Ada Pemimpin Pkr Takut Malu Hendak Sebut Reformasi
Ada pemimpin PKR takut, malu hendak sebut reformasiBy Manzaidi Mohd Amin
- 24 November 2019
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kovensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 24 NOVEMBER 2019.SHAH ALAM – PKR akan memberi tempat kepada Otai Reformis untuk memantau dan menegur
mana-mana pemimpin parti yang menyimpang
dari perjuangan asal parti itu.Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tugasan itu sebagai menghargai dan mengiktiraf peranan ahli reformasi yang selama ini berjuang untuk menegakkan keadilan dan membela nasib rakyat.Katanya, beliau akan mengemukakan cadangan
itu pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP) agar diberikan tanggungjawab itu kepada Otai Reformis yang kini berasakan mereka telah dipinggirkan oleh pimpinan parti.“Saya akan hadir mesyuarat MPP dan akan bangkitkan perkara ini. Kita mahu mereka memperingatkan kepada pemimpin PKR supaya tidak leka dalam memperjuangkan matlamat
asal penubuhan parti,” katanya pada Konvensyen Reformasi 2019 di IDCC Shah Alam di sini hari ini.Anwar secara menyindir memberitahu, beliau dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sentiasa menghadiri mesyuarat itu termasuk mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan setiap bulan walaupun ada seorang dua pemimpinnya tidak hadir.Ahli Parlimen Port Dickson juga mendedahkan, ada segelintir pemimpin PKR takut untuk melaungkan perkataan reformasi kerana mereka sudah
menjiwai ‘perjuangan’ UMNO.“Padahal, yang melaungkan reformasi ini yang menjulang dan meletakkan mereka pada
kedudukan sekarang. Mendapat jawatan tinggi, mempunyai kuasa, tetapi malangnya hendak
sebut reformasi pun takut, malu.“Mereka lupa, perjuangan kita adalah dari reformasi. Reformasi jalanan yang digerakkan
oleh mereka yang tidak mempunyai nama,
tetapi memiliki jasa besar kepada parti,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/11/ada-pemimpin-pkr-takut-malu-hendak.html