Pemimpin Terpalit Kes Rasuah Tak Perlu Bertanding Rasuah Busters


agendaily.com25/10/2022
Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub.
Pertubuhan bukan kerajaan yang memerangi rasuah, Pasukan Rasuah Busters, berpendapat pemimpin politik yang terpalit dengan kes rasuah dan penyelewengan tidak perlu bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Sehubungan itu, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata pemimpin yang rekodnya sudah tercemar dan bermasalah sepatutnya berundur dan memberi peluang kepada mereka yang berintegriti dan jujur menggalas tanggungjawab membangunkan negara.

“Berilah peluang kepada negara ini untuk bangkit sekarang, bagilah peluang kepada anak cucu kita untuk mendapat kerajaan yang lebih baik,” katanya kepada Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU-15 bertajuk Rakyat Adalah ‘Boskau’ disiarkan di platform digital Sinar Harian, hari ini (25 Oktober 2022.

Hussamuddin menjelaskan, pengunduran itu juga akan membuka ruang kepada lebih ramai pemimpin lain yang jujur, berintegriti, berwawasan, bijak dan mempunyai solusi untuk kembalikan negara ke landasan yang betul.

“Ini kerana kita tengok negara ini sudah semakin mundur dan berpecah-belah kerana wujudnya kerakusan dalam politik. Jadi ketika ini, kita mahu pemimpin-pemimpin generasi baharu yang mampu keluarkan kita semua daripada kegelapan ini,” katanya dalam wawancara itu tanpa merujuk kepada individu tertentu.

Untuk rekod beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta keluarga mereka sebelum ini didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes jenayah, termasuk rasuah dan penyelewengan ketika memerintah negara sebelum 2018 lalu.

Antara mereka ialah Presiden UMNO sendiri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 87 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah melibatkan ratusan juta ringgit. Zahid telah diperintah membela diri terhadap tuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi dan keputusan kesnya dijangka diketahui awal Disember depan.

Kemuncak daripada penyelewengan dilakukan pemimpin UMNO dan BN, pemimpin idola mereka sendiri Datuk Seri Najib Razak kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, selain didenda RM210 juta, setelah didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Hussamuddin berharap rakyat menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai pengundi dalam PRU-15 nanti untuk memilih calon yang bersih dan berintegriti.

Menurutnya, pendekatan terbaik dalam membuat pemilihan adalah dengan memilih calon dan bukannya parti.

Katanya pemilihan calon yang tepat amat penting kerana lazimnya orang yang dipilih sebagai ahli Parlimen dan menjadi menteri lebih berkuasa dalam parti masing-masing.

“Rakyat harus gunakan kuasa untuk memilih calon yang betul untuk transformasikan kerajaan dan sistem politik. Ini peluang terbaik memilih pemimpin negara yang seterusnya akan melahirkan ramai pemimpin baharu untuk generasi masa depan,” katanya.

Hussamuddin bagaimanapun bimbang jika ramai yang tidak keluar mengundi, calon yang rekodnya tercemar akan menang seterusnya menyebabkan ‘kerosakan’ yang dilakukan dalam tempoh lima tahun memimpin itu tidak lagi boleh diperbaiki


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pemimpin-terpalit-kes-rasuah-tak-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilih Calon Berintegriti Kata Pemimpin Rasuah Busters

Pilih Calon Berintegriti Kata Pemimpin Rasuah Busters

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 164 hits
agendaily com15 10 2022Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Kedah Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan Pengundi perlu memilih calon dan pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang sekiranya benar benar ingin membuktik...
Sembah Kes Rasuah Nazlan Dan Zeti Ke Ydp Agong

Sembah Kes Rasuah Nazlan Dan Zeti Ke Ydp Agong

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 173 hits
Oleh Adam Malik Gesaan supaya kes berkaitan rasuah Hakim Nazlan dan rasuah Zeti Aziz dibawa ke Istana Negara semakin mendapat sambutan dan sokongan dari orang ramai Kes kedua Nazlan Mohd Ghazali dan Zeti Aziz yang sudah selesai disiasat tet...
Rasuah Zahid Suruh Kit Siang Gali Kes Guan Eng Terlebih Dahulu

Rasuah Zahid Suruh Kit Siang Gali Kes Guan Eng Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 279 hits
agendaily com26 10 2022Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih berdepan 87 pertuduhan jenayah termasuk rasuah Pemimpin DAP Lim Kit Siang sepatutnya menyelidiki lebih mendalam dakwaan rasuah terhadap anaknya sendir...
Pru15 Dambakan Pemimpin Bersih Rasuah Terajui Negara

Pru15 Dambakan Pemimpin Bersih Rasuah Terajui Negara

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 204 hits
Orang ramai yang ditemui Astro AWANI di sekitar Bandaraya Melaka menegaskan negara memerlukan barisan pemimpin yang berintegriti dan bersih daripada sebarang bentuk penyelewengan selepas PRU15 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com...
Mufti Terkesima Dengan Ucapan Menang Pru Untuk Elak Kes Rasuah

Mufti Terkesima Dengan Ucapan Menang Pru Untuk Elak Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 269 hits
MalaysiakiniMufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata dia terkesima mendengar ucapan orang politik berkaitan keperluan menang pilihan raya bagi mengelakkan pertuduhan rasuah Terkesima mendengar bagaimana secara terang orang politik bo...
Pemakan Rasuah Seram Dengan Ph

Pemakan Rasuah Seram Dengan Ph

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 120 hits
BOB KELANANGPemakan rasuah memang takut ke PH buktinya Wak Ponorogo beri amaran kepada geng pemakan rasuah jangan bagi PH menang menang kalu ramai masuk penjara Pemimpin olamak su pun takut 90 jote terbongkar KOH KOH KOH jilaker
Rasuah Pencetus Gelombang Pru15

Rasuah Pencetus Gelombang Pru15

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 151 hits
Langkah hebat dan strategi bijak Begitu ungkapan atau kesimpulan saya apabila mendapat pesanan melalui WhatsApp bahawa Tawfik Ismail akan melawan Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno pada PRU15 Menurut Tawfik beliau akan menentang Zahid di Baga...
Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 213 hits
agendaily com16 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kecewa kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terlibat rasuah UMNO kecewa dengan kenyataan PAS tentang bagaimana parti ...
Pru 15 Barisan Nasional Pahang Pilih Calon Rekod Bersih Bebas Rasuah

Pru 15 Barisan Nasional Pahang Pilih Calon Rekod Bersih Bebas Rasuah

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Barisan Nasional Pahang akan memastikan calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 mempunyai rekod yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tapisan calon aka...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord