Rasuah Pencetus Gelombang Pru15


 

Langkah hebat dan strategi bijak. Begitu ungkapan atau kesimpulan saya apabila mendapat pesanan melalui WhatsApp bahawa Tawfik Ismail akan melawan Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Umno, pada PRU15.
Menurut Tawfik, beliau akan menentang Zahid di Bagan Datuk atau mana-mana kawasan yang Zahid bertanding. Bagi saya Tawfik seolah olah memberitahu presiden Umno itu “you can run but not hide”. Kamu boleh lari tetapi tidak boleh sembunyi, hebat bukan?
Tawfik menegaskan tema kempennya ialah “Rakyat lawan Rasuah”. Bijak. Presiden Umno itu masih berdepan kes di mahkamah, meskipun sudah didapati tidak bersalah atas pertuduhan rasuah dalam kes lain. Tawfik selaku calon bebas mencorakkan dirinya pembawa aspirasi rakyat yang menentang rasuah.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
“Saya menggesa semua rakyat yang benci rasuah melihat perlawanan saya sebagi perlawanan mereka,” kata Tawfik.
Bagan Datuk kubu kuat Zahid. Beliau menang pilihan raya di Bagan Datuk sejak 1995, bermakna Zahid menguasai Bagan Datuk sejak PRU9. Pasti tidak
ada rancangan untuk tanding kawasan lain. Ertinya Zahid akan cuba pertahan kerusi Bagan Datuk pada PRU15. Di atas kertas beliau akan menang lagi. Ramai pemerhati dan penganalisis politik percaya demikian walaupun mengakui dalam pilihan raya tidak ada kepastian 100%.
Namun itu tidak dihiraukan Tawfik berdasarkan apa yang beliau umumkan pada Khamis, 13 Oktober. Mengikut “credential” Tawfik tidak kurang hebat. Beliau anak kepada timbalan perdana menteri kedua, Dr Ismail Abdul Rahman – tokoh yang amat dihormati.
Tidak memeranjatkan Tawfik mengikut langkah ayahnya menyertai Umno dan pada 1980-an menang kerusi Parlimen Sungai Benut (sekarang Simpang Renggam). Beliau dewasa ini aktivis politik dan pengasas Gerak Independent atau Gerak yang akan meletakkan calon bebas di beberapa kawasan pada PRU ini.
Pemerhati politik menyifatkan peluang beliau menang lebih cerah di kawasan bandar yang pengundinya terdiri daripada pelbagai bangsa meskipun majoriti Melayu. Tetapi Tawfik memilih untuk “membawa fight saya ke Malay heartland”.
Bagi Tawfik, beliau tidak “memecahkan undi Pakatan Harapan”. Sebaliknya berharap pilihan raya kali ini akan “membuktikan rakyat akan menolak rasuah dan pemimpin rasuah atau yang dianggap mengamalkan rasuah dan salah laku,” kata beliau seperti dilaporkan media.
Beliau mendakwa keadaan rasuah sudah sampai ke tahap “kronik” lantas “saya mahu pemimpin khususnya Melayu kembali pada kompas moral yang betul,” menurut laporan Sinar Harian.
Tawfik sedar menentang seorang pemimpin parti politik besar yang punya jentera hebat bukan mudah tetapi “seseorang harus melakukannya”.
“Kita harus hantar mesej kepada rakyat bahawa masa depan negara bergantung pada imej yang bersih dalam kalangan pemimpinnya,” katanya.
Mesej sama dibawa parti pembangkang yang ‘anti-kleptokrat’ dan ‘anti-rasuah’. Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, umpamanya kita tahu selalu membuat pendedahan yang disifatkan sebagai skandal rasuah dan salah guna kuasa. Oleh yang demikian adakah pembangkang khususnya Pakatan Harapan akan memberi laluan kepada Tawfik bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di Bagan Datuk, berdasarkan mereka sama-sama ‘menentang rasuah’?
Jika sifat kepartian dan ego peribadi ditolak tepi saya rasa itu akan dilakukan, juga jentera PH membantu Tawfik berkempen. Namun Gerak yang diasas Tawfik bercadang letak calon di beberapa kawasan yang kini dipegang PH. Isu ini pasti menjadi masalah apabila bercakap mengenai kerjasama PH dengan Tawfik di Bagan Datuk. Ini mereka mesti bereskan terlebih dahulu.
Apa pun mungkin pakatan pembangkang boleh mengangkat tema Rakyat Lawan Rasuah sebagai ‘seruan perang’ ke seluruh negara. Tema itu akan menggambarkan satu “concerted effort” menentang rasuah.
Baru-baru ini Zahid mencetus kontroversi susulan ucapan di perhimpunan agung tahunan MIC. Tentu ramai yang tahu apa yang saya maksudkan. Laporan ucapan itu dan juga klip video sudah tular.
Ringkasnya Zahid memberitahu khalayak kepimpinan BN akan berdepan pendakwaan sekiranya BN tewas lagi kali ini pada PRU15. Bukan sahaja mengeluarkan peringatan secara am, Zahid menyebut nama pemimpin BN seorang demi seorang – Mohamad Hasan (timbalan presiden Umno), SA Vigneswaran (presiden MIC) serta timbalanya M Saravanan, Wee Ka Siong (presiden MCA), juga Hishamuddin Hussein (bekas menteri pertahanan).
Kementerian Pertahanan kita tahu mendapat perhatian ramai berikutan pendedahan skandal kapal tempur pesisir (LCS). Ramai menganggap Zahid seolah-olah mengaku barisan pemimpinnya terpalit rasuah lantas perlu berhati-hati tetapi Zahid kemudian menegaskan beliau sebenarnya merujuk kepada “pendakwaan terpilih bermotifkan politik”.
Mufti Perlis, Asri Zainul Abidin, berkicau di Twitter berkaitan dakwaan perlunya menang pilihan raya bagi mengelakkan pertuduhan rasuah.
“Jika itu berlaku negara ini akan jadi syurga rasuah,” tulisnya tanpa menamakan sesiapa.
Jelas soal rasuah akan menjadi isu besar pada PRU15. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/rasuah-pencetus-gelombang-pru15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Bn Dalam Posisi Attack Mode Ph Pn Dan Mahathir Berkedudukan Bertahan

Pru15 Bn Dalam Posisi Attack Mode Ph Pn Dan Mahathir Berkedudukan Bertahan

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 165 hits
Oleh Adam MalikKitaran berita lama sudah tidak laku lagi untuk menghadapi PRU15 Jika PH PN dan Tun Mahathir pilih untuk main isu 1MDB atau Najib Razak maka boleh lah dianggap mereka telah gali lubang kubur mereka sendiri PN PH dan Tun Mahat...
Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 205 hits
PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November kata Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Oct 2022 12 04A
Langsung Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat Menghadapi Pru15 10 Okt 2022

Langsung Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat Menghadapi Pru15 10 Okt 2022

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 321 hits
Mesyuarat Parti Keadilan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 AWANInews BubarParlimen MalaysiaMemilih SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawan
Muhyiddin Poster Boy Pn Untuk Pru15

Muhyiddin Poster Boy Pn Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 99 hits
malaysiakini comPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin diumumkan sebagai calon perdana menteri kesepuluh jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke 15 Pengerusi Gerakan Dominic Lau berkata gabungan tiga parti dalam PN bersetuju...
Permohonan Sebagai Pemerhati Pilihanraya Pru15 Spr

Permohonan Sebagai Pemerhati Pilihanraya Pru15 Spr

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 248 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya membuka permohonan kepada mana mana pihak untuk menjadi pemerhati Pilihan Raya Umum Ke 15 bermula sekarang sehingga 21 Oktober ini Setiausahanya Datuk Ikmalrudin Ishak berkata permohonan sebagai pemerhati yang mewak...
Pru15 Perbaiki Institusi Parlimen Bawa Rakyat Dekati Politik

Pru15 Perbaiki Institusi Parlimen Bawa Rakyat Dekati Politik

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 205 hits
Penyertaan rakyat akan membawa impak yang besar untuk membantu mencorakkan kematangan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan ahli parlimen Gambar fail BernamaKUALA LUMPUR Institusi Parlimen harus diperbaiki bagi memberikan rakyat gambaran ya...
Awani Ringkas Tarikh Pru15 Mesyuarat Khas Spr Pada 20 Okt

Awani Ringkas Tarikh Pru15 Mesyuarat Khas Spr Pada 20 Okt

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 176 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Agong Kecewa Dengan Politik Semasa Dan Bertitah Agar Pru15 Di Segerakan

Agong Kecewa Dengan Politik Semasa Dan Bertitah Agar Pru15 Di Segerakan

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 177 hits
SHAH ALAM Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah agar Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan Pilihan Raya Umum ke 15 dalam tempoh terdekat Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ser
Parlimen Bubar Pru15 Dalam Tempoh 60 Hari

Parlimen Bubar Pru15 Dalam Tempoh 60 Hari

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 191 hits
October 10 2022 Susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari PETALING JAYA Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk