedang melakukan Salah Laku dan sifat tidak Amana...
Pemuda Amanah Akan Mobilasi Demontrasi Desak Azam Baki Letak Jawatan

Pemuda Amanah Akan Mobilasi Demontrasi Desak Azam Baki Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 160 hits
Pemuda AMANAH Nasional dan Peguam Muda AMANAH bukan sahaja akan memobilisasi seramai mungkin pemuda untuk demonstrasi aman Tangkap Azam Baki di ibu negara 22 Januari ini bahkan akan menyediakan khidmat guaman Seterusnya
Isu Azam Baki Ph Nak Buat Demo Isu Zeti Ph Buat Dunno

Isu Azam Baki Ph Nak Buat Demo Isu Zeti Ph Buat Dunno

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 243 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Pakatan Harapan memang pakar dalam mencipta fake isu Selain pakar dalam mencipta fake issue PH juga pakar dalam mencipta fake news Paling terkenal dari PH ada lah Fake manifesto Manispesto tipu kerajaan PH yang di pimp...
Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

Kes Azam Baki Pengerusi Lppr Salahkan Media Kerana Salah Lapor

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 168 hits
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Abu Zahar Ujang mempersalahkan media berhubung kontroversi yang timbul daripada sidang medianya pada 5 Januari lalu ketika dia mengisytiharkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki tidak melakukan se...
Kita Sibuk Dengan Azam Baki Mereka Sibuk Dengan Luluskan Projek Kata Anwar

Kita Sibuk Dengan Azam Baki Mereka Sibuk Dengan Luluskan Projek Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 381 hits
freemalaysiatoday com January 11 2022 10 25 PMIsu rasuah lebih besar seperti kertas Pandora konsesi Spanco Sdn Bhd dan Digital Nasional Berhad perlu juga diberi perhatian kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim PETALING JAYA Rakyat tidak sepat...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025