Pemimpin Senior Pkr Mahu Hilman Diambil Tindakan



Pelanggaran displin Timbalan Ketua AMK Hilman Idham dan segelintir pemimpin lain yang tidak menghormati keputusan rasmi pergerakan pemuda itu harus ditangani dengan lebih tegas.
Tindakan beliau memanggil mesyuarat berasingan memutuskan untuk mengudang Timbalan Presiden Azmin Ali merasmikan kongres AMK amat berlawanan dengan keputusan yang dibuat mesyuarat AMK membatalkan jemputan kepada Azmin dan menjemput penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah merasmikan kongres.
Pemimpin senior PKR Datuk Johari Abdul berkata Lembaga Disiplin tidak boleh berlengah membincangkan tindakan yang perlu diambil terhadap pemimpin muda berkenaan demi menjaga disiplin anggota parti.
“Agak pelik bila timbalan ketua AMK (mahu Azmin rasmi kongres) sedangkan keputusan dibuat AMK secara padu, secara rasmi. Tapi timbalan AMK (paksa keputusan berbeza).
“Keputusan ini agak luar biasa dan ada sesuatu tak kena. Sudah tentu saya kira lembaga disiplin harus bertindak kerana ini suatu tindakan yang luar biasa,” katanya dipetik TMI.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga berkata, jalan terbaik untuk menyelesaikan perbezaan pendapat itu adalah dengan bersuara di platform yang betul.
“Dalam mana-mana organisasi pun kita ada perbezaan pendapat. Sebab itu Anwar (Ibrahim) sebagai presiden menyatakan (jika) ada perbezaan anda kena datang mesyuarat,” kata Johari lagi.
Tindakan Hilman dan kumpulannya turut dikecam Pengerusi PKR Pahang Fuziah Salleh yang melihat pemimpin AMK berkenaan melanggar peraturan parti tersebut.
Beliau berpendapat kumpulan yang setia kepada Azmin itu sengaja cari alasan supaya dipecat.
“Terserah pada biro politik untuk buat keputusan. Pada saya kalau ada tindakan pun mereka memang tidak dengar. Sebab mereka sudah tanam dalam fikiran mereka mahu dipecat.
“Saya kira parti lebih kuat daripada itu. Biarlah nyamuk-nyamuk ini buat bising tetapi saya yakin parti tetap kukuh dalam agenda reformasi.
“Mereka tidak ikut peraturan parti. Mereka hanya mahu menegakkan agenda peribadi bukan perjuangan parti,” kata ahli Parlimen Kuantan itu.
Beliau juga menyeru agar kedua-dua fraksi tersebut menyelesaikan perbezaan pendapat dalam mesyuarat AMK.
“Jadi (jika) hendak tegur, tegur dalam mesyuarat. Ikut platform yang betul. Sepatutnya semua orang dalam parti boleh buat,” kata timbalan menteri itu lagi.
Akmal juga menggesa tindakan perlu dikenakan ke atas pemimpin yang mempunyai masalah disiplin serta serta sering bertindak keterlaluan.
Tegasnya, Lembaga Disiplin PKR bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas pemimpin berkenaan yang mengeluarkan kenyataan keterlaluan.
Konflik dalam AMK berlarutan sejak sejak pemilihan parti tahun lalu.
Pergerakan itu terbelah dua kepada kumpulan yang menyokong Azmin atau fraksi yang mengangkat Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden parti.
Azmin serta beberapa lagi pemimpin yang dipengaruhi timbalan presiden PKR itu pula kini dilihat tidak sehaluan dengan Anwar dan sering memulaukan mesyuarat utama parti.
Azmin juga secara terbuka menentang rancangan agar Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa perdana menteri kepada Anwar sebelum tamat penggal.
Dalam satu kenyataannya, beliau menyokong agar Dr Mahathir berkhidmat sehingga akhir penggal.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/25590

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Pemimpin Pkr Takut Malu Hendak Sebut Reformasi

Ada Pemimpin Pkr Takut Malu Hendak Sebut Reformasi

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 333 hits
Ada pemimpin PKR takut malu hendak sebut reformasiBy 24 November 2019Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2 0 di IDCC Shah Alam Selangor foto SYAFIQ AMBAK 24 NOVEMBER 2019 SHAH ALAM PKR akan memberi tempat k...
Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

Anwar Tindakan Dua Adun Pkr Di Melaka Tidak Dapat Diterima

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 486 hits
Diterbitkan Hari ini 12 56 tengahariBERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata tindakan dua Adun parti itu sehingga menyaksikan usul yang dibawa oleh kerajaan negeri Melaka tewas di dewan undangan negeri semalam tidak dapat diterima Saya seda...
Anwar Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Pemimpin Pkr

Anwar Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 469 hits
By 24 November 2019Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2 0 di IDCC Shah Alam Selangor foto HAZROL ZAINAL 24 NOVEMBER 2019 SHAH ALAM Konvensyen Reformasi 2019yang dihadiri kira kira 1 000 otai dan ahlireform...
Polis Pej Peguam Dituduh Penuduh Perlu Diambil Tindakan Dr Kamarul Zaman

Polis Pej Peguam Dituduh Penuduh Perlu Diambil Tindakan Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 496 hits
Polis dan Pejabat Peguam Negara dituduh sabotajSERANGAN terhadap pegawai kerajaan yang didakwa mensabotaj kerajaan dan menjadi daulah terpendam berterusan nampaknya Hari ini Ahli Parlimen P 107 Sungai Buloh dari PKR Sivarasa K Rasiah yang m...
Tunggulah Parti Akan Musnah Beri Kesan Kepada Pkr Negeri Pecat Ahli Lantang Kritik Pemimpin

Tunggulah Parti Akan Musnah Beri Kesan Kepada Pkr Negeri Pecat Ahli Lantang Kritik Pemimpin

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 424 hits
Pemecatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Zakaria Abdul Hamid yang didakwa berniat jahat ekoran kelantangan pemimpin itu mengkritik segelintir pemimpin akan memberi kesan kepada parti khususnya PKR negeri Zakaria yang merupakan antara pemimp...
Pkr Kini Berantakan Kerana Ada Pemimpin Mempunyai Agenda Peribadi

Pkr Kini Berantakan Kerana Ada Pemimpin Mempunyai Agenda Peribadi

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 333 hits
Menjelang kongres pemimpin Pemuda mahu undi tak percaya terhadap Anwar selepas surat Azmin sekutu FMT Reporters PETALING JAYA Sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden mereka Anwar Ibrahim selepas Timbala...
Hishamuddin Parasit Azmin Perosak Ph Keduanya Harus Diambil Tindakan

Hishamuddin Parasit Azmin Perosak Ph Keduanya Harus Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 376 hits
Dalam suatu tindakan cepat dan pantas Lembaga Disiplin UMNO dilaporkan akan menyiasat perbuatan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan perjumpaan sulit dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali malam tadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan